Wednesday, December 29, 2010

Countdown :)

Heyhey, sekarang 29 Dis 2010.
2010 hampir melabuhkan tirainya 0_0 Wahwah. 2011, selamat datang! Harap tahun depan akan dipenuhi dengan hanya yang terbaik :) SPM, SPM. Jeng jeng jeng. Aku datang! Insyaallah time tu senjata dah fully loaded! Amin. Hee. Azam tahun baru simpleton only, awal2 dah set ;)

Huhuu. takde benda nak update sebenarnya. Sekolah dah nak buka. Hee. Tak sabar nak jumpa warga2 sekolah. xD Tinggal beberapa hari je nak enjoy ni. And hari ni pula last day tusyen addmaths dekat rumah cikgu Munirah. Aku dah bengkak hati limpa usus apa semua dah belajar tajuk DIFFERENTIATION tu. Haiz, kenapa lah kau susah sangat? Takpe takpe, nanti bila aku dah mahir aku kerjakan kau puas1 xD

Lalala, aku ada teddy baru. Tapi tak tahu nak namakan dia apa? Hee. Ibu belikan dekat kedai SOX WORLD hari tu. Beli stokin warna warni xD dan tersesat teddy bear satu. Hee. :)



Adios :)

December Closing [Nobody's Home]

Avril Lavigne
Nobody's Home

Well, I couldn't tell you
Why she felt that way
She felt it every day

And I couldn't help her
I just watched her make
The same mistakes again

What's wrong, what's wrong now?
Too many, too many problems
Don't know where she belongs
Where she belongs

She wants to go home
But nobody's home
That's where she lies
Broken inside

With no place to go
No place to go
To dry her eyes
Broken inside

Open your eyes
And look outside
Find the reasons why

You've been rejected
And now you can't find
What you've left behind

Be strong, be strong now
Too many, too many problems
Don't know where she belongs
Where she belongs

She wants to go home
But nobody's home
That's where she lies
Broken inside

With no place to go
No place to go
To dry her eyes
Broken inside

Her feelings she hides
Her dreams she can't find
She's losing her mind
She's falling behind

She can't find her place
She's losing her faith
She's falling from grace
She's all over the place, yeah

She wants to go home
But nobody's home
That's where she lies
Broken inside

With no place to go
No place to go
To dry her eyes
Broken inside

She's lost inside, lost inside
Oh oh
She's lost inside, lost inside
Oh oh, oh

*i've had a disasterous december :)

Friday, December 24, 2010

Sunway & Mines xD

Lalala, long story short. Malas sangat nak buat post panjang2 dah sebab post Midvalley Madness tu memang gilaa panjang aku tulis.

Hari Rabu tu, pergi ambil tiket penerbangan MAS. 



Yess peeps! I'm heading to BEIJING 10 Jan-16 Jan 2010~ Yeah! Hahaa. Tak sabar! dah lah Beijing time tu MID-WINTER. Perghhh. Kalau dalam wayang dah sejuk, ni kan pula nak tahan winter punya sejuk ni. Huhuu. 

Lepas settlekan urusan ticket, pergi Alamanda. Jumpa kawan ibu yang lebih dikenali sebagai Aunty Boy. Kawan kat UiTM dulu. Huhuu. Makan Secret Recipe, nyumm nyumm :) Then masa ibu sibuk bersembang, aku pergi jalan seorang2. Huhuu. Boring juga jalan seorang2. DIA takda nak teman aku, hahaa. Gedik lah aihh xD

Muka nak melantak xD

Ibu & Aunty Boy

Aunty Boy & Troupies

Alamanda :)

Hari Khamis, yakni SEMALAM. :)
Awal2 pagi hantar ibu pergi course. Then sementara menunggu dia habis  aku and atah pergi jalan2 kat Sunway Pyramid. Ohh, lupa sudah akan keseronokkan di Sunway. Ada Skating Rink, ada Bowling, Karaoke, Archery Park. Nak pergi Wet Park pun syokk kan. Macam2 ada lah kat sana. Heyy kawan2, nanti lepas SPM kita pergi Sunway ramai2 okay? Baru syokk :D

Okay, and finally, ibu dah habis pun course!
Pergi buat visa untuk masuk China di Embassy of China, KL. Isi2 borang apa semua, ambil gambar sekali (sumpah buruk gambar passport aku :P), then pergi makan dekat Cozy Corner. Kenyang perut suka hati, lalala, nasi ayam hainan dia sedapp! Then pergi The Mines! xD Ohh, sangat best lah okay! Pau sana sini, takut pula bila mak aku yang biasanya kedekut tu bagi aku splurge banyak2. Huhuu. xD


At the Embassy :D
(ayah sibuk interframe xD)

Cozy Corner :)


The Mines <3

My mum :)

Then, balik :)

ps: bie, imissyouu :)




Thursday, December 23, 2010

Delayed Midvalley Madness

Post yang terdelay.

