Sunday, June 17, 2012

Baru 2 minggu.

"Baru 2 minggu"? Apa yang 2 minggu? Apa significant sangat 2 minggu tu?

Okay. Sebenarnya tak significant mana pun. Aku saje buat gempak. Okay, tak berapa nak gempak. Maaf lah, malam2 macam ni, otak aku tak berapa nak centered sikit. Dah seminggu tinggalkan blog buat aku rasa janggal nak mula menaip. Nak tulis intro apa, cerita apa. Pressure dia boleh mengalahkan buat karangan BM. Hamboiii cerita kau Syu.

Just when I thought seminggu MDS dah terasa cukup lama, minggu kuliah pun bermula. It was a very, very LONG week! Mula2 kemain excited rasa dah nak start kelas, rasa suasana dalam kuliah apa semua, but bila masuk aje kelas ke-2 aku dah "Weii baru pukul 11.30 ke???". Seriously hectic. =_=

Aku punya first kelas hari Isnin haritu was BEL (English) kat Bilik Kuliah 8 or nama glamournya BKA 3. Kemain kau punya excited first kelas and all kan, so aku dengan 3 lagi classmate aku yang sama2 stay kat kolej R1 pukul 8 dah terpacak kat BKA 3. Belum buka pintu pula tu, so lenguh kaki lah juga nak tunggu sampai setengah jam kan. Last2 semua classmate aku yang perempuan duduk bersila depan bilik kuliah tu menunggu lecturer, sementara yang lelaki (9 orang aje! Kesian hahahaha xD) tunggu kat luar! Sebab segan kot dengan kitorang 21 orang perempuan ni.

Excited nak masuk first class. Pftt. ;P

Menunggu depan BKA 3.

Sompek laiee tu amik gambar kat BKA 3 xD

Our first class was okay. Quiet, but okay. Tapi kan------- Agaknya hari tu memang hari blur aku kot. Arghhh entah lah sejak aku datang sini aku jadi blur tak tentu hala aje! Lecturer aku, Miss Puspa tu, suruh someone volunteer untuk jadi class representative untuk kelas BEL tu. So since aku suka BI, and kalau aku suka, aku memang jenis yang tak kisah kena bagi workload pun, aku volunteer lah. Bengong kan? Should've known better yang gerenti lah aku kena jadi class rep. untuk kelas2 lain juga kan? Masa aku sedar bertapa tertipunya aku masa tu terasa macam nak ketuk2 kepala sendiri kejap >.<

After that was physics. Masuk2 terus belajar. Aku rasa macam nak nganga mulut aku luas2 masa tu sebab blur tahap gaban. Last2 minute tu, berkat classmate aku Najihah yang comel (mengampu, haha xD) baru aku macam dapat digest apa dia cakap. Dah duduk depan pun still lambat pickup, acano tu Syu =_=

Meet my classmate, Nur Najihah :)

Sementara menunggu "Abang Ho" kitorang masuk dewan kuliah, haha xD

Muka excited nak habis kelas. Huhuuu xD

Then untuk notes apa semua, lecturer panggil lah class rep. untuk ambil notes and kemudian pandai2 lah kitorang kena photostate sendiri kan. Masa tu untuk group B6 macam takde orang ambil kan notes. Semua senyap aje sampai aku berhalusinasi macam ada cengkerik lalu memecahkan senyap sunyi tu. So sejak dari tu, memang aku dah agak aku terkono. And begitu lah, kelas2 lepas tu, kalau lecturer tanya siapa class rep., nama aku yang tak berapa nak glamour ni keluar: "Syu~!!" Nasib takde bunyi manja2 aje. Kalau tak gerenti aku buat trollface =_=

Hari Isnin tu aku kelas sampai pukul 6.20 petang. Penat wooo petang2 after a whole day kena panjat tangga >.< Hilang habis segala kemacho-an, kecomel-an and keayu-an yang ada. Hahaha. Tercungap-cungap naik tangga. Masa tu nasib belum beli buku lagi. Kalau tak lagi haru wooo naik tangga. Kurus aku tau tak kat sini, korang semua sila lah percaya! Ini betul2 beb bukan cobaan! Hahaa xD

Then, skip2 to hari Rabu, my first class start pukul 5.30 petang. Wahhh best gila lah konon tu kan? Aku ada 2 kelas aje hari tu, start 5.30 sampai malam, pukul 10.20. =_= Arghhhhh malas nak fikir. Tapi hari Rabu tu, kelas malam aku, yakni BIO, cancelled, and aku kena gerak daripada kolej awal hari tu instead of pukul 5.30 spetang sebab ada pendaftaran kokurikulum. Nasib baik, selepas kitorang berhempas pulas, tahan tolak sana sini, dapat juga aku dan roomate aku, Aina, Linda and Nabilah daftar sebagai ahli Kelab Khidmat Komuniti/Lawatan Sambil Belajar. Tak sangka betul, ramai pula orang nak daftar sebagai ahli =_=

And-------- kelas2 pun berjalan seperti biasa. Aku pun tak rasa macam nak elaborate. Susahnya hidup kat sini makes me really homesick >.< Tetiba rasa bestnya melenggang kat rumah takde kerja buat dulu, haha. Poning den belajar. Fighting Syuuu! Kena bersemangat balik! Katanya, "A doctor in making" kan? So, fighting~!!

Muka yang sungguh tak bersemangat. Haihhh. Wake up Syu! xD

Aku makan ni lepas kelas hari Jumaat. Spaghetti. Sedappp! Amie, aku rinduuu :'(

Malam tadi, after seminggu kepeningan study, aku and housemates pergi beli makan dekat KKPR, and then makan dekat picnic bench depan blok R1. Then kitorang pun pergi lepak2 dekat exercise park and menggila sepanjang malam. Lepas tu pergi main truth or dare dekat padang kawad. Pukul 11 baru balik bilik, and pukul 12 baru tidur. In one night, semua orang dah ada nama timangan yang comel2 <3 HAHAA.

Ohh, and hari ni (Sabtu) kena ambil gambar untuk ID pelajar a.k.a. kad matriks. So aku pergi dengan housemates kesayangan aku <3 Start pukul 10, but kitorang 9.30 dah gerak ke Dewan Serbaguna Angsana, sebab takut nanti ramai sangat orang. Even time kitorang datang tu pun dah cukup ramai. Tapi nasib baik, pukul 10 start daftar, dalam pukul 11 kitorang pun dah settle amik gambar untuk kad matriks. Dah lah kitorang paling bising kat situ, memekak2 and gelak2 sebelum ambik gambar, buek malu kek orang yo xD

Me and roomie, Anem. Geng masjid. Hahaaaa xD Baju kami tema oren hari ni xD

Aku kena marah sebab conquer lens. Ehh jap. Ada aku kisahhh???? HAHA xD

Geng 1301 GEMPAK! xD

Esok pula, aku keluar dengan parents aku :D So kena lah siapkan blog ni sebelum mak aku buat adengan membebel esok, haha. I guess that's all, dah pukul 1 pagi pun. Goodnight and adios~ ;)

Sunday, June 10, 2012

Now in PALAM.

This post was due quite some time ago, tapi atas sebab tuan punya blog teramat lah busy, so seribu kemaafan dipinta daripada para pembaca sekalian sambil tunduk ala2 korea. Cewahhh!

Okay, sebenarnya dah seminggu aku kat UiTM Puncak Alam a.k.a. PALAM ni. Aku daftar 2 June haritu. Sampai pagi2, kemas bilik apa semua, petang pukul 3 terus start program Minggu Destini Siswa (MDS), which is the orientation lah. 

How was it? Dah nama pun minggu orientasi, kalau tak penat tahap tertinggi tak sah lah kan. So, berbekalkan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi (hamboii kemain ayat kau ye Syu), aku berjaya juga harungi MDS! Yeay and hooray~ Happy lah juga, dapat habiskan minggu yang memenatkan, bangun pukul 5 pagi tidur pukul 1 pagi for every day of the week, dengar taklimat, senam seni apa semua. But put aside perasaan penat sampai ada yang "berteleku" time dengar taklimat tu (termasuk aku lah tu, haha), MDS was seriously fun! Enjoy aje games and entertainment dengan abang2 and akak2 PM (pembimbing mahasiswa ye, bukan perdana menteri). Sedih lah juga sikit at the end of MDS tu, huhuu.

Okay, sebenarnya kan, aku tengah melalut. Aku memang takde idea gila macam mana nak tulis post aku kali ni kasi "kawww" sikit, so dengan penuh rasa kesal, apa yang aku boleh buat hanya lah hidangkan gambar untuk tatapan korang semua. -____-

Pagi2 tengah beratur sebelum start perasmian MDS, muka fresh lagi :)

Menunggu Majlis Perasmian MDS bermula. Semua tudung purple UiTM :)

"Selamat Datang Semua Pelajar Baru ke Universiti Tekonologi MARA" :)

Ceramah daripada Naib Canselor:" Dalam Malaysia ada 2 aje Universiti, iaitu UiTM dan LAIN_LAIN." xD

UiTM Di Hatiku <3

Habis ceramah, tayangan Lawak Ker Der. Pun boleh ka?

Aku kat group B15 time MDS, hehe ;)

Me and my roomie, Hanim :)

Mengantuk + Boring =__=

Blok Rafflesia 1.

Barisan Siswa beratur untuk makan tengahari.

Mini concert PM Abang Alex, haha.

Yes, peeps. That's Upin Ipin =___=

Mengantuk + Boring tahap 2.

Mengantuk + Boring tahap 3. (Pinjam jam kau ye Hanim, haha xD)

Kakiku melecet T_T Extreme kan MDS? Hahaa.

Mengantuk + Boring tahap 4. Cepat lah balik woiii nak tidur @_@

Mini concert PM Abang Jimy and Abang Azam. Jejaka2 pujaan siswi, hahaa.

Supper. Memang mewah makan time MDS. Fully sponsored.

Majlis Penutup MDS grand woah! Macam Majlis Anugerah Bintang Popular gituu xD

Calon2 Anugerah "Biro Paling Mencabar" :D

Grand entrance Abang Syuk, Biro Makanan yang menang Anugerah "Biro Paling Mencabar".

"Biro Paling Popular": Biro Program :D

"Biro Paling Cool": Biro Sahsiah, Disiplin dan Keselamatan (SDK)

Pembulian beramai-ramai oleh akak2 and abang2 PM untuk tengok Kak Mira, ketua Biro SDK yang cool tu senyum xD

Abang Ngah :D

Pengacara Program terbaikkkkkk~ Kak Jannah a.k.a. Akak Comel and Abang Azam :)

Nyanyian tangkap leleh Abang Syuk~ ^^

Penyeri Majlis, heheh xD

After MDS, kitorang ke sini: McD! <3

My housemates, Aina and Hanim ^^ They rocked! Hahaa.

Academic Calender T_T

Nak dekat hujung2 Sem 2 banyak pula cuti, orang nak exam woiiii~

Jadual waktu Group B6, mine. Welcome kelas malam, saya memang suka sangat *tangan ke bahu, mata pandang atas*

Penghuni2 rumah 1301 <3

Muka2 selenger. KONONNYA.

Lepak2 kat bilik TV. Rasa macam pecah masuk aje masa tu sebab takde orang. Last2 semua orang mencanak lari sebab terkejut dengar bunyi loceng. Apedaaaa tinggalkan aku dengan Hanim yang pasang TV pula tu =__=

Surau tingkat 1 best ^^

Fakulti 0_0 Pening woah pening.

Dewan kuliah yang sejuk ber-aircond <3

Fakulti view from PSB.

Penat naik tangga, haha.

Kami pelajar2 skema, memang suka lepak Library. Library best! Sejukkkk hahahaaa itu aje kerja aku, cari tempat sejuk, sebab tak tahan kat sana agak panas xD

Okay, sorry. Seriously takde idea xD Esok aku ada kelas. 8.30 pagi woah, English ^^ Excited pula, haha. Adios ;)