Thursday, January 19, 2012

Masa saya kocik-kocik dulu...

Mak saya cakap sejak saya dalam perut dia lagi saya dah tunjuk kemalasan dan kedegilan saya. Kalau baby orang lain bergerak-gerak menendang-nendang dalam perut mak diorang, saya tak. Dalam perut tak bergerak-gerak. Kalau dia baring mengiring dan kemudian menukar position, saya akan tertinggal di belakang. Kan ke degil tu?? Huhuuu menurun perangai siapa entah.

Bila umur saya lebih sikit je daripada setahun, mak and ayah saya heret saya pergi Disneyland & Universal Studio, USA. Tapi saya terlalu kecil masa tu, jadi bila jumpa character2 Disney yang  magnified tu saya jadi takut. Melalak aje kerja saya. Mak saya teramat tension. Padan muka dia. Disebabkan ketakutan, saya hanya boleh makan tidur makan tidur aje masa tu. Makanan feveret saya Rocky. Comot2 aje mulut bila makan. Well nak buat macam mana, cara saya makan memang artistik.

Saya berada kat antara tempat yang paling best di dunia. Tapi saya tidur di Hollywood ni.

Saya trauma tau masa ni.

Saya dan tali memang tak boleh dipisahkan.

And then dia cakap bila saya besar sikit, mak, ayah, maklong, cousins and opah saya suruh saya jadi Superhero bila saya besar nanti. Dan sebab tu lah saya diajar memanjat. Lepas tu mereka marah saya pula sebab pantang nampak benda2 bertali dan bertiang. Mesti saya hilang daripada pandangan diorang, pergi bergayut dekat mana2 tali atau tiang yang berdekatan. Dulu saya memang terkenal kerana suka panjat pagar, buaian dan pokok. Dan akhirnya mereka terpaksa mengakui bahawa saya sedang developing untuk menjadi pengganti Spiderman.

Saya try scene titanic di tempat yang salah.

Di Italy pun tak kisah, asalkan ada tali.

Ayah saya selalu bagi saya first-hand experience dalam panjat-memanjat.

See? Saya memang suka bergayut.

Pokok merupakan tempat favourite saya.

Mak saya bagitau saya, masa kecik2 dulu dia suka bawa saya berjalan-jalan. Dia bawa saya pergi KLCC dengan cousin saya. Kemudian secara tiba2 saya menghilangkan diri. Dengan resah dan gelisah, mak, ayah dan cousin saya pergi cari saya. Last2 cousin saya jumpa saya di tempat yang paling tinggi dekat KLCC tu. Sorry Ibu nak buat macam mana. Monyet memang suka tempat tinggi2.

Saya dijumpai di sini, tempat tinggi.


Bila saya dah masuk sekolah, family saya masih lagi suka heret saya pergi travel. Saya tak kisah, saya memang suka berjalan. So semestinya time travel tu kena ambil gambar banyak2, buat kenang-kenangan lah katakan. Tapi entah kenapa semua gambar saya tak senonoh. Pose saya macam orang terencat pun ada, macam gorila pun ada. Saya pun pelik kenapa saya buat pose2 yang memalukan tersebut. Saya cakap dengan mak, nanti saya nak kahwin saya nak bakar dulu gambar2 tu, tak nak bagi bakal suami saya tengok.

Saya tak faham dengan diri saya masa ni.

Fikiran saya amat terganggu agaknya.

Sekarang saya dah besar, mak saya boleh menangis terharu sebab sekarang saya dah jadi orang. Bukan lagi monyet atau gorila macam saya masa kecil2 dulu. Setelah disiasat, mak saya mengesahkan bahawa yang dia dah tahu kenapa masa kecil2 saya tak berapa nak betul. Dia cakap masa saya lahir dulu saya lemas, kekurangan oksigen. Lahir pun tak cukup bulan. Maybe masa tu otak belum fully developed, tu yang jadi cacat sikit tu. Tapi sekarang Alhamdulillah dah okay.

Antara hobi pelik saya.

Okay? Are you sure? Sebab kalau saya dah okay saya takkan buat macam ni:

NurulSyuhadaSulaiman memang ditakdirkan pelik gamaknya.

Dan semestinya kalau saya cukup waras saya takkan dilabel begini:

Yang kaler hijau tu saya. Sesuai kan?

Okay kah saya? Mysterious.

PS: Harap tiada sesiapa yang cukup gila untuk mencuri gambar2 ini kerana ianya akan menjejaskan reputasi saya. Kerjasama anda amat dihargai, terima kasih. :)

6 comments:

Dila said...

hahaha , aku baca then tengok gmbr2 kaw . serius aku tergelak :D

Fiza Nurani said...

Woo. bestnyeeeee.

Syu said...

Dila: kau baca tergelak. aku menulis ni pun dah tergolek2 sakit perut ketawa xD

Syu said...

Fiza Nurani: Huhuu jadi giler best ekk? xD

YEASLMN said...

fuhhh , cool and superb arh kau time kecik . HAHA ;D

Syu said...

haha, superwoman mmg cmtuu, hahahahaha xD