Tuesday, 21 Dec 2010.
Pagi2 sudah tak sabar2 nak merayap! Hahaa. Nak pergi jumpa BFFs yang tercinta di Midvalley! Actually patutnya aku tak dapat pergi. Sebab hari Ahad tu kan baru je outing pergi TS. Tapi last2 dapat kelulusan daripada Mem Besar Norhayati Ngah, so apa lagi kan?? Dengan kadar segera roger2 Jijah! Hahaa. Yeah2~ Aku memang tak sabar gila nak jumpa Salmi, rindu gilaa <3

Salmi & Me <3

Tapi sebelum pergi Mid, settle kan dulu Opah punya checkup kat Hospital Ampang and blahblahblah, then baru ayah hantar pergi Mid. Nasib baik lah juga aku memang ada kat KL masa tu. Sampai2, memang bengkak hati. Haha. Penat dah aku call Jijah dengan Salmi tapi tak dapat2. Erghh. Lain kali ada phone jawab! Hahaa. Adehh.

Terdetik pula nak cari diorang kat GSC. Yess! Tepuk2 sikit! Aku memang pandai. Hahaa. Nampak Salmi & Jijah. Pergi lah dekat diorang. Elma muka terkejut gila nampak aku. Huhuu, korang tak tahu aku nak datang pun kan. Huaa.. Kesian aku. xP Bila semua dah sedar kehadiran aku, jeng jeng jeng. Salmi yang rindukan aku peluk2 aku. Bukan aksi terlarang ok. Hee.

So, bak kata Elma, 8 bertukar jadi 9 orang kesemuanya. Aku ingatkan gang2 budak perempuan aje yang pergi. Rupa2nya budak2 lelaki pun menyemak juga. Cis, kalau aku tahu aku nak heret juga Apiz datang join sekali, mesti lagi best. Hee. Dan 4 budak menyemak tersebut adalah Ajim, Amirul, Shahrul and Salman. Yang Salman tu, budak tusyen! Tapi ni 1st time aku kenal dia. Hahaa. Aku kan unfriendly gilaa kan, muka nak makan orang. Hari tu je baru aku tahu nama dia. Hahaa. Apa2 lah aku ni. xD

Okay, back to the Midvalley Madness. Sampai2 aku beli tiket wayang, TRON LEGACY. Tapi aku tak dapat lah duduk sekali dengan diorang. Then agak2 tak tentu arah sementara menunggu wayang pukul 1.30 p.m. Camerawhoring di tandas! Yeahh! Biasa lah budak remaja tak matang ni mana tahu malu kan. Hahaa. Dan begitu lah seterusnya, kami GILA CAMERA! Sampai sanggup paling muka pandang camera and buat dunno je orang tengah bercakap. Kan Elma? Hahaa. Kesian Jijah dengan Ajim xD

3 anak Sulaiman :)

Adengan tandas: Syuu, Elma & Kakdik :)

Hey Ladies :)

Hey guys :)
(bajet macho je, hahaa)

Agenda seterusnya: makan. Nyumm nyumm, McD! xD Lepas tu exercise lepas makan, pergi jalan2. Huhu. Sedih wey. Masing2 jalan ada couple: Kakdik & Shahrul, Elma & Ajim, Salmi & Jijah. Tapi aku pula stuck dengan bodyguard GAY 2 orang: Amirul and Salman. Ya Allah, diorang banyak buat maksiat tanpa segan silu! Hahaa. xD

And masa jalan tu, ada story hot sikit kot! Geram pula aku dengan minah tu. Hahaa. Puas hati aku dapat balas dendam dengan dia. xD Apa taknya, pegang sikit rantai dia jual yang entah ORIGINAL ke TIRUAN tu pun dia bising marah2. Aku jeling dia sikit, then aku pusing kedai dia sampai dia PUAS ikut je aku. Hahaa., Bodoh lah kau kan makcik. Entah2 barang kau tu TIRUAN seludup, report nanti baru kau tahu. And cara kau cakap pun macam pendatang asing je. Entah seludup ke ada permit ni. Hahaa. Gilaa punya insult. Nasib baik mulut aku tak cukup celupar nak sound je benda ni kat minah tu. BOO. Takat stall kecil je tak payah nak heran lah wey! Kedai besar gedabak tu pun takda nak kecoh pegang2 barang dia tu! :P

Lalala, skip2 agenda bengkak hati aku xD

Melantak! McD hour! :D

Akhirnya, sampai juga masa untuk wayang. Sebelum wayang start memang tak boleh blahh! Ajim & Elma aku boleh terima dek akal lah duduk kat couple seat, tapi bodyguard aku yang 2 orang tu nampaknya tak tahu nak insaf! Ish2. Dah lah tak tahu malu sendawa sampai 1 panggung dengar wey! Aku tak mengaku lah aku kenal korang! Hahaa. Hmm. Overall cerita and plot dalam TRON LEGACY memang menarik and best. Huhuu. Kalau Walt Disney buat Disneyland sebiji lagi pastikan ada attraction TRON LEGACY okay? Syokk tuu. Hahaa. Apa2 pun, aku bersyukur juga bila keluar dari panggung tu, aku dah beku dalam tu. Hahaa. xD

GAY Pals, Amirul and Salman xD

Lepas wayang, planning seterusnya? Bowling! Hahaa. Salman dengan Mirul awal2 dah ajak aku, siap nak bet lagi! Sorry lahh, aku taknak bet kat something yang aku tak pasti kemenangan aku. Mwahahaa, nak high je aku ni. Aku tak reti sangat main bowling, baru 2nd time main kot. Tapi bantai baling ikut suka2 aku je lahh. Hahaa. Aksi terbaik hanya dapat dilihat ketika bowling. Salman. Sumpah cakap, aku rasa hari tu memang hari malang kau kot. JATUH pula masa nak baling bola bowling tu. Adehh. Tu lah, keding sangat! Hahaa. Tu pun ada hati lagi nak bajet jadi TRON. Hahaa. xD

Aksi bowling :D

Akhirnya bowling pun tamat, dimenangi oleh Kakdeq and Salman. Tepuk2! Wahh. Then Salmi and Kakdeq pergi lawan basketball kat Arcade. Mula rasa nak join juga, tapi malas pula nak tunggu. Then pergi menunggu Elma and Ajim makan. Kononnya tunggu lah sangat. Last2 semua berpecah. And ofcourse, stuck lagi dengan bodyguard aku 2 orang yang hampeh tu. Then kitorang meet up balik dekat pintu keluar KTM.

Ohh, cerita sensasi and PANAS! Aku and boduguards aku tu melawak and menggilo lah sementara kitorang semua tunggu Salmi. Adengan kutok mengutok tak boleh tinggal. "Salmi ni buat Donut sekali ke ni lembab sangat ni?" Sekali SALMI & JIJAH DAH BALIK! Perghh. Punya lah kitorang tunggu, sekali diorang dah chow dulu. Bengkak weyhh! Adehh. So kami pun beransur pulang. Aku belanja Salman tiket KTM balik sebab mamat bangla tu dah hilangkan tiket dia. Then menggila lagi sementara menunggu KTM. Namun apakan daya. KTM yang 1st tu terlalu sesak untuk kami redah. So kami pun bersabar menunggu KTM kedua.

Hahaa, yours truly sudah gila pada hari tersebut :D

Ingat nak mempergunakan Salman yang dah ada rupa sakai jalanan tu, suruh dia berlakon jadi sawan supaya kitorang dapat cepat2 masuk KTM. Hahaa. Tapi planning malfuction lah. Lakonan Salman tak meyakinkan kot. Sorry Salman, kau gagal ujibakat untuk watak "si Sawan dalam KTM". Hahaa. xD KTM yang sampai memang menyeksakan. Lenguhnya berdiri, dengan sesaknya. Perghh! Paling tak boleh blah Bodyguard 2 orang tu, dah nak pengsan dah gamaknya cium bau ketiak! Hahaa. Padan muka xD

Sampai Nilai (Finally!) dah malam. Nak dekat pukul 8. Balik rumah dengan amat2 puas hati, Outing yang syok :) Harap lain kali dapat pergi lagi! Lepas SPM jomm? Hahaa. xD

*credits kepada semua for the pics! lawa2 belaka, harap tak kisah pics ni jadi wall of fame kat blog aku :)

Monday, December 20, 2010

Comicfiest 2010

Hmm. 1st comment on this year's comicfiest: Extra Fun dan Extra Penat!
Perghh. Malam tu tak boleh nak tidur pula weyh. Masa ni lah juga insomnia nak buat perangai. Adohh. The next day tu memang sembab gila rasa mata aku ni, and hyperactive semacam. Hahaa.

Pagi2 aku dah melangut kat KTM tunggu Len. Then naik KTM pergi Sentral. Kitorang sampai sakit2 tekak sebab talking non-stop. Hahaa. Cuti2 ni banyak cerita dan gossip2 still berjalan okay? Hahaa. Actually, pasal adik angkat aku aje. Nanti dia balik dari camp aku nak lutu kepala dia! Berani dia tak story2 kat aku pasal dia dah couple! Cis! xD

Aku & Len, OTW <3

Tukar naik monorail sampai Times Square, lalala, lapar! Aku pergi makan dulu kat Marrybrown sementara menunggu cik abang Khairul Afiq yang maha lembik lembab. Hahaa. Then sempat lagi kitorang jalan2 pusing2. Eihh, rambang mata lah kat TS. Tangan ni menggatal je rasa nak keluar duit. Tapi aku sabarkan. Haha. Aku nak shopping kat comicfiest tu je nanti, mwahahaa <3

Bila Krol sampai, kitorang pun pergi lah ke destinasi yang dituju. Excited gila tau sebab dah merata-rata kitorang nampak cosplayers ni. Dalam hati dah tau, gerenti gempak punya lah. Hahaa. Dah lah terserempak dengan Naruto kat lif, sampai terkejut beruk Krol bila lif terbuka and dia terus nampak orang mata merah. Hahaa. Entah apa2 aje kitorang xP

Then for the next few hours, kitorang dikerumuni cosplayers! Wuhoo best gila vavi. Hahaa. Lepas bayar tiket kitorang masuk dalam convo. Tapi actually dalam convo tu takda pape sangat, sebab mainly dia buat jualan, stageshows dengan tengok comicartists melukis je. Tapi memang rugi kitorang tak dapat rebut poster comicfiest free diorang baling2 kat tengah stage, hahaa.

