Sunday: Pagi2 buat folio untuk aku and Gwen. Grr. Tension buat benda alah ni. Bukan ada function pun. Then pergi tusyen. Gila kecoh tentang hal balai disiplin tu wei. Tepuk tangan sikit bagi orang yang suka main api tu. Wa salute sama lu. Memang takda kerja buat sangat dah lah tu. Then balik tusyen pergi CC kejap dengan Gwen. Print folio. Tapi aku ditipu Gwen untuk buat Scrapbook Moral dia. Bengong lu Yeona. Kau hutang aku makan wei. Haha. :D
Then balik K.L. Tengok Opah. Teruk jugak lah. Tak sampai hati tengok dia. Ibu pun dah meleleh dah air mata. Aunty aku datang lawat Opah. Biasa panggil dia ' Teacher' . Sebab dia guru Science di St. John Institution, K.L. Dekat dengan Masjid Jamek tak silap aku. Garang wei.
Soon after that, abang aku datang. Abang angkat lah. Jiran sekampung. Amirul namanya. Lepasan SPM. Tinggi menggalah. Tak normal. Suka serangga dan haiwan2 pelik. Ada ke dia cakap aku mengecut, makin pendek. Dia memang tak normal lah wa cakap. Abang angkat kepada Ain Hamdan. Taken by kawan sekampung yang tua 1 tahun daripada dia, orang Kelate. Haha. Habis aku bocor rahsia hang Mirul. Adik dia, Standard 6. Cun, putih melepak, mata besar, ala2 orang arab. Tapi sama tinggi dengan aku wei. Gila malu. And last, adik dia yang bongsu, Syuhada. Haha. Nama sama yaww. Petah bercakap. Memang riuh serumah kalau diorang ada. IMY guys. :)
Balik, singgah makan celup dan rendam/dip-dip/yong tau foo. Yumm. The best. Melantak lah. Bnayak gila aku makan. Then balik. Lewat gila. Mengantuk! :D
Isnin: Penat. Mood memang Fragile and FOUL. Siap tidur lagi time perhimpunan. Then Agama. Siot lah. Tak pasal2 phone aku kena rampas. Padahal aku tak main pun dalam kelas. Terletak aje dalam poket. Keluarkan pun tak. Tiba2 dia nak raba2. Wei memang tambah panas hati gua beb. Habis aje kelas, aku mintak. Tak dapat. Then aku balik kelas, aku campak barang2 aku atas meja. Sialan. Aku dah lama tak mengamuk macam ni. Then aku ajak Gwen pergi toilet. Mengamuk kat sana. Memang foul gila lah.
Skip2, cerita2 aku mengamuk. Then rehat pun aku tak turun. Takda selera nak makan. Doraemon peneman setia. Thanks for caring sayang. Cuba hilangkan kemonyokkan aku. Terubat lah sikit. Ily. :)
Balik, aku jumpa dia dekat bilik guru. Dah lah cakap depan cikgu2 situ. Malu bengong. Bukan pasal kena tangkap bawak phone punya malu. Pasal dia ungkit tentang aku belajar tak serious lah sekarang, aku punya disiplin lah, aku berkawan dengan orang2 yang tak sepatutnya lah. and lebih teruk dia cakap pasal aku couple dengan Apiz. wada*? Kalau aku tau siapa informer dia memang aku cungkil mulut dia. Masalahnya sekarang benda2 yang aku buat yang dia ungkit sangat tu takda effect apa2 pun dekat aku. Aku berkawan dengan ramai orang, apa salahnya? Tak effect pelajaran aku sudah lah. And pelajaran aku tak merosot pun?? Tak berasas langsung.
Arghh! Lantak kau lah. Pedulik apa aku dengan leter2 kau selagi benda yang aku buat ni takda kesalahan kronik. Blah blah cepat2 dari otak aku. kau menyusahkan! Hahaha, puas hati kau lepas luah perasaan. Memang teruk lah dia sound aku dekat bilik guru tadi. Aku bengang sampai menangis. Haha.
Kaki sakit wei. Tendang kerusi kat dalam kelas tadi. Bengang sangat sampai tak boleh kawal. Huhu. I guess that's all. Maaf entry aku agak panjang. Banyak yang perlu aku leterkan. Adios!
1 comment:
Isnin mmg hari yg teruk ! -_-
Post a Comment