Thursday, December 1, 2011

Titik Noktah yang Terakhir.

Flashback.
Waktu itu, kelihatan semua pelajar di dalam dewan berada dalam keadaan keluh kesah.
Ada antara mereka yang tidak melepaskan pandangan mereka daripada pergerakan jam dinding di hadapan dewan.
Ada juga yang masih tekun menilai semula jawapan-jawapan yang ditulis setelah penat ilmu diperah berbaldi-baldi daripada sel-sel otak.
Ilmu selama dua tahun dicurahkan ke atas kertas jawapan.
Seterusnya, hanya tinggal bertawakkal.
Jam menunjukkan pukul 3.29 minit petang.
Noktah yang terakhir ditandakan.
Hanya tinggal 5 saat;
3, 2, 1...
3.30 petang!
"Masa menjawab sudah tamat. Sila letakkan pen. Pengawas peperiksaan akan mula mengutip kertas jawapan sekarang."
Hembusan nafas lega dikeluarkan dari benak hati setelah kertas jawapan masing-masing.
Bagi pelajar-pelajar Melayu di kelas 5 Elit SMK Dato' Mohd Said dan calon-calon SPM yang mengambil matapelajaran Biology;
sekalung tahniah diucapkan!
Misi anda telah terlaksana.
-TAMAT SPM 2011-
Dengan ini, saya Nurul Syuhada Sulaiman, angka giliran NA063AXXX, telah menjadi seorang pelajar lepasan SPM.
Semoga segala kudrat dan usaha kami akan membawa kepada kejayaan.
Amin..


No comments: