Saturday, December 8, 2012

Regretfully Redirected.

Unfortunately, picassa web albums tu dah menyusahkan hidup aku dengan kekurangan memory dia, which leads to the starting of this new blog. Hi and hello everyone. Aku sayang blog lama aku, so I'll be leaving behind my old blog's URL soon, just so you wouldn't forget. You are welcomed anytime to view both blogs, of course!

OLD LINK:
http://nursyuumanologue.blogspot.com

NEW LINK:
http://nursyuumanquan.blogspot.com

PS: Aku sebenarnya dah tulis post ni kat blog baru aku, tapi aku copy paste aje kat sini. :)

Tuesday, November 20, 2012

Kami buddies. Kami takkan terpisah.

Last thursday, aku keluar dengan my girlfriends--- Gwen, Len & Ain. Best friends sejak Form 1, and even though kelas jauh2, rumah merentas benua (?), tapi kitorang still maintain aje. Ada lah kadang2 tu goyah, gaduh2 in between these few years, but its nothing that can't be mended.

Kami buddies. Kami takkan terpisah. :')

Met up at Len's house dalam pukul 2.00 petang. Actually janji dengan dia pukul 1.30, tapi biasalah, janji Melayu, mencicit datang lambat, heheh. Pergi pickup Ain dulu, which I invited last2 minit. Then lepak2 at Len's house. It's been a while since kitorang lepak2, gossip2 macam time sekolah2 dulu, but fortunately, we didn't feel awkward at all. Rasa macam kat rumah sendiri aje, baring2 atas sofa, kacau adik Len sampai dia naik psycho, berguling2 atas katil Len; ah, bliss ^^

Then, around 3 o' clock, Len geared up the car, and drive kitorang pergi Secret Recipe, Nilai (at 3-6pm get free coffee or tea with each order of cake, and free soft drinks with each order of main dish. We loooove free! ;D). Konon high-tea lah kan. We sat, we ordered, and continue our gossip girls moment, sambil abang2 secret recipe tu pandang2. Eh, bukan aku syok sendiri tau, but the reality is, you can't find a weirder group there: 2 Malays, 2 chinese; muka macam budak2 sekolah, speaking English as if we're practising for a MUET test, but having high-tea macam bajet ajumma korea yang loaded macam dalam drama2 je (Gwen & Len ordered a lot). And even weirder when sometimes I act as the translator. Odd.

But well, I'm used to the weird stares. We had a great time together ;)

Makan time~ ;)

Spaghetti with tomato sauce, Spaghetti with carbonara, Tiramisu, Peach delight and chocolate indulgence ^^

Chocolate indulgence, mine ;)

Len :)


Ain :)


Gwen :)

Lemon tea! Awesome~

After we're done, balik rumah Len, and lepak2 sampai parents kitorang sampai. Great memories. Hope we can get together again sometime :)

At Ain's house, hantar dia balik :)

Ain gemuk. HAHAH xD

Pergi rumah Ain dapat rambutan, yum yum. Thankyou Ain~~

My so-called sophisticated look for the high-tea event. Apiz cakap macam doktor2. Haha xD

Right, that's all folks. Adios~


Thursday, November 15, 2012

Trolled?

Imagine.

You. On stage. Giving a speech after you've won the best blogger award.

"Alhamdulillah. Saya tak expect dapat penganugerahan macam ni. So I dedicate this award to my mum, my biggest fan yang tak putus2 memberi saya dorongan dan motivasi untuk update blog. Setiap hari dia bagaikan jam loceng yang berbunyi menyuruh saya update blog. Kalau tak update dia akan menegur saya dalam bentuk alarm yang takde snooze button. Tak berhenti2 berbunyi sehingga saya ada post yang sekurang-kurangnya ada 5 patah perkataan. She's the woman in power behind this successful blogger. Thank you, ibu."

Well, that's what I would've said in my speech anyway.

Ibu, you're reading this? Kehkehkeh trolled xD


Just joking ibu, nanti adda update pasal dating dengan mysupergirls ye ^^

Chow!

