As such. Aku berjalan-jalan lah tengok blog orang sana sini tadi. Ada yang buat aku terguling-guling bila baca blog tu, ada yang buat aku terbahak-bahak, tersengih-sengih, tergeleng-geleng... And macam2 'Ter' lagi lah. Pelbagai ragam yang ada kat blog2 ni. In fact, blogging ni pun sometimes adalah salah satu cara terbaik untuk kita menilai orang. Betul tak kata aku? Betul lah, kan kan kan? xD
For example, yang paling senang, is dengan tengok isi entry dia. Kalau entry dia asyik marah2 orang, mencarut2, or berbaur cari gaduh aje dengan orang, first impression korang mesti blogger tu psycho ke apa kan. Korang nak ke follow blog2 macam tu? Silap hari bulan kalau korang tersalah tulis apa2 kat blog dia, dengan korang2 sekali dia bantai dalam blog dia tu. Kalau aku pula aku suka follow blog2 macam ni; sebab rasa kesian sangat dekat si blogger and orang yang dia perbodohkan dalam blog dia tu. Sama aje 2x5 rupanya si blogger dan orang yang dia aibkan. Ish ish ish.. Harap blogger2 di sini takde lah yang macam ni ya? Nauzubillah minta dijauhkan lah kita daripada berperangai sedemikian.
Or maybe kita boleh tengok dengan gambar2 dia; maybe dia seorang fashionista, seorang photographer yang hebat, seorang yang pandai bercerita menggunakan hanya gambar2 sebagai modal.. Or tengok cara dia balas comment. Maybe juga dia seorang yang peramah, or pendiam macam aku ni (PENDIAM? HAHAHAHAHA kau tipu diri sendiri ke NurulSyuhadaSulaiman?) And most importantly, blog juga boleh menjadi medium untuk seseorang berceritera tentang idea dan isi hati diorang, macam apa yang aku buat sekarang ni :)
And so, aku ter-walking2 lah dekat beberapa blog ni. Blog2 mereka ni menarik perhatian aku. Bukannya sebab header diorang cantik ke, atau cerita2 diorang semua kelakar nak mati ke apa... But the thing that they have in common is: mereka adalah blogger LELAKI. Ohh, pelik sangat kah dengan blogger lelaki? Tak lah pelik, cuma mereka ni unik. Berapa ramai lelaki yang suka menulis blog? Memanjangkan jari menaip setiap patah perkataan yang ada ke dalam entry, memikirkan cerita2 menarik yang mereka rasa mereka nak kongsikan, and nak maintain updating? Hmm, a lot comes to blogging, right?
Aku rasa baca2 blog mereka ni refreshing. Different from a girl's point of view. Idea mereka, kreativiti mereka memang tiptop. Cuma yang slack sebab tak ramai yang rajin nak buat benda yang dikatakan remeh temeh ni aje. Apa yang menarik dalam blog lelaki? It's interesting that, biasanya kita tengok blogger perempuan aje yang suka jiwang2, tulis pasal orang2 kesayangan diorang kan, tapi kali ni, kita tengok pula lelaki punya point of view tentang orang kesayangan mereka. Hmm, cair bukan?
Okay, so maybe ada reaksi macam ni:"Haaahh, tak macho bhay guys layan jiwang!". Guys I'm telling you, kalau korang nak macho lagi pergi berdiri dekat tingkat teratas KLCC sangkut banner "I LOVE YOU, XXX". There's no harm in layan jiwang guys, korang punya macho tu pun tak hanyut dibawa dek angin derr. Sometimes, we girls suka baca isi hati korang kat blog tu. Korang tak cerita depan2 pun takpe, kitorang faham maybe korang malu ke apa, baca apa yang korang tulis tu, biar tipu sekali pun (which, I hope not), we all still feel happy and berbunga2, hahaa. :D
And it's fun bila guys work out diorang punya kreativiti. Kartun2 dan gambar2 yang biasa diorang edit sikit aje, dah menjadi sesuatu yang menarik minat followers. Or maybe ada lawak2 yang best, kisah2 outing diorang yang gila2, or maybe kalau macam kes Faiz, blog islamic. sambil berblogging, sambil berdakwah, sambil mendapat keberkatan Allah. Alhamdulillah :) Macam2 ragam blogging ni, yang membuatkan mereka unik; bukan sahaja lelaki, tetapi juga perempuan. So, teruskan usaha anda untuk menjadikan blog anda sebagai sebuah medium pembacaan yang menarik dan kreatif :)
So, anda kategori blogger apa? :)
Blogger berjiwa gamers macam ini kah:
Blogger macam Mr. Kreatif ni kah:
Apa2 pun, happy blogging everyone :)
PS: kepada blogger2 lelaki yang ada gambar blog mereka on display kat sini, sorry ye curi gambar blog korang ni tanpa izin dulu! Jangan saman aku pulak tau :(
No comments:
Post a Comment