Friday, December 16, 2011

The Last Goodbye; Part IV

Rise and Shine~ And good morning. Haha. Ayat2 yang tak terkeluar daripada mulut aku pagi tu, sebab aku rasa kepenatan gila. Masa Jijah gerak bangun pagi tu, perghhh. Rasa macam nak sambung tidur balik aje. Haha. Tapi aku gerakkan juga kaki yang rasa sengal2 ni untuk bangun. So kitorang pun semua bersiap2 and yada, kemas beg apa semua. Lepas habis explore gua tempurung kitorang dah nak balik Nilai~ Huhuuu T__T

Pape pun, kami pergi charge tenaga dulu. Breakfast~! Tapi geng budak Melayu & budak Cina+ India terpaksa diasingkan. So kami pergi kedai mamak jaa. Makan roti canai kat sana. Aku makan Nasi lemak, tukar dengan Nabil. Entah kenapa entah dia takde mood nak makan nasi dia. Aku pulak tengok nasi tu memang mengancam sungguh! Haha. So kitorang bertukar makanan. Siap dia belanja lagi, huhuu terima kasih KP! xD Tapi tak tahu lah kalau kitorang dapat dicount, sebab scandal Aissyah dengan abang kedai mamak? Hahaha, gurau aje Aissyah, sorry xD

Ah, well. So, moving fast forward, lepas kecoh2 dalam bas sambil tengok cerita "Bini-Biniku Gangster", kitorang pun sampailah ke destinasi. Wai bagi kitorang pilihan sama ada nak masuk wet atau dry tour. Aku mula2 memang teringin sangat sangat nak masuk wet tour tu (walaupun sebenarnya mak aku ada bising2 jugak tu, tapi aku tak peduli, mwahahahaha xD), tapi disebabkan kaki aku baru aje kurang sikit cramp pagi tu (sobs T___T) so aku terpaksa batalkan niat aku tu. Tu lah, tak nak dengar cakap mak sebenarnya tu. Hadoyy xD Lagipun time berkumpul tu, cikgu Azlan dah tersengih2 dah cakap dengan aku "Kalau boleh tak payah masuk Syuhada, dengan awak semalam cramp teruk, takut cramp balik kat dalam tu". Hmm. So aku and almost all geng perempuan, kecuali Uma and Vennusha, ikut dry tour aje.

Macam ape tah aku pose ==''

Gua Tempurung Map :)

Entrance xD

Sesi ceramah dengan Cikgu Azlan a.k.a. Ayahanda, haha xD

Korang ingat dry tour senang? Aku rasa bila balik aje rumah cramp kaki aku takde beza aje dengan time malam kat Ipoh tu. Fuhhh. Tapi, undeniable, memang best! Macam2 bentuk batu kapur ada kat dalam gua tempurung tu, and memang menarik! Cuma the pictures failed us =__= terlalu gelap, so gambar2 pun kurang best. Just yang ada ni, kira okay lah kot, so sorry ;) But perjalanan gila panjang. And cerun. And lembab. Aku yang tak berapa takut ketinggian ni naik tangga dia tu pun rasa seram aje, huhuu == Syoknya bila kitorang lalu dekat laluan "air-cond". Haha nyaman betul angin yang masuk. Refresh balik Physics 'Bernoulli's Principle'. Cewahhh. Dah2 tak nak ingat dah pasal exam buat masa ni, nak enjoy xD
On our way into the Gua xD

Terang lagi ni ;D

Tangga and tangga and tangga! ;p

Timah ;D

Don't do this at home ;P

But then. Lepas berjalan untuk 0.5 km dengan ketinggian yang agak menakutkan tu. Lepas sampai pit stop, yang dry tour punya kena patah balik untuk keluar daripada gua, sementara yang wet tour akan teruskan exploration diorang. Perghhh. memang syok betul time jalan balik tu. Aku, Len dan Lavania jalan keluar macam bullet train. Laju aje, dah tak pandang kiri kanan dah. Niat nak keluar daripada gua yang serba kelam tu and togok air dekat kedai tu aje, haha xD

