Saturday, August 21, 2010

Saya Kenal Sayang Saya...


Video ni mengingatkan aku dekat Doraemon lah. I'm missing youu! ;(


Koir Patriotik & etc


Hari rabu haritu, SMK DMS ada pertandingan lagu2 patriotik. Minggu lepas pun ada jugak. So ini kira sambungan lah. Kali ni kelas form 4 yang terlibat ialah 4E, 4D and 4A. Mula2 4A dulu, dengan lagu Warisan. Lagu tu memang best kan. 4A buat nyanyian solo atas stage. Sebab budak2 lain suara tak keluar. Adoh, kesian pula kat si penyanyi solo tu, takda kawan backup kan.

Then 4D, pun bawa lagu Warisan. Dimulakan dengan sajak oleh Shahira. Then nyanyian beramai-ramai. Lepas tu, Syafiq Esso buat rangkap solo. Sedap wey suara dia. Cair kejap. Haha. Sorakan dari barisan pelajar bila suara dia keluar. Then rangkap solo Doraemon. Cair wey. Haha. Bangga2, kesayangan aku yang nyanyi. Hehe. Then Natalia pula yang nyanyi. Kesimpulannya, ketiga-tiga penyanyi solo 4D suara best2! Semua karaoke punya stock. Haha. And diorang semua pakai baju kurung and baju melayu. Comel2 belaka. ;)

Then jeng jeng jeng. Giliran 4E, dengan lagu patriotik bertajuk Warna-Warna Malaysiaku dendangan Siti Nurhaliza. Kami semua pakai baju sekolah aje. Di tangan berbekalkan bendera Malaysia setiap seorang. Malu gilagilagila. Aku, Elma and Jijah cuak betul sebelum naik pentas. Segan tak terkata. Haha. Nasib baik Gwen and Vimala tolong cover aku dengan Shu Wei kat depan. Orang semua gelak2 tengok persembahan kitorang. Wai yang selamba badak, movement kitorang yang gilaa kot, and gaya ultraman, action chorus yang tak boleh belahh. Aduh, sekarang ingat balik, memang stock lawak betul. XD Then adengan lari tempo (gwen) sampai kena cucuk2 dengan Wai. Haha. At least Gwen punya rap tu memang menjadi. The AJIM LUPA LIRIK! Lepas tu main bantai je sambung2kan lirik. Hahaha aduh, wa respect lu bhay. Saya Bangga dapat kawan kamikaze macam Azim dan Gwen. Haha. XD

Lepas habis perhimpunan, aku pun jalankan tugas aku sebagai pengawas percubaan. Wahwah. Aku mohon sendiri. Saje2 rasa macam nak buli orang bila dah jadi senior kat sekolah tu tahun depan. Haha. Time pelajar form 1 beratur nak balik kelas, aku, Elma and Jijah nak tergelak gilaa dengar budak2 tu nyanyi lagu kitorang. Haha. Aduh, malu jugak tapi maksudnya kelas kitorang dah famous sebab lagu tu. Hahaha. Bangga lah sikit. Sekurang-kurangnya kami buat habis baik! Haha.

Dekat kelas pun, time budak2 form 3 kat bilik agama tunggu ustazah, nyanyi2 lagu kitorang kat tepi koridor tu. Haha. Aku tiba2 tak dapat nak kawal perasaan mendajal aku hari tu, aku pun ambil pemadam papan hitam and ketuk2 kat tingkat atas tu. Bhahaha XD jahatnya aku. kehkeh XD

Lompat ke hari Jumaat, pagi2 dengar lagu tu kat perhimpunan masa lepak dengan Anis and Shahira. Gilaa lah. Haha. Nabil yang pasang lagu tu. Supaya kelas 4E diingati. Haha. Dia senang lah cerita, dia tak nyanyi pun time tu. Haha. Suka hati lah, biarkan kelas 4E lebih terserlah. Haha. *Apasal aku tak habis2 dengan gelak ni? Coverline siot. Bhahaa XD

Sepanjang minggu ni gilaa2 lepak dengan geng2 perempuan 4E & 4D. Gempak. Haha.

Hari ini pula, Anniversary perkahwinan parents aku yang ke 18 tahun. Happy anniversary Ibu & Ayah. Moga family kita happy2 selalu okay :)

And minggu ni pokai gilaa lah! Nak sms dengan Doraemon pun bajet2 aje. Hurmm. Rindu sangat kat dia. Dapat sms dengan dia sikit2 je. Dah lah semalam tak datang. Haih. ;( Dah rasa macam si Anis pulak gaya obses ni. Hahaa. Imy baby ;(

That's all and till then, byebye :)

P/S: Lama tak update, busybusy XP


Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan!

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua bloggers and kawan2 sekalian!
Agak bersemangat jugak lah kot nak mula puasa tahun ni. And tahun ini!
Ya, tahun ni lah!
Nak perbanyakkan amal, nak pergi terawih, nak tadarus al-qur'an!
Terlampau banyak dosa dah buat ni, aduh. Pedih hati.
Semoga dikuatkan iman di dada ini.
Semoga dapat menerapkan sifat sabar dalam diri ketika ramadhan ini.
Semoga dibukakan seluas-luasnya pintu keinsafan diri!
Ramadhan kali ini, perlu lebih bermakna!

Insyaallah, aminn!


Tuesday, August 10, 2010

Maaf!

Terlalu banyak yang telah terjadi!

-P E R P I S A H A N-
-Ujian Ohh Ujian!-
-Oyeah! Demam Demam hahaha XD-
-Chaiyok2! Trial PMR 2010!-
-Ramadhan tiba lagi!-

*Takda masa nak update panjang2. Haha. Adios! :)
Harap Maaf -__-''