Monday, November 8, 2010

Travel Story :)

Syafikal cakap, aku ni kuat berjalan. Hahaa. Betul ke macam tu eh? Hehe. Buat2 tak tahu pula. So ni cerita berjalan lah. Hari Sabtu tu, kitorang keluar, kononnya nak pergi jumpa nenek kat Johor.Tapi sekali, nenek pula takda! Dia dengan mak cik balik rumah kat Rompin pula. Adehh. So, kami pun mengambil kesempatan ini untuk lepak2 aje kot JB malam tu, and keesokkan harinya, kami pergi ke Singapore :)

Pusing2 Danga Bay malam tu (cantik gilaa), cari hotel. Hrmm, hotel tak banyak, and penuh! Tapi nasib kitorang baik lah, 2nd hotel yang kitorang masuk tu, ada bilik. Hotel baru :D ZOOM IN Boutique Hotel. Comel gilaa bilik dia. Hahaa. Ada lukis cartoon2. XD

Bilik kami, comel kan? Hahaa. XD

"I'm not your bride, Mr. Cartoon!" ;)

Yang bestnya, ayah kesian betul lah. Dalam 3 minit, dia terus tidur. Penat sangat dah tu. Hehe. Sementara tu, aku dengan ibu gila bergambar. Hahaa. Sakan. Dah pukul 12 lebih, baru ingat nak tidur, sebab esoknya, nak ke Singapore ;)

Esoknya, pagi2 dah bangun. Ohh, sangat tak sabar! XD Pergi perhentian bas Larkin, breakfast kat sana. Then naik bas Johor-Singapore Express :D Yeah, yeah excited gilaa :D Lalu immigresen, cop passport, yada yada, then sampai lah kami ke tanah Singapore :D Hahaa. Syu ni punya lah batak kan, tempat orang jauh2 pernah pergi, tapi negara jiran ni pula, baru sampai. hee. :D

On the way to Singapore :)

Mula2 masuk Singapore, memang seperti yang di-gembar gemburkan, banyak bangunan apartment and skyscrapers. Hahaa. And Singapore, memang GREEN. Banyak tanah2 lapang kosong and pokok2. Kitorang turun bas kat stesen MRT Kranji. Then naik MRT tu, pergi stesen Orchard. And dalam MRT tu, betul2 rasa macam balik kat Hong Kong balik. Hahaa. :D

Sampai2 Orchard road, bergambar kejap. And 1 pengajaran yang aku dapat, kat Singapore ni, Route of No Stopping. Kalau jalan, jangan lah berhenti2. Nanti kena sound aje tak pasal2. Haha. Mula2 tu rasa macam berangin aje. Tapi aku datang nak berenjoy, jadi aku buat dunno aje pakcik2 yang buat2 muka kat aku tu. Haha. Biar padan muka dia. :P

Sampai Orchard Road, pergi jalan sampai kat Tourism Visitors Centre. Kitorang beli tiket untuk naik bas Hippo Tours! Apa tu? Ohh, itu bas yang boleh bawa penumpang ke destinasi2 menarik di Singapore dengan sekali bayaran sahaja. Even, boleh naik cruise, and sangat berbaloi3. Hahaa. Bas tu, double decker, and topless. So, batak lah kejap. Perghh, sedapnya berangin duduk kat bahagian atas. Apa lagi, bergambar sakan lah! Hahaa. Then kami berhenti kat Suntec, then tukar bas Heritage, untuk pergi ke kawasan2 lama yang di-preserve di Singapore.

HippoTours Bus :D

Makan angin :D

I'm a Hippotours Passanger, right Mum? :P

Mula2, kami berhenti di Little India. Memang cantik, mak aku sampai dah nak sasau dah. Kami pergi ke Mustafa. Kiranya macam Mydin besar lah punya lah kot. And percaya lah, bila kitorang cakap besar, maksud dia memang BESAR. Bayangkan, 2 bangunan yang bersambung, siap dengan underground sekali. Perghh. Memang ramai gila orang lah.

