Good Morning people~! Hullo! Ni na habaq ni, ceritera semalam :) Seharian berouting bersama dengan tetamu jemputan---- Jiran sebelah rumah yang tercinta, Auntie Abbie and Aleesya :) Haa, dah lama tak dengar cerita pasal minah kecik ni kan? Diorang sebenarnya baru balik daripada Kelantan haritu, so sebab tu lah mereka lama menyepi :D And sekarang diorang dah buat special comeback :)
Yang paling tak boleh tahan, minah kecik ni pagi2 dah datang ketuk pintu rumah ("Pak Man cepatlah Pak Man, Eicha nak jalan2 ni!"). Haha. so kami pun dengan sepantas kilat bersiap lah(Eleh, cakap orang, dia pun sebenarnya excited :P). Asalnya nak pergi the Curve, tapi lepas tu macam mana tah boleh sesat sampai ke MidValley. Den tak kisah pun, asalkan dapat merayap sudahh :D
Perghh! Sesak gilaa! Macam tak boleh bernafas dah dalam MidValley tu. Boleh bergerak dalam slow motion aje, hahaa. And of course, menjelang Disember, semestinya ada hiasan dan lampu liplap(?) untuk memeriahkan lagi perayaan Christmas di Malaysia ni! Nak tengok benda2 ni, semestinya di KL aje lah ada. Dekat Seremban, ada?? Kat terminal, ada pokok Christmas besar2?? Nak nampak daun pokok christmas tu pun belum tentu ada, huhuu. Paling meriah pun ada tulisan besar2 "Merry Christmas" sepanjang2 jalan kat Seremban tu. Hadoyy, huhuuu :P
Merry MidValley :D
Okay lah, bukan berniat nak downgrade bandar Seremban yang tercinta ni. Just agak tak puas hati dengan keadaan yang tak meriah kat sini setiap kali musim perayaan. Bukan Christmas aje, kita punya sambutan Hari Raya Aidilfitri pun... Haishh. T__T (EH! Apa yang aku dok sibuk bebel2 ni?)
Kami couple, hahaa xD
Gadis dan Taman Bunga (BWEKKK :P)
Minah Gediks :P
Apa2 pun, kami tak lupa(mana pernah lupa pun) untuk ber-photoshoot dengan jayanya di setiap pelosok MidValley tu. Ehh, hiperbola dah tu. Haha. And kami tak lupa untuk berjalan sampai penat, and shopping sampai puas :D Orang yang paling tak puas hati cuma Aleesya Iman Qaisara binti Mohd Naser aje, yang menunjukkan ketidakpuasan hatinya secara fizikal dengan menjerit sekuat hatinya apabila tak dapat borong semua barang yang ada dekat MidValley tu. Hadoyy, Aleesya Aleesya xD Pantang nampak benda warna PINK, terus nak terkam! Pantang nampak benda yang ber-bling, terus cakap,"Mummy, Eicha nak tuu!". Kesian Mummy dia, especially bila dia MENJERIT bila tak dapat barangan2 Barbie yang membuatkan dia rambang mata tu. Kitorang ni pun kesian jugak, kena lah buat detour untuk menghalang Aleesya daripada terserempak dengan apa2 barangan berunsur PINK dan BARBIE. Huhuu mak tobat nyahh tak nak dengar dia melalak xD
Dulu aku pun pernah macam ni, hehe ;)
And then, kena recharge balik battery2 yang dah diguna pakai selama 3 jam tu :) Makan time~! Aku dengan ibu buat surprise, makan Korean Food~ Ibu makan bulgogi(beef set) sementara aku pula makan prawn set. Wahh, Syu makan korean food, padahal Syu ni bukan main lah cerewet tang makan, tambahan pula makanan korea kan banyak sayur. Ehem. Lepas anda lihat gambar2 di bawah ini, don't believe in everything you see. Set tu licin? Credits to ibu ngan ayah yang sudi menghabiskan aku punya sayur2 tu. Aku pula makan udang, bap(nasi), and seaweed soup. Boleh tahan kot. Cuma belum tentu lain kali kalau diajak makan lagi nak makan lagi tak aje, hahaa. Lain kali nak try makan Kimbap pula :D
Prawn :)
Bulgogi :)
We eat korean style: SUMBAT!
Sayur hilang; bukan aku makan xD
Perut sudah kenyang, tapi hati belum cukup senang; so kitorang jalan and jalan lagi. Pergi F.O.S.. Survey winter clothing~ Annyeong korea, I'm coming soon~ Mungkin akan pergi dalam bulan February(tak perlu rush bulan January macam tahun2 sebelumnya, tahun depan dah takda sekolah, huhuhu), so time tu still winter. So kena lah cari baju2 sejuk yang lawa, coz, KOREA kan? Fashion icon masa kini kan?? Kena lah lawa2 sikit, hahaa. Membajet aje aku :P Tapi tak beli pun, survey je. Nanti2(bila ada duit lebih) baru pergi beli, yeahhaaa xD
Ada gaya orang kaya tak? Huahuahuaa rimehh lah bulu2! :P
Aku suuuuke ni! Rasa macam belon ;D
Ingatkan dah nak balik dah. Rupanya Sulaiman Yusoff dan keluarga belum berputus asa dalam misi shopping mereka. Kitorang pergi Kenanga Wholesale Center, boleh dikatakan Paradise lah untuk kaum perempuan, hahaa. 7 tingkat khas untuk baju2, beg, kasut, scarf, topi, accessories,... you want it, you name it, memang macam2 ada... Boleh dikatakan juga, macam Namdaemun versi Malaysia. Giler syok, walaupun banyak kedai2 yang masih belu dibuka, sebab tempat ni baru aje dibuka.(Dasar shoppaholic!) Aku pun dah naik gila jalan, sampai nak tercabut kaki aku berjalan aje sepanjang hari. Huhuu. Menyesal pakai heels :P
Model sesat, hahaa xD
Aku and mak Buyung yang kepenatan T__T
Tiara for Miss stylish
(Perasan! Ikut perangai Norhayati Ngah la ni!)
K.O.! :O
And after a while, kitorang(akhirnya!) balik ke rumah.. Yeah, home sweet home bebeh! Sumpah lenguh gila. Sampai nak update blog semalam pun memang sumpah tak larat dah ==''
Huhuu. Pagi2 ni baru lah ada nyawa sikit nak mengupdate. Hope you enjoy the story and the few picts tu feast your eyes on. See ya later, chowww :D
2 comments:
Waah , waah ! Berjalan dgan aleesya haa ! :D
yolahh, dgn buah aty kesygan kau tuu ;)
Post a Comment