Light~! Exit! Hooray~ xD

Keluar aje---- Haaa~ I can see light. Haha. Lega2 xD Aku dengan Lavania terus rush nak beli ice-cream yang nampak macam memanggil2 aje, tapi sekali dia tak jual pulak =='' So beli air je. Farahin belanja, sebab Len dah hilang ke mana tah dengan beg duit and phone aku. Fuhhhh. Lega rasa tekak dengan kedinginan air Soya Bean tu :D Then lepas Len dijumpai, aku heret dia pergi beli souvenir. Tak beli banyak pun, sebab tak banyak choice yang ada. Aku beli keychain aje, sebagai kenang-kenangan. Tak tahu lah bila lagi nak datang ke Perak ni. Huhuu.

Since geng Wet Tour lambat lagi nak keluar, kitorang, which includes aku, Len, Lavania, Aissyah, Farahin dan Jijah, pergi lepak dekat taman permainan. Menjadi kanak2 ribena balik, wee~ Haha. Main buaian macam tak ingat dunia sambil menunggu cik2 abang yang lembab tu, haha. Well, senang cerita, after a long while, diorang pun keluar---- dengan keadaan basah kuyup, and muka berseri2 puas hati. Jealous aku dengar cerita diorang, tapi nak buat macam mana, bukan rezeki aku :)

17 going 7 kot?

Jijah yang comel <3 ;D

Hero2 yang baru keluar dari Wet Tour Gua Tempurung ;P

Nabil Torres; hahahahaha xD

Aku! (Jeng jeng, hahaha)

Barang rampasan ==''

Kasut bundle busuk xD

So lepas diorang bersiap2 tukar baju apa semua, kitorang satu happy family dalam bas ni pun bergerak untuk balik ke Pekan Nilai yang tercinta. Huhuu. Tak lama lepas budak2 lelaki Melayu singgah masjid untuk solat Jumaat, kitorang berhenti dekat satu R& R ni untuk makan. Sedap sehingga menjilat jari tau xD And selepas 45 minit kat sini, bas bergerak lagi... Berhenti dekat Bidor. Budak2 cina beli snek, sementara budak2 Melayu beli buah. Tapi aku dengan beberapa orang guys tak beli pun. Aku bertukar tempat dengan Nabil; dia pergi pilih buah dengan budak2 perempuan, aku pergi lepak melawak2 macam orang sakai dengan geng budak2 lelaki. Hadoyy xD

Then, for the last time. Kitorang pun say 'Sayonara'~ And bergerak balik Nilai. Dalam bas, aku rasa majority dah terbabas berlanggar mimpi dah. Aku pun sempat lelap kejap. Tapi Nabil sakai tu pergi ambik gambar tidur aku. Hishhh. Then aku dah tak boleh tidur, so aku, Nabil dan Aissyah berkomplot. Jeng jeng jeng. Pergi ambik gambar2 orang tidur. Hahaha gila syok! Jahat betul kitorang xD

ZzZzZzZ....

=='' (Do Ignore)

Faiz baik punya lentok, haha xD

Mereka pun...ZzZzZ...

Orang2 kuat (kuat bercakap) akhirnya tewas! Tidur juga! xD

After a while. Sampai lah Nilai. Oh, the farewells~! Sedihnya! Sedih bila Wai cakap harap kitorang semua enjoy trip ni! Kitorang akan rindu gila semua ni & All kenangan kat 5 Elit! You guys are the best ever~ <3 And a few days after that, mula lah era uploading gambar2 di facebook :D

This is the best Trip ever. Thankyou guys!

Sekian, <3 youu!

Credits to Lavania, Evon Len, Nabil, Azim and everyone yang berkenaan dalam gambar2 ni! Thank you, again. Adios! ;)

No comments: