Thursday, January 12, 2012

Mischeivious Long Skirt

Aku dah meraban kat sini membelek majalah aje kerja. Aku ternampak fashion long skirt. Actually fashion ni pun dah lama kan, but still, fashion ni evergreen and recyclable(Ada ke ayat ni? Bantai aje). Fashion long skirt ni macam nakal2 sikit sebenarnya. Nakal? Nakal macam mana? Nakal as in macam mempermainkan kita. Kalau salah pakai, jadi FASHION STATEMENT of the year. Kalau ok, memang nampak elegant. Kerrrlasss kau gitu xD

Apa yang aku nak membebel ni actually just my opinion aje lah. Based on observation, aku dapat dicussion2 ni. Cewahhh membajet nak tulis report science pula aku ni. So andai ada salah silap dan terasa ke apa2 harap ampun harap maaf ya :)

Long Skirt
Long Skirt is a potray of elegance. Dan sebab itu lah, long skirt tidak berapa sesuai dipakai dengan T-shirt. Kecuali, kalau korang freehair (In this case korang boleh buat gaya sporty or santai. Kalau pakai tudung tak sesuai sangat, nanti nampak pelik) and kalau korang pakai dengan T-shirt lengan panjang 1 colour, takde corak. Itupun paling sesuai dengan skirt bercorak atau colourful, nampak lebih funky :D

Simple one-colour long sleeve

Polka dots, funky and retro

Accessories
Or, kalau nak both baju and skirt plain colours pun boleh, but kena accessorize! Personally, aku rasa accessories tu penting, membezakan style apa korang pakai, ala2 minah ayu ke atau minah rock macam aku ni (HAHAHA).
Accessories top 3 yang paling sesuai dengan skirt:
1. Belt besar


2. Rantai panjang




3. Gelang (My peberettt, haha)



Mix and Match
Combination matters! Example:
1. Tudung corak + baju plain + Skirt plain = OK
2. Tudung corak + baju plain + skirt corak = OK
3. Tudung plain + baju corak + skirt plain = OK
4. Tudung plain + baju plain + skirt corak = OK
Just so that korang tak akan nampak terlalu sarat bila pakai, nanti jadi macam pokok Krismas pula. Colour scheme boleh suka hati korang lah kan. Nak contraskan sikit pun okay je, nampak comel dan colourful ;)

My own attempt. Tudung plain + baju corak + Skirt plain. Sorry agak syok sendiri ==''

Baju
And another thing pasal baju. Since skirt ni kan elegant, so baju biarlah tak terlalu kosong dan tak terlalu dramatic. Baju plain yang aku maksudkan kat atas not necessarily baju yang monotone. Just tak terlampau sarat. Dwi-tone pun okay. Kemeja pun okay. Baju yang beropol sikit kat dada ala2 pekerja pejabat pun okay (sorry lah aku tak tahu nama baju2 macam ni specifically). Oversize tee pun comel, but dengan pencil skirt je. And kalau nak pakai skirt it is best to pakai baju2 yang boleh tuck in. Nampak kemas sikit, tak serabai. So baju loose macam poncho macam tak sesuai. Jacket or cardigan pun actually tak berapa nak okay. Exception kalau half jacket. Atau yang seangkatan dengannya lah. den tak tahu apo namo eh. Yelah Malaysia ni bukannya panas sangat pun nak pakai jacket ke cardi segala bagai. One highlight at a time. :)

Skirt dotted :)

Jacket buat nampak retro, rock & rugged :)

Tudung
Dari segi pemakaian tudung, colour and corak, korang pandai2 sendiri lah kan. Suai padan lah ikut suka hati korang or combination yang korang rasa sesuai dengan diri korang yang comel2 tu :) Its not what-you-wear yang aku nak explain kat sini, its how-you-wear. Tudung tu kalau boleh jangan lah complicated (or in other words, berbelit) sangat. Sebab kebarangkalian untuk nampak selekeh mostly terletak pada tudung. Tak perlu lah pakai ala2 headgear ke apa. Untuk versatile, style Hana Tajima, Yuna or Maria Elena pun okay. Brooch tu tak payah lah berambu2 sangat. Less is more. So renung2 kan :)

Tudung simple macam ni nampak ayu & lawa :)

Footwear
Flats or Heels? Simple, kalau korang tinggi lampai ala2 model, pakai flats. Yang rasa diri tu pendek dan debab sikit macam aku ni pakai lah heels biar nampak tinggi. Huhuu kesian kan aku pendek. 157 cm dari dulu sampai sekarang tak bertambah, berat juga yang bertambah, huaaaaa T___T

Wedges paling easy, cute & comfy :)

Flats pink macam ni pun sweeet <3

Moral of the story tak kisah korang nak pakai macam mana pun, asalkan sesuai dengan umur. Nak nampak tua sangat pun buat apa kan? Nampak muda sangat nanti pulak orang cakap tak sedar diri xD Style itu boleh, asalkan tak membazir. Tak perlu setiap item harga RM 100++ untuk nampak cantik. Sebab itu pentingnya mix and match, bukan mix and mix okay! That's all. Hope it'll be useful ;D

2 comments:

Ezy Chiaki said...

mokja suke skirt labuh tp jrng pkai..
haha..

Syu said...

haha, pakai lah mok ja! Mok ja kalau pakai comel apa ;D <3 Jnji hati senangg ;)