Sunday, January 16, 2011

Beijing, the 2nd Day of Craziness.

Wakey Wakey, Good Morning Beijing.
Pagi2 bangun pukul 6 pagi. Makan dan bersiap2 sebab pukul 8 dah nak start berjalan. Tapi dah bangun awal macam tu pun still terlambat juga, 8.15 baru pergi lobby. Hahaa. So whatever lahh kan. Tour bermula dengan makan. Breakfast di restoran muslim. Again xP

Lao Hui Hui Muslim Restaurant

Then pergi jade center. Urghh. Boring lahh. Bukannya dia tunjuk sangat macam mana dia polish jade tu ke apa sangat pun. Banyak masa diperuntukkan untuk menjual aje. Tapi jade dia memang lawaa! Hahaa. Or maybe, darah cina aku yang datang dari mana entah yang membuatkkan mata ni macam BLING BLING tengok jade! Hee. Tapi dalam taknak2 beli pun, ibu dapat juga gelang. Huhuu.

Jade Processing, mamat tu tolong berlakon aje :P

Ayah dan Anak angkat dia xD

JADE, BLING!

Lalala, lepas tu dibawa ke Crystal City. Haizz. Yang ni pun macam dekat Jade Center tu juga. Adohh. BOSAN BOSAN BOSAN~~ Dan akhirnya kami bershopping aje. Aku dengan Aunty Abbie beli rantai. Hahaa. Macam rantai couple pun ada. Dia punya warna putih and aku punya ada warna purple. Hee. Sekarang gilakan warna purple, or kepercayaan di China, purple melambangkan jiwa yang romantik. Bwekkkk! Ptuiii! Romatik taik kucing. xP

Crystal Ball

Membeli belah :D

Aleesya: "Pok Man, Horse!"

Cam-whore, gambar aku lagi glamour, hahaa xD

Kemudian, lagi sekali, ke KILANG lagii! Tension betul. Kali ni kilang Cloisonne. Kilang pasu lahh. Perghh geram mata tengok halusnya pasu buatan diorang tu. Kalau aku buat memang dah tahap juling mata nanti, hahaa. Tapi, still. BORING. Then Lunch. Makan kali ni mewah sikit, and sedap, nyumm nyumm :D

Cloisonne :D

In process..

Finished product :)

Products on Sale

FEAST!

Then, jeng jeng jeng. Masa yang ditunggu-tunggu. Kami dibawa ke Great Wall of China, stesyen Ju Yong Guan. And untuk makluman semua (aku pun baru tahu, so aku kongsi2 cerita aje lah kan), great wall yang kita lihat sekarang ni bukan yang original. Ini dibina semula semasa Dynasty Ming. Dan actually Great Wall ni bukannya mengelilingi seluruh China, tetapi hanya gabungan tembok yang dibina oleh pemerintah2 kawasan utara China untuk menghalang daripada musuh. Wah2 dah macam cikgu Sejarah pula aku xD

And so, masa sampai tu, Angin sejuk lahh wey. Tapi kitorang gagahkan juga untuk naik tangga tu. Baru sampai perhentian pertama, dah bergambar sakan. Then cubaan untuk perhentian kedua: BERJAYA lah okay. Gambar2 sakan lagi. And the ingat nak ikut diorang juga lah stop sampai situ aje kan. Then ayah cakap:

"Adda, jom. Next stop pulak."

And I dunno why, aku ikut juga. Kesimpulannya: itu kerja gilaa. Aku tabik lahh siapa yang buat and mendaki keseluruhan Great Wall ni. Semput aku dengan Ayah dok naik tangga dia. Jauh perhentian pertama dengan kedua, sampai aku dengan Ayah dah beberapa kali berhenti rehat dah sebab lenguh. Huhuu. Then akhirnya, sampai! Huahua, macam hero rasa. xD Then snap lah gambar daripada atas tu sikit2. Then masa nak turun tu, aku dengan ayah share sarung tangan. Dia pakai sebelah, aku pakai sebelah. Sebab? Ayah punya sarung tangan dah berguling2 jatuh dari tembok tu ditiup angin sebab dia buka sarung tangan tu and letak atas tembok, nak ambil gambar punya pasal. Ayah, ayah xD

Masa turun tu, memang aku tak sabar2! Sebab kepala aku dah berdenyut2 sakit gilaa. Altitude problem, aku tada boleh tahan seyhh! Aku tinggalkan aje Ayah turun perlahan2, aku pula dah turun cepat2 macam lipas kudung. Perghh. Dah lah CURAM tau tak, rasa macam nak jatuh je. Nasib baik ada palang untuk turun. Huhuu. Tapi berbaloi lah pengalaman tu. Menurut locals, sesiapa yang panjat Great Wall, layak dipanggil HERO. Hahaa. Aku dengan ayah baik punya bahan ibu lepas tu. Ngeh ngeh. Kamilah hero, yeaaahaa :D

Ekspidisi bermula :D

Gebang aje ni, hehe xD

Locks of Eternity Love

Higher View ;)

Semput >.<

HEROES! Jangan jealous yatingah! Hahaa xD

Lepas habis kerja gila, tour guide kami yang baik hati bawa kitorang pergi Snow World Skiing Resort. Actually, snow ni tak ada dalam agenda. Snow World ni hanya menggantikan Tianjin, tempat yang kitorang sepatutnya pergi, tapi tak jadi, sebab jauh sangat, tak nak bazir masa. And sepatutnya, Beijing ada salji musim2 winter ni. Tapi entah kenapa tahun ni takde pulak. Aduhh, sueyy lahh. Hahaa. So main Snow buatan manusia aje lah. Mulanya tak nak masuk, sejuk. Masuk pun, berbalut2 badan dengan baju tebal sebab tak tahan. Kitorang tak bayar untuk Skiing pun, kitorang bayar untuk Entrance main snow aje.

Huhuu. Kononnya sejuk lah sangat. Last2 mafela dicampak ke mana, aku, ayah, Aleesya dengan Aunty Abbie main Snow. Weee~ macam batak sikit. Hahahaa. Aku dengan ayah yang mula2 main baling2 snow nihh. Then aunty abbie ambush aku ( tak kena pun xP), and Aleesya pun join juga. Hee. Comel gila anak panda kecik tu. Baling snow kecik aje, macam batu kecik tu. Tapi kecoh aje lebih. Hehe, tu yang syok melayan tu :D

Sebelum balik tu, aku buat serang hendap yang tak beberapa berjaya dekat Uncle Naser. Hehe. Aku geram dia takut sejuk sangat, so aku buat bola salji besar punyaa, and berlari kejar2 dengan dia sampai keluar daripada Snow Center. Kihkih. Last2 dia give up, aku masukkan ice tu kat dalam baju dengan mafela dia. Hahaa. Kejam aku :P

Snow World :)

Ski board, tapi gambar aje lahh. Huhuu.

War call! xD

Anak Panda main snow :D

Lariiii woiiii! Kena ambushh!

Then, kitorang diheret pula ke Ointment Factory. Hahaa. "Sakit kepala, tampal koyok.", kitorang dok tak habis2 gelak pasal tagline cina tu masa dia sibuk promote2. Hahaa. But really, macam kilang2 yang sebelumnya ni, BOSAN. Woahh teramatlahh happynyaa dapat keluar daripada tempat tu yeaahaa~ xD

Kedai Koyok yang boring >__<

Then our last stop: Restoran muslim lagii. Kalau makan beberapa hari macam ni sumpah muak nanti. Balik Malaysia sumpah taknak makan benda2 tu lagi, dengan teh cina yang tawar tuu. Uwekk. Hahaa, hidup Malaysia, tanah airku. Huhuu.

Dinner :)

To be continued: Day 3 :)

No comments: