Sunday, January 16, 2011

Beijing, the 1st Day of Coldness.

Heyy, I'm back from Beijing peeps! And its damn good to be back. Lalala~ xD
Ni cerita2 semasa kitorang kat Beijing a.k.a. BJS, yang akan diupdate via hari ke hari.

KUL-BJS, FLT 370 ready for take off
Punya lah havoc hari tu! Kalut apa segala bagai, and kami pun sampai di airport dalam pukul 10 malam. Masing2 tangan penuh dengan bag. Pergh ni baru time nak pergi kan, belum time balik, dah shopping apa segala, bag penuh nanti. Hahaa. Sebelum boarding sempat lagi lepak, makan2 dekat BK. Then kami pun depart dalam pukul 12.30 pagi. So apa lagi kan, tengah2 malam dalam flight membuta aje lahh. Hahaa. Dah lah penat beberapa hari sebelum pergi tu sibuk packing lah, apa semua.

SMSing someone, hee. :)

I'm leaving on a jet plane ;)

And so, after 6 hours in flight, kami sampai di BJS pada pukul 6.30 pagi, di mana kami dah mula merasai kesejukan yang macam menusuk sampai ke tulang sumsum. Fuhhh. ketibaan kami yang grand ni (wah2, gebang. hahaa) disambut oleh tour guide kami, Cik Sun Hui. Jeng jeng. Keluar dari BJS Airport ke Parking lot pun dah 2 lapis jacket tebal kena pakai. Bayangkan. Sampai anak jiran sebelah, Aleesya yang paling kecoh sepanjang dari Malaysia ke BJS pun senyap dengan kadar segera! Terlalu sejuk untuk berkata-kata. Hahaa. >.<

Sebab terlalu awal untuk check-in ke hotel, tour guide tu heret kitorang semua ni yang tak mandi dan agak2 tak bersedia untuk keadaan yang sejuk beku ni terus pergi tour, starting dengan Tian An Men Square. Ya ALLAH, aku rasa macam nak balik Malaysia aje sejuknyaa! Tapi sejuk beku macam mana pun bila time bergambar tetap maintain muka glamour ye. Hahaa. And sambil2 tu kita usha2 abang2 askar berkawad. Hahaa. Military kat China sangat ketat, so selalu boleh nampak diorang tengah menjalankan tugas, berdiri manjadi jaga dalam keadaan sejuk tu, dan juga berkawad. Hohoo, ramai anak ikan lahh nyahh. Hahaa. xP

Tian An Men Square, I'm Freezing! >.<
ps: snowcap PANDA! Hahaa. xD

Then, pergi ke Tian An Men gate, yang membawa kami masuk ke dalam Forbidden City. Of course semua pernah dengar Forbidden City kan, istana Emperor China yang terkenal tu? Keluasan tempat ni memang SANGAT BESAR weyhh. Memang nampak kekuasaan dan kekayaan raja dia. Luas dan senang2 aje nak sesat, macam puzzle. Nasib baik ada tour guide kami yang comel tu, hahaa. Sambil2 melawat tu macam belajar sejarah. Cerita tentang putaran dynasty dia, dan makna2 tertentu dekat pintu2 gerbang dan hiasan dia, segala2nya memang berkait rapat dengan Feng Shui, Yin Yang and ajaran Confucius. Seronok juga belajar tentang cerita2 diorang ni. Tapi tempat ni banyak dah reconstructed semula atas sebab2 kayu lama yang dah reput, dan lain2 lahh.

Forbidden City <3

Imperial Garden 

We are Family ;D

Jauh perjalanan, perut pun mula berkeroncong. Ngeh ngeh. Lebih2 lagi musim sejuk, memang cepat lapar. Pergi lunch dekat restoran Islam yang banyak terdapat kat BJS ni. Senang nak kenal tempat2 makan halal, sebab dia punya signboard mesti colour HIJAU. Tapi pandai2 lah tengok, sebab kadang2 kedai arak pun HIJAU juga. Adohh, tah ape2 je. :P Then adat di BJS ni pun menarik juga. Tempat ni kebanyakkan warna KELABU aje, ala2 Eropah. Sebab? Diorang kekalkan adat masa zaman  diraja dulu: penduduk biasa punya rumah mesti warna KELABU aje, and raja2 dan pembesar2 aje yang boleh memakai warna MERAH dan KUNING. Wahwahh. Tapi jangan lah terkejut sangat bila datang sini rasa macam dalam negara yang masih dalam jajahan komunis ke apa, diorang cuma kebanyakkannya kekalkan adat dan cara masa dulu2. Huhuu, yang original lah katakan.

Chinese Cuisine 

Makan time! xD

Then, sebab ikut tour punya pasal kan. Kitorang diheret ke Silk Factory. Kononnya sebab nak perkenalkan kat kitorang lah kan what are the things that the Chinese are proud and famous for. Adohh, boring gila weyhh. Dia cerita sikit2 pasal sutera lah apa segala, then mula nak menjual, promote kitorang beli sutera yang harga cekik darah tu. Baik beli kat pasar malam dia, lagi syok. Cerita tawar menawar tu aku sparekan nanti, sebab terlalu banyak aksi ganas, hahaa. 

Boring, bergambar aje lahh. Hee :D

Akhirnyaa! Habis pun tour kat Kilang Sutera tu, kami pergi ke Qianmen Square. Kat sini banyak kedai2 tepi pejalan kaki, and best untuk time gila camera. Hahaa. Kedai2 dia tak best, sebab kalau masuk kedai besar2 harga dia pun mesti besar! So kami banyak berjalan aje. Sampai lah tiba2 kitorang perasan yang belakang kedai besar2 ni rupanya ada pasar! Jeng jeng jeng. Masa untuk berperang sambil shopping! Di sini lah aksi tawar menawar bermula. Advice: Kalau nak murah, tawar sampai harga dia turun 80%, or senang cerita, sampai penjual tu marah2. Sebab kalau korang beli aje tanpa menawar, nanti kena tipu. Sebagai contoh, ada ke penjual tu nak jual kat kitorang 1 mafela dengan harga 60 yuan (RM 30)? Okay, yang itu bullshit aje ye. Tawar punya tawar, dapat lah dengan harga 35 yuan (RM 17.50). Hahaa, berbaloi-baloi lah juga kan. xD

Qianmen Street :D

Nak kena langgar dengan tram kot xP

Sulaiman's Family, finally in Beijing ;)

Lepas habis shopping, kitorang pun jalan2 makan angin. Angin sejuk beku. Perghh tak tahan weyhh. Sampai aku dengan Uncle Naser tak bercakap sebab tak larat dalam keadaan tu. Hahaa. Lepak2 minum kopi dekat KFC. Tak makan, minum aje, sebab takut nak makan nanti ada campuran minyak tutututttt ke kan. Hahaa. Paling2 pun kami cicah kopi dengan biskut yang dibawa sendiri. Makanan penuh 1 bag besar tu. Hahaa. Macam gila nak habiskan nanti. xP

Pukul 5.30 petang. Tapi hari dah gelap. Kat sini sebab musim sejuk, so malam menjadi panjang. Kami dibawa tengok Pertunjukkan Acrobatics. Ni yang syok, sebab China memang terkenal dalam gimnastik dan acrobatics. Fuhhh, dan memang seperti yang dijangka, best gilaa :D Kitorang pun dah macam batak dah tengok stunt2 diorang, lebih2 lagi yang last, 5 biji motor yang berpusing dalam sangkar bulat. Fuhh tepuk2! Wahaaa~ :D

Houyeahh! xD

Keluar daripada Acrobatics Show tu, and SEJUK GILAA. Lagi sejuk daripada petang tu. -10C rasanya. Beku2. Nasib baik pergi makan untuk panaskan badan. Yumm, sedap juga makanan ala2 China ni. Hahaaa. Dan dalam pukul 7 or 8 lebih, baru lah kitorang dihantar kat hotel Rainbow. Mewah juga hotel dia. Padahal kitorang bayar takde lah banyak sangat pun. Huhuu. And lepas mandi dengan selesanyaa, kitorang pun tidur, penat gilaa. xD

But someone bangun tengah2 malam pukul 2 pagi untuk makan maggie. Adohh, ayah, ayahh. xD

That's all for the 1st day in BJS. To be continued, tataa~ xD


No comments: