Wednesday, January 11, 2012

5 Years in DMS.

Hari ni takde keje buat sangat gamaknya kat rumah tokcik ni. Kejap terguling kejap tergolek kejap mentedarah kejap online kejap tension kejap makan lagi. Haha. Itu cara2 nak lebarkan badan tau kawan2, jangan buat aksi2 macam ni di rumah. Nanti tak pasal2 korang kena bantai, nanti korang cakap,"Syuhada yang ajar." Haihh tolonglah jangan, jatuh saham aku.(Sorry meraban)

Actually just nak bagitau. Hari ni aku transfer gambar2 dalam phone masuk pendrive. Dah boring tengok gambar 2011 kan. So sekarang dalam phone aku tinggal gambar2 aku yang lawa tahun 2012 ni aje(haha okay tak lawa mana pun xD). And then sambil2 tu update folder2 gambar dalam pendrive tu.  Terjumpa lah beberapa gambar lama. Gambar form 1, form 2, form 3, form 4, form 5. Alah senang cerita gambar2 nostalgia 5 tahun di SMK DMS yang tercinta. Ececehh. Gedik lah ni. So den upload gambar2 ni haa sajo jo nak tunjuk evolusi den sepanjang kat DMS ni, hehe :D

FORM 1
Masa ni mak aku cakap "Age of Innocence" aku, haha. Innocent lah sangat. Selekeh aje, macam jantan kan xD Tengok lah, gaya jalan pun macam gangster. Time ni sedang bergiat dalam mural sekolah bersama konco2 aku, Gwen, Len & Ain. But most of the time rasanya kerja kitorang mengelat, melepak aje. Kesian cikgu Shahril asyik kena coverline untuk kitorang aje xD

FORM 2
Zaman kegemilangan aku! Hahaha! Kegemilangan dari segi apa? Dari segi masalah disiplin xD Nama aje pakai baju pengawas, tapi perangai....... Ish ish ish xD Tengok tu, uniform pengawas, tapi pegang handphone macam tak bersalah aje (Oh well, INNOCENT lah katakan). Ponteng kelas, ponteng aktiviti KOKO, kerja sekolah tak siap sampai kena sidai kat koridor, kena tangkap dengan cikgu kegemaran ramai (Ah Tan), oh-itu-sudah-biasa xD Agaknya sebab tu aku "letak jawatan" kot. Tak bebas nak buat masalah xD

One of the highlights of my Form 2 year: Cyberkids Camp! Masa ni aku, Elma, Vennusha, Meng Kiat, Zahirul, and Afif terpilih untuk camp ni, sebab markah ICTL kitorang highest(membajet kejap). The camp was awesome, tapi sayang, lepas kitorang punya batch tu macam dah takde pun camp ni. And ini ialah gambar trademark aku. Sampaikan masa majlis penutup pun diorang tayang gambar ni tau! Famous aku, jadi bahan lawak untuk sepanjang tahun xD

Anda kenal orang ini? Inilah rakan blogger aku Yyunie! Kan aku dah cakap tadi dia ada sekali masa Cyberkids camp tu? Ini salah satu gambar yang kitorang test-test-cuba-cuba-try-try mengedit masa tu. Sekadar selingan, untuk mengenang kembali kisah silam, cewahhh ayat den xD Comel kan beliau? Dari dulu sampai sekarang kiut-miut xD 
PS: Elma tengok ni mesti tergolak2 kan? xD

FORM 3
Rombongan Cik Kiah form 3! Rinduuuuu haha. Rombongan sekolah pergi Aquaria KLCC lepas PMR tu. Of course lah lepas tu kena singgah KLCC kan. Wehh rindu zaman gilagila remaja ni xD Masa ni sedih woo ramai nak tukar sekolah, pergi Teknik lah segala bagai. Huhuuu.

Hari Kantin form 3! Jumpa balik kawan2 lama time sekolah rendah. Ohh lainnya rupa korang, tapi kenapa aku dengan Gwen rasa macam tak berubah eh? Maintain aje. Oh well, maybe kitorang ditakdirkan jadi muda remaja kot xD Masa ni the last time aku jumpa diorang, sempat lah pergi reunion sekolah rendah tu. Siap panjat pagar segala bagai nak seludup masuk lepak belakang kelas sekolah. Kesian pak guard tak pasal2 kena marah dengan cikgu masa kitorang kena tangkap dekat gelanggang sekolah rendah masa reunion tu xD Best <3

FORM 4
Form 4, bak kata orang, honeymoon year kan? Haha. And that's exactly what I did, walaupun cikgu dah berbuih mulut cakap kitorang kena focus belajar untuk SPM la blablabla. Tengok tu, siap boleh buat PTA lagi. Apa itu PTA? Aku belajar daripada senior aku perkataan ni, "Persidangan Tah Apa-apa". Haha. Betul lah juga tu. Masa form 4, memang kitorang 4 Elit enjoy to the fullest! Menang Koir Patriotik dengan adengan gilagila, jual-beli jajan seludup dalam kelas, makan dalam kelas dengan sesuka hati, penggunaan bilik stor untuk seludup barang larangan (phone & laptop) dan ponteng KOKO, sesi photoshoot... You name it, we did it! Yang paling aku tak tahan ayat cikgu Azlan kat aku dengan Gwen:"Apsal tiap kali saya nampak kamu berdua aje mesti kamu tengah makan?" Oh well nak buat macam mana cikgu, kitorang berselera xD

FORM 5
Form 5 aku jadi nerd! Haha, serious wehh! Entah start bila aku study aje. Bajet focus SPM ni. Huhuu. Orang lain buat persidangan, aku duduk kat tepi study. Diorang kacau aku pun aku buat muka stone aje(Itu memang specialty aku pun xD). Walaupun aku dah matang sikit(TOLONGLAH SYU!), and ketiadaan perangai gilagila aku membuatkan kelas sunyi(Ayat gebang ni xD), namun pengganti aku-- Nabil KP telah menjalankan tugas dengan baik! Memekak aje dalam kelas! xD Or maybe dia meraban sebab stress SPM kot. Huhuu.

5 ELIT 2011
You guys are the best! With you guys, it was the best of times, it was the worst of times. But there's no denying that you guys made everything worthwhile. Hope this crazy family bond we had will stay even if we were separated by time and space. <3


4 comments:

yeas el said...

Taktahan tgok gmba den tu haa ;D
hahaaa .

suka baceee post ni <3

;)

Syu said...

haha, innocent kan muka xD muka suci ohh~ ;D

Nur Najiha said...

seronok plak bace entry nie.. hehe :D

Syu said...

haha. mase dah tinggalkn sekolah ni lah baru nak rasa rinduu kenangan2 gila macam ni ;D