Aku dengan Krol dah terpisah dari Len. Adoh. Haha. Dia dah gila kat dalam tu. Krol pun sama je borong komik lah ape semua. Hurmm. Aku pun ada lah shopping sikit. Aku beli illustration piece(kongsi dengan Krol), keychain dengan snowcap yang ada telinga bear tu. Hahaa. Aku tak tahan wey, snowcap tu comel sangat2. xD Tapi kalau Apiz ada, mesti dia suruh aku pilih yang telinga panda tu. Bwekk :P

Lepas membeli belah, di mana aku dan Krol still lagi terpisah daripada Len, kitorang calling2 dia cakap kitorang tunggu kat luar. Haha. Saje je nak keluar dari convo. Sebab? Nak usha cosplayers! Hahaa. Aku tabik lah diorang, mesti mahal gila kan kos baju diorang tu. Macam2 cosplay lah kitorang nampak, termasuk juga 2nd favourite aku, K-ON! Yeahh~ Tapi gambar tu dalam phone Krol. Harap2 lah dia cepat2 upload gambar tu, aku nak gambar2 cosplay and figura2 tu!! XD

Deathnote :D

Naruto yang Krol terjumpa kat Lif, hahaa xD

Ouhh, and teh best part bila kitorang nampak coslayer dengan costume terhebat!


Perghh. Unbelievable kan? Aku dengan Krol tak habis2 cakap pasal dia. Seksa gila kan dia. Wings tu confirm berat. Armour dia tu mesti panas, nak duduk gerenti tak boleh, nak jalan pun asyik disekat oleh photographers. Fuyooohh. Memang gila. Hahaa. xD

Setelah puas menunggu, Len akhirnyaa! Keluar dari convo dengan membawa sebilah pedang. Sumpah aku tak tipu weyhh. Pedang kayu dia beli. Hahaa. Adoyy. Ni contoh terbaik otaku gila dari comicfiest XD Then kitorang jalan2 sebab perancangan awal nak tengok wayang lepas comicfiest dah tak jadi sebab dah lewat sangat. Then penat, pergi minum.

Len: Fox ears and a woodstock sword :D

Baru je nak hilangkan kehausan, Krol pula heret aku teman dia shopping kasut. Grrr. Geramnya aku. 3 tingkat punya kedai kasut kitorang jajah, last2 dia nak juga beli kasut kat tingkat 1st yang mula2 kitorang pergi tu. Ishh! Nasib baik lah kasut tu lawa lah juga. Supra hitam :) Ouhh, and si bengong ni tengah banyak duit ni, DMSian, sila pau duit dia okay? xD

Sebelum balik, Krol yang dah puas hati sebab dapat shopping kaw2 punya nak makan. Pergi makan kat Subway. Ngancam lak aku tengok sandwich dia tu, haha. Then balik. Penat gila. Bila dah sampai KL Sentral, masuk ke KTM, memang tak sabar2 nak duduk walaupun takda seat. So kitorang duduk kat mana? Kat atas lantai lah, peduli apa dah orang pandang2. Hahaa. Dah lah aku dengan Len dah cukup pelik mata memandang pun, aku dengan snowcap tu, and Len pula dengan cekak rambut telinga musang and pedang dia. Huhuu.

Bertukar headgear, hahaa. xD

Dalam KTM, sumpah kepenatan. Si gilaa sebelah aku ni bising. xP



Balik dengan keadaan yang penat teramat sangat + mengantuk + kaki cram. Hahaa. Syok. Rasa macam nak demam gila xD

That's all and adios :D


ps: Hmm. Sepanjang kat TS, asyik termenung. Teringat aje dekat dia. Masa datang sini dengan dia dulu. Huhuu. Kan best kalau dia dapat join sekali.. And teringat dekat arwah Kimi. 18 Dec tarikh dia pergi. Sekarang, tak sangka dah 6 tahun berlalu. And sekarang, ada orang lain yang serupa dengan dia jadi kawan baik aku, bro aku. Macam dia dengan aku dulu. 
Abang kimi, imissyou..


pps: confessions with you at 3 a.m. works wonders. <3
      I <3 youu.

Saturday, December 18, 2010

Ermm.


Awak, 
jangan tanya saya apa2 lagi pasal kita berdua buat masa sekarang ni.
Boleh tak awak?
Awak cuma perlu tahu, yang..

Saya sayang awak,
tapi saya tak ready lagi nak jawab semua tu.
Saya harap awak boleh faham kenapa tanpa saya beritahu awak.
Saya tak sanggup nak ulang cerita yang sama.
Perit.

Sila bagi saya masa?
Saya harap semua ni hanya mimpi yang tak indah,
dan saya akan bangun dari mimpi ni bila saya jumpa awak nanti :(
Maafkan saya.


Friday, December 17, 2010

16.16.16.

Post yang agak lambat sebenarnya.

16.16.16.

Apa makna 16? Heyhey, ni bukan pasal kod rahsia or nombor ekor or even nombor ajaran sesat okay!
enambelas tahun pada enambelas disember 2010 dan post entry ke enambelas pada bulan disember :D

Wahh, bestbest! Hahaa. First sekali, and paling penting sekali, thankyou kat korang semua yang wish dekat aku sempena birthday ni, i really really appreciate korang ingat juga nak wish kat aku, thanks sangat. And thankyou kat ibu and ayah atas semua benda lah! Tanpa ibu and ayah, tiadalah nurulsyuhadasulaiman, kan? Thankyou sebab manjakan adda, hahaa xD

Today awal2 pagi pergi tengok wayang dengan ayah. Akhirnya! Dapat juga tengok cerita Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader. Seperti cerita2 Narnia yang sebelum ni, memang best! Ohh Edmund, Ohh Prince Caspian, korang teramat lah handsome~ Hahaaa. Aku memang gilaa sudah xD

<3 Papa :)

Birthday girl. Hahaa. :D

Tapi kacau gila dowh. Ada lah manusia ni yang tak reti bahasa or batak tak pernah tengok wayang kan. SILENT kan lah handphone tu weyy. Tak reti2 ke. Memekak aje sebelah telinga orang time tengah syok tengok wayang. Hmm. Ini lah dia, takda kesedaran sivik :P

Tengahari tu ada kelas addmaths. Haiz. Birthday tak birthday, study tetap study lah kan? Huhuu. Balik je rumah, acara mentedarah kek! Hahaa. Tiup2 lilin and lagu birthday, sumpah rasa macam dah tua. Hahaa. Pelik rasanya bila dah 16tahun pun masih lagi sambut birthday macam budak2. Hahaa. Meriah2 :D

Alamanda <3

Then, destinasi kami bertukar ke Alamanda. Ehh, orang punya birthday, ibu pula yang nak makan grand2. Hahaa. kitorang pergi Iranian cuisine. Err, aku tak makan pun, just french fries dengan hot chocolate aje. Huhuu. Then jalan2 sambil shopping! Yeahh. And aku akhirnya dapat buku Sherlock Holmes yang aku idamkan sekian lama! Thankyouu ibu! <3

Kami anak beranak, fotostat! :)

Lapar xD

Makan time!
Erhh, but tahun ni juga, memang dugaan. Hmm. Nak start dari mana eh. First sekali, aku dengan Apiz gaduh malam sebelum birthday aku. Perit wey. Banyak sangat yang aku tahan, sampai aku rasa kemarahan yang meluap2. Akhirnya aku lepaskan kat blog. Lama2 tu dia reti bahasa pula bila tengok aku endahtak endah dengan dia. Bila dia baca blog ni, baru dia tahu aku punyalah angin kat dia. Dia minta maaf. Sumpah aku taknak layan. Tapi nak buat macam mana, dengar dia nyanyi lagu birthday melalui voice message tu, cair pula.

Hmm. Maybe hati dah sejuk sikit. Calling2 dengan dia. Okay, so maybe aku dah maafkan dia. Tapi masalahnya kan. Forgive is an easy thing to do, but FORGETTING and LETTING GO is one hell of a job to do. Gosh. Macam mana ni. Serious aku takda niat nak terus layan dia dengan kasar, aku pun tak selesa macam ni. Tapi susahnya nak kawal perasaan ni. Bie, I'm sorry. Kalau you baca ni, I just nak you tau, i memang dah maafkan you, and sorry sebab orang berkasar dengan you. Tapi, harap boleh bagi orang masa, okay? :(

Emm, secondly. It really hurts kalau orang2 yang kau sayang maybe terlupa kot nak wish birthday. Hmmm. Nak buat macam mana kan. Maybe diorang takda kredit, or sibuk, or memang tak ingat. Nak buat macam mana kan. maybe ni balasan aku sebab dulu aku lupa kawan kot? Err, huhuu.

And lastly, kenapa lah gastrik ni kena buat perangai masa birthday aku? ERGHHHH!

And that's all i have to say. Hahaa. Sorry kalau ada salah silap. Hmm. Apa azam aku birthday kali ni.

Dear nurulsyuhadasulaiman.
Finally sixteen. A little late, though.
But hey, no matter how much you don't wanna grow up,
and even taylor swift songs couldn't cure you,
the fact is SIXTEEN, and stepping up the the higher stage.
I hope I'll pull my ass off for my SPM.

Hmm. Hahaa. Yes, harap SPMers 2011 semua akan berjaya! :)

Wednesday, December 15, 2010

.....

I might be paranoid now,
I might be a pain in the ass now,
I might be a nuisance to you now,
I might be a bother to whatever you're doing right now...

But DAMN YOU SUCKER!

Jangan ingat aku takde perasaan lah!
Jangan buat aku tertunggu2, kau ingat kau anak raja negara mana nak aku tunggu kau macam orang suruhan!
Aku janji aku setia menunggu bukan bermakna lu boleh buat SUKA SUKA LU!
AKU GF KAU LAH BRO!
Tak hargai aku, clash aje lah, susah sangat ke? Cakap aje jujur, jangan biarkan aku tergantung tak bertali!

Susah sangat ke nak cakap yang kau busy, tak boleh sms?
Payah sangat ke nak pinjam phone someone and cakap, takda kredit, or battery habis.
Ohh, kau malu sebab aku awek kau?
FINE!

SORRY?
Aku dah muak dengar!
ILOVEYOU, IMISSYOU?
Please, makin sakit rasa hati ni!

Aku cuba nak faham. Betul aku cuba sampai sehabis boleh! Tapi aku tak boleh control lagi.
Aku BENCI kau buat aku macam ni!
Aku betul2 rasa nak give up aje dengan kau...

Sunday, December 12, 2010

Shopping! Yeahh!

Hasil belian. Wahahaa xD

Hari ni ibu nak lepaskan tension dengan berjalan merayap.
Huhuu. Mula2 pergi tesco. Ramai juga orang ehh. Dapat pau baju 4 helai. Hahaa.
Kuning, Oren, Merah, Putih.
Yeaa, harga yang teramat murah, RM10 je sehelai. Wahahaa, aku memang membajet gila kan kan kan :D
Hmmm. Boring. Then pergi makan jap.
Lepas tu punya lah gila pergi sambung dekat Jusco S2.
Jalanjalan, pau handbag. Hee, lawaa :)
Then ibu and ayah belikan aku headphone!
Yang dah sekian lama aku idamkan, Waaa~
Thankyouu :)
Finally, balik!
Hahaa. That's all lah kot. Takde story sangat. ;)
byebye ^^


Psst! Ceriterarahsia!

* jiwang, okay?

Hey, awak! Hahaa. Pelik kan saya cakap macam ni?
Tapi sebenarnya saya segan sangat tulis ni, tapi saya tetap nak tulis juga sebab...
Saya rindu awak sangat! <3
Sepanjang cuti ni, saya asyik teringat kat awak lah.
Iye, awak aje lah, mana ada orang lain lagi.
Saya teringat kat sengih awak, comel :)
Saya teringat suara awak, ehehe, cair dah ni.
Saya teringat kat gelak awak, sampai saya tersenyum2 sendiri.
Saya teringat kat bebel awak, and saya yang sengaja buat degil bila awak bebel tu. Hehe.
So, kesimpulannya senang aje.
Saya rindu awak, saya rindu awak, saya rindu awak! :)

Awak, awak rindu saya tak?
Awak, betul ke awak rindu? Awak tak tipu saya kan? Awak tak buat stunt kan?
Hehe. Awak.
Awak ada tak rindu saya sampai tengok gambar saya tak lepas?
Selalu tak awak baca sms2 saya sampai isinya awak dah hafal?
Saya harap jawapan awak 'ya',
sebab kalau jawapannya 'tak', saya nak cancel balik soalan2 tu. Hahaa. Tak jadi nak tanya dah.

Awak..
Saya sebenarnya nak minta maaf pasal hari tu.
Saya tak peduli pun siapa salah, tapi just masa tu, saya tengah frust aje.
Maafkan saya ye awak sebab mengamuk macam tu.
Kita lupakan aje lah pasal tu eh?
Bak kata2 dari blog Elma:
"There's no rainbow without rain"
Err, lebih kurang macam tu lah kot. Saya tak pandai nak terlalu jiwang.
Tapi saya harap awak faham isi hati saya ni.
Ye lah, blog ni kan sebahagian dari hidup saya juga.
Kat mana lagi awak nak korek rahsia saya kan kalau bukan dekat sini? Hahaa.

Emm, awak.
Saya tak nak cakap panjang2 lagi. Sebab sebenarnya,
saya tak berapa suka dedahkan kisah kita kat sini.
Tentang saya dan awak, kan lagi special kalau jadi "ceriterarahsiakitaberdua".
Cuma kali ni aje, saya buat pengecualian. Kalau awak tak suka, sorry >.<

Lastly, and gerenti last punya!
Saya harap awak have fun dekat Mersing sekarang ni.
Mesti seronok gila kan dekat sana.
Hehe. Saya tak nak ganggu awak sekarang, jadi bila awak free nanti ajelah kita sms.
Thankyou sebab ingatkan saya walaupun dalam keadaan sibuk macam tu. :)

W.A.H., saya sayang awak. :)

Saturday, December 11, 2010

Hullo!

Ohaiyo~ *singkatan untuk selamat pagi dalam bahasa Jepun. But ohh, sekarang dah petang kan. Hahaa. Lantak lah kan aku nak letak pagi ke, petang atau subuh ke. Huhuu. Aku rasa nak melalut sebab belajar addmaths. Ehh, boleh pula macam tu ye? xD

Hey, pelajar2 SPM 2011, korang dah start study? Dah masuk kelas2 tusyen? Huhuu. Walaupun masih lagi dalam tahun 2010, tapi debarannya sudah terasa! Ataupun, bagi aku lah. Tak tahu lah kalau korang boleh goyang kaki lagi ke apa kan. Huhuu. Wa salut wey, memang genius! Hahaa.

Bila fikir2 balik, masa memang berlalu dengan cepat kan. Rasa macam semalam aje, berdebar masuk sekolah baru yang kononnya 'gah' seantara Nilai tu. *betul ke tatabahasa aku ni? cikgu nampak ni dia bagi D lak kang. huhuu. Demikian lah tahun demi tahun berlalu, sampai ke hari ini, di waktu ini, aku yang tiap2 kali bangun tidur, akan teringatkan SPM yang akan tiba memeriahkan 'senior year' aku di SMK DMS. Wahwah, gempak pula bunyi gelaran 'senior' tu. Walaupun sebenarnya, aku takde lah senior mana kan, umur sekarang pun belum masuk 16 lagi. 5 hari lagi baru mencapai sweetsixteen. Hahaa. Lambat! ;P

Bila dah nak masuk senior year ni juga lah kan, masa depan punya planning patutnya dah ada dalam tangan. Mula dengan planning cara paling efisien nak study & sebagainya, pointers SPM, apa nak buat sementara menunggu keputusan, nak pergi sambung belajar dekat mana, backup plans, and so on.

Hmm. Maybe aku nak usha kawan2 aku unutk buat group study lah. Baru syok kan belajar dengan kawan2 sambil berbincang? And yess, belajar, jangan bila 1 group dengan kawan2 nak main2 gelak ketawa lak! Nanti study ke mana, korang entah ke mana. hadoyy, parah hidup kalau macam tu. Hahaa. Even sekarang ni pun, aku dah start belajar lah sikit2 dengan cikgu, and selak2 sikit buku2 form 4 ni. Huhuu.

Hmm. SPM ouhh SPM. Aku harap aku dah cukup bersedia unutk menghadapinya nanti. No more stress gilaa2 or sesak nafas pengsan2 lagi ye nurulsyuhadasulaiman! Tahu tak menyusahkan diri sendiri namanya gitu. Adehh, insyaallah.

And well, that's all kot. Everybody have a nice holiday :)

Thursday, December 9, 2010

entah apa2 je ;p

Assalamualaikum! Hahaa. Aku tengah bosan sangat malam ni jadi aku nak mengarut lah. :)

Tahniah buat cousin aku yang tersayang and comel lote (uweekk. hahaa.) Que (nama glamour saja) dan semua kawan2 form 5 lain yang kini sudah menamatkan Sijil Penyeksaan Peperiksaan Malaysia (SPM) 2010 dan graduate dengan maha jayanya.. Semestinya semua tengah bergembira + sedih kan. Sebab SPM dah tamat dan juga sedih sebab kena meninggalkan sekolah yang penuh dengan kenangan terindah. Ehh, ehh, nyanyi sikit.

"Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku"

Haha, aku harap lepasan SPM akan nangis bila terbaca ni or dengar lagu Kenangan Terindah-Samsons ni. Yesss! Sampai bila2, zaman sekolah tetap akan menjadi zaman yang paling indah! No hassle, no worries, be happy! Hahaa. Benci mana pun korang dekat cikgu dotdotdot tu, menyampah mana pun korang dekat minah gedik or mamat poyo tu, tension mana pun korang dengan kerja rumah yang bergunung ganang and peperiksaan tu, tapi bila teringatkan the best of times dengan kawan2, mesti sekolah akan jadi tempat paling ceria kan kan kan?

Hahaa. Aku pun takde lahh nerd mana. Kerja sekolah lagi bnayak yang terbengkalai daripada yang siap sepenuhnya kot (I'm so sorry ibu ;p) Belajar hanya apabila perlu, e.g. nak periksa atau bila ada mood nak belajar, hahaa. Misi ke sekolah yang pada awal tahun untuk belajar bersungguh2 (ptuii!) akhirnya menjadi misi untuk cepat2 habiskan peperiksaan akhir tahun dan enjoy dengan kawan2 and tak payah study, campak buku tu jauh2, jangan buka 1 muka surat pun. Hahaa. Kononnya lah kan.

Tapi misi aku lagi besar tahun 2011 yang bakal menjelma ni nanti. Berazam untuk beusaha sehabis boleh dengan kawan2 semua untuk mencapai hanya yang terbaik untuk SPM nanti. Kejayaan, hanya bermakna kalau kegembiraan  hasil penat lelah dan usaha tu dikongsi bersama kawan2.

Cehh, aku ni gebang aje. Padahal cuti ni, aku 1 buku pun tak sentuh. 1 muka surat pun tak terselak. Ish2, apa nak jadi dengan aku ni. Cuak nak SPM, tapi tak reti2 nak belajar, nak insaf. Ouhh, aku tak suka membesar. I don't want to grow up. Kalau lah aku mampu mengawal masa, aku nak putar balik masa supaya aku boleh dejavu balik zaman form 2, form 3, dan form 4 ni. Hahaa.

Ehh, ketandusan idea pulaa. Ain lah ni call sampai habis hilamg karangan aku. Hahaa. Adios people and goodnight <3

Tuesday, December 7, 2010

Heyhey!