Mustafa Wholesale centre, penat dah berjalan dalam tu =_=''

Then kami Hop On balik ke bas yang next tu, nak pergi Kampung Glam. Tapi, terlepas pula stop tu. Jadi kami pusing2 aje dalam bas tu sampai masuk ke Suntec balik. Then kami tukar bas City lagi, untuk jalan2 naik cruise. Tapi punya lah tingtong kami ni,terturun kat salah stop pula. So kami jalan aje lah kat Esplanade. Kat situ, kiranya macam dataran lah. Untuk orang lepak2, tengok konsert. Then kitorang jalan kaki menyeberang jambatan, pergi kat Merlion Park. Akhirnya dapat juga aku ambil gambar kat Statue Merlion yang famous tu. And sambil berjalan ke-hulu hilir(actually kan, time tu kitorang sesat, sebab tu beriya benar berjalan tu), ayah dapat ambil gambar clock tour yang famous, tapi tak ramai orang yang ambil tahu tentang famousnya clock tower ni. Actually, itu lah clock tower yang terdapat dalam cerita Labu Labi, karya Allahyarham P.Ramlee. So, kitorang pun lepas tu tak habis2 dengan adengan lakon semula cerita2 P.Ramlee :D

Bercengkerama P.Ramlee style ;)

Then kitorang Hop On balik, naik bas ke Clark Quay, naik Hippo River Cruise. Ala2 naik bot kat Melaka tu. Tapi memang cantik lah permandangan tepi2 sungai tu. Lalu balik kat Merlion Park. Ramai gila orang ambil gambar boat kitorang. So kitorang pose aje untuk diorang, dengan muka yang agak2 tak malu, hahaa. Pusing kat banyak landmarks of Singapore, macam Esplanade theatre, yang dipanggil the Durian. Mirama Hotel, 3 hotel yang bersambung dengan binaam bentuk kapal dekat atas, Clark Quay, bangunan macam2 colour and very traditional, and macam2 lagi. Dekat River Cruise tu juga ada Bungee Jump. Gilaa lah tengok orang menjerit naik tu. Haha. Seram juga, tapi, Syok! :)

Clark Quay colours :D

the Durian, with the muka cipan, hahaa. :P


The famous Merlion ;)

"AAAAAAAAAAAAAHHHHHH!" 

Then, kami habiskan route kami di City tour, kemudian tukar bas balik, naik Bus Heritage, pergi ke jengjengjeng: Kampong Glam! Se-glam namanya, kampong tu memang cantik dengan binaan rumah2 kedai lama. Haha. Zaman P.Ramlee punya jugak tu. Tempat dia ala2 Jonker Walk dekat Melaka, memang khas untuk pejalan kaki. Tapi! Sebelum kitorang dapat berjalan, pergi lah mengisi perut dulu. Lapar sangat.

Makan2 time :)

Then sambil berjalan tu, beli2 lah souvenir untuk orang2 tersayang. Huhu. Shopping lah, apa lagi. Hahaa. Singapore punya t-shirt aku beli, kelakar wei. Singapore Is a "FINE" City. Haha. Fine-Saman. Itu tak boleh--- Saman! Adeh, siap ada yang lucah2 punya lagi. tergelak2 aku. Tapi aku beli yang senonoh2 punya aje lah. Beli2 keychain and Fridge magnet. Hahaa. Ala2 backpackers gitu. :D

Kampong Glam :)

Cover2, pembeli souvenirs paling banyak :D

Then lepas beberapa kali punya jalan lagi, sampai kaki pun macam nak patah, kitorang pun mencari jalan pulang. (Baru ingat nak balik ye?) Pergi ke Rochor Road,naik bas untuk balik ke Larkin, walaupun, tragedy lagi, salah naik bas. Bas tu sampai JB Sentral aje. Hahaa. Adeh. So kami terpaksa lah naik teksi aje, pergi stesyen Larkin. Naik kereta ayah, and ZOOOM! Balikkkkk!!! Sampai rumah nak dekat tengah malam, and mengambil keputusan untuk tak hadir ke sekolah. Wah wah, bijak betul aku ni. Hahaa. Bijak apa? Bijak kelentong lahh! :D

And sekian sahaja kot ceritera aku untuk post kali ni. Nak tengok2 gambar? Cari lah kat FB aku, ngee :) daaaaa~ Adios :)

3 comments:

Anonymous said...

best2 , jelez laa .
da lame ta g singapore ..
rendu kazen kt sane :)
syu , nice pic sygg ^^

Syu said...

anys, tenkiuu! hee. :D
sakan seyhh :)

YEASLMN said...

Waaa, best nyee jalan2 singapore . hikhik.
Ehh , ustzah ckp , dye un g singapore gak arituh! hahaha :D