Wednesday, November 14, 2012

Aku kahwin. EH?

Obviously bukan aku kahwin. Anak kawan ayah aku kahwin. Kitorang pergi makan free je. Heheh. Tak senonoh -____-

Nothing to update actually. Saje nak tayang muka aku yang dah semakin kurang jerawat semenjak balik rumah ni. Kurang stress, lebih banyak masa untuk memanjakan diri sendiri, maka kurang lah jerawat kan. Anyway saya menggunakan Alaisyah untuk kelihatan cantik berseri. Eh macam iklan pulak kan. -____-

Yum yum. Cookies sedap! ;)

Or technically, you can say that muka aku berseri sebab make-up, which I think made better sense. Lalala trolled ya. Aku tak pakai make-up tebal pun. Kalau ukur ketebalan dia tak sampai lah se-inci, I can assure you. 

So the conclusion is: Do not be blinded by physical attraction. They can be misleading. Cosmetics are powerful invention used to misguide people.

Sorry for the ad-libs. Saje nak panjangkan post. Keh keh keh. Adios ;)


Monday, August 20, 2012

Cerita Raya Saya :)

Assalamualaikum dan salam lebaran buat semua :) Sebelum mula membebel, aku nak minta maaf sangat sangat atas kekhilafan diri ini. Semoga dalam keberkatan Aidilfitri ini masih ada ruang kemaafan untuk aku dalam hati2 korang semua :')

Okay, enough bermaaf2an. Enough ayat bunga2. Tahun ni aku beraya tak jauh pun, di KL. Kampung belah ayah aku. Eleh, kampung lah sangat. Takat nama aje "Kampung Pandan", tapi tak ler kampung mana pun tersepit celah2 KL tu kan. =,= 24 hours before raya aku dah balik KL. Tolong2 apa yang patut. Rendang tak payah masak sebab Maklong aku dengan efficientnya dah siapkan dulu sebelum aku dengan parents aku sampai. Ahaks! Aku sukaaaa ^^ (Maaflah ye, cuti pendek sangat, ni lah masa nak bermalas-malasan ;P)

Encik Sulaiman. LIKE A BOSS -,-

Tekun pasang langsir sambil membebel. Cewahhhh.

Lepak2 jap rumah Maklong, then kitorang keluar. Ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari.

Sayu. Ini kali pertama aku menziarah kubur Arwah Opah and Abang Kimi, which is abang saudara aku. Ingat nak pergi ziarah kubur Arwah atuk aku sekali, tapi tempatnya agak jauh, and masa tu pun dah petang sangat, so tak sempat. Hanya doa yang mampu mengirinya. Semoga roh-roh mereka dirahmati Allah. Al-Fatihah.

Kat kubur Arwah Opah.


Allahyarhamah Khatijah binti Mohd. Al-Fatihah.


Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari.


Kubur Arwah Abang Kimi.


Al-Fatihah.

Then kitorang pergi Tesco. Ingat nak beli barang sikit last2 minute tu tapi meng-"hampeh"kan. So reminder ye kawan2 sekalian jangan pergi shopping 24 jam sebelum raya. In the end, kitorang beli donut and lauk kat kedai mamak. Then berbuka puasa. Alhamdulillah, cukup sebulan berpuasa. :)

Malam tu pula, aku dengan parents aku pergi Giant Ampang Point. Beli kuih raya last minute untuk Maklong aku. Kuih raya last minute pun dapat discount yo, 30% off. So harga selepas discount adalah plusminus RM 10. Memandai aje diorang naik harga, lepas tu bagi discount. -,- Lepas tu sempat lah aku mendapatkan habuan aku sendiri, kasut untuk raya, jengjeng :D

Lepas balik tu, mula lah adengan mengisi kuih raya. Diisi dalam 2 bekas ye, 1 isi kat dalam balang kuih raya, 1 isi dalam perut. Apiz kalau baca ni tolong senyap ye. Jangan bising mulut tu ;P

Kuih raya time :)

Nyummm nyummm. Ni nak hidang orang ke nak makan sendiri ni. Dilemma xD


Dua orang menyibuk nak masuk lens camera. 

Orang isi kuih raya pun sibuk kucing ni -,-

Siap posing maut lagi orang ambil gambor dia. Hamboihh. Kau ingat kau pose macam tu ada iras Marilyn Monroe?

Dalam pukul 11, kitorang pun balik ke eka matahari yang tercinta ni. Balik2, terus kena mengemas pula. Padahal ibu membebel2 kat aku sejak aku balik daripada PALAM haritu suruh aku kemas rumah, tapi aku protes sebab masa aku balik nak rehat ni lah dia nak menyuruh aku kemas2 lah segala bagai seorang2 kan. Jadi aku tak buat, muehehehehe xD Tu lah padan muka, malam2 camtu lah baru nak mengemas ;P

Lepas mengemas, isi kuih raya sambil tengok TV. Yes, yes, aku buat ulang tayang macam aku isi kuih raya kat rumah Maklong tu ;P Diet? Ahhhh gasak. Tahun ni aku pakai baju kurung, bukan kebaya macam tahun lepas, so kalau perut mengembang boleh cover. Bijak kan aku. HAHAHAHAHA okay senyap ;P

Pukul 2 lebih tidur, pukul 7 pagi bangun. Fuhh mengantuk woih =,= Then bersiap (2 jam woih bersiap, hahaa xD), ambil gambar, then pergi hantar ibu kerja. Haih raya2 kena kerja :( Lepas tu aku dengan ayah pun gerak pergi rumah Maklong. Lepak sana and beraya2. Biasanya tiap2 tahun kat KL ni memang tak ramai tetamu yang datang kecuali saudara-mara, tapi tahun ni lagi kurang daripada biasa. Tetamu yang ada pun hanya segerombolan budak2 yang aku tak tahu pun daripada mana, haha. Seronok juga kot, tak payah nak melayan. Jahat kan aku ;P

Baju raya aku tahun ni :) Putih! Suci lagi bersih macam aku kan. Muehehehehe.

Hasil selepas 2 jam bersiap. Haaa dah siap lawa2 baru lah boleh ucap Selamat Hari Raya :)

My mum and I. Seiras kan kami? :)


Ayah aku memang suko buek muka kelakor dia tu xD

Kain hitam! Nampak macam Form 6 pulak, tak sukeeeeee. Asalnya kan kain baju kurung aku tu warna putih. Tapi terpaksa tukar pakai kain baju kurung hitam aku sebab kain putih tu jarang pulak. Kena beli kain dalam dulu baru boleh pakai. Al-maklumlah 18 tahun hidup mana pernah pakai kain dalam. Paling koman pun pakai leggings. Haihhhh.

So, since takde orang nak datang, kitorang punya turn lah pula pergi beraya. First rumah yang dapat penghormatan kunjungan kami ialah jiran rumah sebelah, iaitu rumah kawan ayah aku. Rumah tu best woi, tiap2 tahun raya meriah aje sebab saudara mara ramai. Then lepas Zohor, kitorang pergi rumah Paklong aku. Err aku tak tahu lah pula nak cerita macam mana pertalian2 kitorang sebenarnya, aku memang noob tahap gaban pasal benda2 macamni. Yang penting aku tahu kitorang ni related aje, haha ;P

Pergi rumah Paklong lama gilaa. Daripada pukul 2 lebih sampai pukul 6 petang. Al-maklum lah dah lama tak jumpa. Bercerita sakan diorang, sampai tertidur aku sambil2 diorang bersembang tu. Dah lah hujan pula tu. Memang tabiat aku kalau time hujan, aku takut, aku tidur aje xD  Pukul 6, berbekalkan rendang dan lontong daripada Maklong Ani, kitorang pun balik. Lepas solat memang aku baring terus, penat. >.<

Pukul 9, aku dengan ayah gerak dari rumah maklong and ambil ibu balik kerja. Ibu aku akan OT untuk 3 hari berturut ni, so hentikan aje lah kalau korang ada niat nak datang terjah rumah aku, alamatnya korang makan kuih raya aje lah sampai buncit.

Ohh, okay, dan cerita sudah sampai ke penghujungnya. Itu aje cerita raya saya buat masa ni. Tak meriah mana pun, bersederhana aje. Cerita korang macam mana? Assalamualaikum :)

Saturday, August 11, 2012

Janggalnya berjumpa dengan kekasih lama!

Fuhh. Seram kan tajuk post aku kali ni. Okay, jangan salah faham ye pakcik2 makcik2 sidang pembaca yang dihormati sekalian. Kekasih lama yang saya mention di sini bukannya dalam context individu. "Kekasih lama" saya adalah blog saya yang dah lama saya tinggalkan ni ha. Sungguh janggal rasa tangan ni nak menaip semula, nak mengarang cerita entah apa2 setelah sebulan lebih blog ni dibiarkan terbengkalai. Hmm, the truth is, at this rate aku rasa memang sebulan sekali aje kot aku dapat update blog? Hmmm sodihhhh jang sodih. Maaf ye layan simpati untuk diri sendiri kejap.

Aku tahu aku meraban. Tapi sebenarnya aku pun tak tahu nak update apa ;D Just tangan ni rasa gian bonar nak menaip. Mula2 ingatkan just sekadar tukar layout blog ni dapat lah kurangkan sikit ketagihan blog ni. Tapi.... Begitu lah. Daripada layout merah menyala, kepada layout rumput2, sekarang pula layout warna purple yang menjadi kegilaan aku buat masa ni. Oh well nak buat macam mana. Purple kan warna UiTM. Kata UiTM di hatiku kan. Semangat ni :D Tapi tak puas sekadar tukar layout beb, tak puas! Nak nak lagi tengok kawan2 blogger ada aje cerita baru, aishhhhh geram >.<

Hmm. Okay. So nak cerita apa ye. Oh ya. Ramadhan hampir meninggalkan kita. Ramadhan aku kali ni terasa gila kelainannya. Untuk pertama kalinya bangun sendiri untuk sahur. Pertama kali gerak housemate bangun sahur sama2 sampai nak pecah telinga satu rumah. Pertama kali merasa sahur dengan biskut dan air mineral. Pertama kali pergi bazaar bersama. Pertama kali berbuka sama-sama. Macam2 cerita yang bermula daripada perkataan "pertama kali". Semuanya pengalaman yang baru bagi aku.

It probably came from the joy at the end of the test. Or probably the joy of being together. I don't know. Tapi baik dengan housemates or dengan group B6, semua kenangan bersama mereka terlalu istimewa <3


Baru balik daripada membeli-belah di Tesco :)

Me and Nabilah :D

Berbuka KFC. Yummm yummm sedap. Padan muka housemate lain tak dapat join sekali muahahahaha xD

Majlis Berbuka Puasa bersama DYMM Sultan Selangor.

Geng 1301 :)

Muka2 happy dapat makan free xD

Geng B6 di bazaar Bandar Puncak Alam :)

Sinar Ramadhan bersama B6 ;)

Cara untuk booking meja di KKPR ye kawan2.

Penolong class rep gila camera, harap maklum -,-

Ely, Iffika and Wani :)

Geng makcik2. HAHAHAHAHA xD

Sempat pose untuk bergambar walaupun tengah nak baca suratkhabar.

Iftar di Setia City Mall :)

Mastura menunggu waktu berbuka puasa :D

Blogger Terie Khairie :)

Maskot B6? HAHA xD

B6 enjoy!

This is B6 family :)

B6 memang rock! ;)

Haih apa emosi2 ni. Tak macho lah macam ni. Terasa diri ni macam Cik Ghah dah. Sekejap menjerit tengok benda2 comel (walaupun aku tak boleh identify apa yang comel di mata dia), sekejap sedih, sekejap meroyan. Haha Jiha jangan marah ;D

Ramadhan kian pergi, Syawal mendekati. Oleh itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Harap tak terlalu awal ucapan raya ni, hehe.