Lama tak mengupdate! Hehe. Kepada yang selalu buka blog ni, sorry yea? Baru2 ni busy sangat, ulang alik KL untuk jaga Opah. Opah dah keluar hospital, sekarang nampak makin sihat je duduk rumah, alhamdulillah :)

Penat seyh, baru2 ni asyik tidur pukul 2-3 pagi. Hmm. Entah kenapa susah sangat nak tidur. Heyy, hilang rasa nikmat! Padahal tidur tu hobi aku, huaaa ;( Hahaa. Ouhh, cuti ni aku dah semakin kembang! Adehh, nak buat macam mana kan. Tunggu buka sekolah balik lah, baru aku senang nak diet, sebab bila dekat sekolah tak boleh duduk diamm! xD

Beberapa hari ni pergi KL kan, asyik merayap aje. Hahaa. Pergi mana2 pun mesti melencong juga ke shopping complex. Pavilion aje dah 2 kali aku pergi dalam minggu ni + Sungai Wang + Ampang Point + Tesco KL + Alamanda. Wahahaa, banyak duit mak aku habis, kihkih. And plus, aku dah dapat dah early birthday present! Hadiah daripada ibu and ayah, thankyouusomuch! <3


yeahh, that's my new phone :)

jengjeng xD

Ouhh, phone lama, aku sayang kau jugaa, so sekarang kau bergabunglah dengan nombor celcom aku yee? :)

Model lama? Outdate? Ouhh, aku tak kisah, sebab ni ibu yang pilihkan. Better than nothing, right? Lagipun warna PINK. Hahaaa :D I'm lovin' it :) Yang bestnya, masa beli tu, abang salesman tu macam nak menipu kitorang pun ada tau, jadi kitorang memang dah cakap, taknak beli lah memory card tu. Sekali bila buka memory card slot tu masa tengah minum kat mamak, ada juga memory card! 2GB lagii. Hahaa. :D
Tadaaa x)

And then, semalam pula, aku beli nombor baruu! Tapi nombor celcom lahh. Kebanyakkannya untuk family use and emergencies. And bonus kalau ada kawan2 yang pakai nombor celcom tu lah. Huhuu. Tu yang malam tadi aku terus sms dengan Maisarah~ Aku rindu gilaa lah adik aku yang seorang tu~ Huhuu. ;(

Gambar sesat my mum xD

And nak chow duluu.  Adios sayonaraa~ xD

Thursday, December 2, 2010

:D

The  Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader
Tak sabar nak tengok! :)


Comic Fiesta ^^


Jom kita pergi ramai2 weyy!
Nak pergi, nak pergi, nak pergi!
Hahaa.
Start 2 hari lepas birthday aku.
Okay lah tu kan?
Sesiapa yang nak belanja aku time kat comicfiesta ni silakan!
Aku tak kisah! Hahaa. :D



Hospital

Hari Selasa, pergi KL. Niat nak pergi lawat Opah. Tapi tersesat pula pergi Sg. Wang dulu. Hoho, dapat Shopping! Hahaa. Shopping sakan dengan ibu sementara tunggu ayah habis kerja, baru pergi lawat Opah. Kesian opah kat hospital seorang2, MakLong tak dapat datang nak teman opah sebab dia sendiri patah tangan sebab jatuh kat longkang besar depan McD drive thru tu. Hahaa. Tu lah, makan tak ajak aku tu jadi macam tu. :D

And semalam, pergi lawat Opah lagi. Kitorang ni takde kerja, so bergambar sambil gelak2 lawak entah apa2. Hahaa. :D

Gambar lupa nak rotate lahh! Sorry :D
Kesian maklong, patah tangan sudaa! Hahaa. :D

Err =_=''

Mummy's girl <3

Opah Rock! Hahaa.


"Sakit denggi? Oh, anak saya pun meninggal dulu sebab denggi jugak.."
Ya Allah, MakLong, kesian orang tu.. Dia kena denggi tu.. =_=''

Lalala, tu je. Byebye :)


Monday, November 29, 2010

I'm back babe! :D

Hoho. Macam mana nak cakap yang reunion DTA(Diploma in Tourism Administration) '86 di Duta Village, Kuantan yang dihadiri oleh mak aku, family and friends tu sangatsangat best? Hahaa. Aku mula2 tu boring juga, sebab aku dengar orang2 tua tu je dok kecoh, aku lak takde gang. Time malam tu baru best, anak2 kawan mak aku pun ada time dinner tu, so aku lepak dengan diorang je. Tengku Farrah Adreena and Aina Suraya, korang memang syokk! Hahhaa. Actually, aku ni kan jenis yang tak reti nak menegur orang ajak berkawan ke, bersembang ke, tapi sebab keramahan diorang ni, kitorang terus click ;)

Sampai2, lepak kat beach!

Yeahh! Pantai~ :D

DTA Gang

Then lepas lepak2, siap2 pergi dinner malam ni :)

Tadaa~ Gadis dan Bunga, hahaa :D

Almost ready ;)

Dinner, tak kurang hebohnya... kalah group remaja yang reunion :D

Adengan suap menyuap :D

Dapat goodies~! :D

Photographer: Farrah :)

Happy Reunion :)

The Ladies ;)

Sulaiman's Family :)

The Next day, lunch sebelum beransur pulang :D

Yummy lunch, ambil gambar dulu :D


3 dara + 1 mum :D

See you soon, sayonara~ :D

That's all kot, byebye :D