Friday, December 16, 2011

Secret Recipe Vs. Nasi Bubur ?


Hari ini sepatutnya sama sahaja seperti Jumaat2 yang lain. Sepatutnya takda bezanya.
Tapi sejak pukul 12.00 malam tadi phone asyik berbunyi. Bukan call, tapi SMS-2 yang berbaur ucapan "Selamat Hari Lahir!".

Ah, well. Bukannya aku tak suka. Hati ni memang rasa bersyukur sebab ada lagi yang sudi mengingati hari yang biasa2 ni. Yang takde significant ni. Terima kasih sangatsangat sebab sudi nak wish NurulSyuhadaSulaiman yang tak seberapa ni :)

Hari ini pun, celebrate dekat rumah sahaja. Kecil-kecilan dengan orang2 tersayang. Thankyou ibu and ayah sebab masak and belikan kek untuk Adda hari ni, walaupun Adda tak expect apa2 pun. Hehe. Adda tau Adda dah besar. Sepatutnya dah takde hadiah2 dah pun. Akhirnya lengkap 17 tahun hidup di muka bumi ni. Alhamdulillah. Huh? Suruh jadi matang sikit? Alamak susah xD Haha. Nak enjoy sepuas2nya menjadi budak. :D

Aku tak terfikir langsung nak apa2 time hari jadi aku kali ni. Entah, in fact, tak macam tahun2 sebelum ni, aku tak anticipate sangat pun birthday aku tahun ni. Kalau tak, tiap2 kali bulan Disember yang menakutkan ni tiba, hanya 16 Disember yang aku tunggu. maybe aku betul2 dah tua kot, haha. Aku tak rasa ada perbezaan dalam menjadi 17 tahun. Masih lagi orang yang sama. NurulSyuhadaSulaiman, si psychofreak yang sama xD

Eh, banyak pula aku monolog mengarut2 dekat sini. Actually, aku nak post entry pendek aje untuk birthday aku ni. Firstly aku dah penat kejar dateline post pasal cerita2 dekat Tambun sepanjang hari ni. And secondly aku ada pinggan mangkuk aku janji dengan ibu nak basuh daripada petang tadi sampai sekarang belum basuh2 lagi muaahahahaha. And thirdly, dalam kepala otak aku ni cuma fikirkan tentang esok aje. Apa cerita esok? Ah, alas; kena tunggu esok lah kan? :)

Sekian, assalamualaikum :)

No comments: