Sunday, December 4, 2011

Kebanggaanku.

PS: Cerita ni lambat sikit! Sorry naa, semalam penat sangat nak online lama2, cilok2 sikit je time ibu buka facebook dia. ^^

Semalam, setelah sekian lama.....
AKU KEMAS BILIK! Hahaha, suspens aje kan? Nak tahu kenapa aku kecoh sangat? Sebab sejak-semenjak SPM aku main campak2 je buku2 and baju atas katil tu. Last2 sampai dah tak boleh nak tidur pun atas katil tu. Sebab takde masa nak kemas sebelum ni, so aku tidur kat ruang tamu je depan TV sepanjang SPM ni. Hahaaa, buruk betul perangai aku ni kan :P

So semalam, aku jadi anak dara yang baik, aku mengemas segala harta karun aku dalam bilik tu. Jeng jeng jeng. And then aku sakit badan. Aik, takkan lembik bonar mengemas sikit dah sengal2 badan kot? Ohh, if you must know, Syu kalau suruh dia mengemas bilik, dia bukan takat mengemas aje. Habis bilik tu dia ubahsuai. Perabot belah kiri dia alih belah kanan. Lampu kat atas dia alih ke bawah. Kalau boleh agaknya tingkap tu pun dia nak ubahsuai. Hahaa.

Penat woo. Aku alih almari baju yang sarat dengan baju2 aku tu(ada setengah baju tu aku tak pakai pun, mengamuk Norhayati Ngah, hahaha), alih katil, alih meja tulis, rak buku... Aku rasa hampir semua kot aku alih sana sini. Tak percaya ke aku alih semua tu sorang2? Huhuu, ini betul2 bukan cobaan tau! :D


Tadaaa :D

Sepanjang hari aku mengemas, bangga ni :D Tapi kalau diikutkan. keluasan bilik aku kecil je. Tapi nak kemas bilik tu ambil masa sehari. Kenapakah??? Haa, ini lah anak Sulaiman Yusoff, kemas bilik sejam, rehat setengah jam, mana nak siap kemas tuu? :P Lebih2 lagi time kemas buku. Sambil kemas tu, nampak buku lama macam best sikit, dok melangut baca buku. Patut lah lembab je nak mengemas. :P

And yang penting, NurulSyuhadaSulaiman sambil mengemas sambil bertukang tau! Haha. Sebab tu aku selalu simpan satu screwdriver spare kat laci meja bilik aku, huahuahuaa. Aku pakai screwdriver comel tu pergi cabut rak kat bilik stor, masukkan dalam bilik aku! Jeng jeng. Pandai tak aku :D Nasib baik rak tu dah tak guna, kalau tak habis aku :P Hehe, itu lah kegunaan rak tu sekarang. Buku2 kebanggaan aku ni banyak sangat, dah takda ruang nak letak :)


Kebanggaanku :)

So, I guess that's all pasal semalam. Bangga seyh kemas bilik! Hahaa! :D Hari ni pula aku nak pergi merayap :) Jom jumpa kat the Curve yaa? Perghh Disember ni penuh dengan outing! Pokai lah mak aku asyik nak kena hulur duit je, hahahaa xD
Tak sabar menunggu detik TAMBUN! Nabil dengan baik hatinya dah remind aku tadi, terima kasih lah, walaupun sebenarnya tiap kali aku bangun tidur check hari ni berapa hari bulan and countdown nak pergi TAMBUN. Hahaa xD

Okay, that's all kot. See ya later, choww :D

2 comments:

YEASLMN said...

Feeewit , kemas bilik tuu akak kita :D lawa nyaa susun buku . kemas kemas ! :)

Syu said...

hahaa, trimas2! Ececeh, kemas kaa? bajet2 je mengemas tuu xD