Monday, November 29, 2010

I'm back babe! :D

Hoho. Macam mana nak cakap yang reunion DTA(Diploma in Tourism Administration) '86 di Duta Village, Kuantan yang dihadiri oleh mak aku, family and friends tu sangatsangat best? Hahaa. Aku mula2 tu boring juga, sebab aku dengar orang2 tua tu je dok kecoh, aku lak takde gang. Time malam tu baru best, anak2 kawan mak aku pun ada time dinner tu, so aku lepak dengan diorang je. Tengku Farrah Adreena and Aina Suraya, korang memang syokk! Hahhaa. Actually, aku ni kan jenis yang tak reti nak menegur orang ajak berkawan ke, bersembang ke, tapi sebab keramahan diorang ni, kitorang terus click ;)

Sampai2, lepak kat beach!

Yeahh! Pantai~ :D

DTA Gang

Then lepas lepak2, siap2 pergi dinner malam ni :)

Tadaa~ Gadis dan Bunga, hahaa :D

Almost ready ;)

Dinner, tak kurang hebohnya... kalah group remaja yang reunion :D

Adengan suap menyuap :D

Dapat goodies~! :D

Photographer: Farrah :)

Happy Reunion :)

The Ladies ;)

Sulaiman's Family :)

The Next day, lunch sebelum beransur pulang :D

Yummy lunch, ambil gambar dulu :D


3 dara + 1 mum :D

See you soon, sayonara~ :D

That's all kot, byebye :D

Saturday, November 27, 2010

Odd?

Heyhey. :)
Semalam aku pergi Giant! Hahaa. Best dapat merayap, Giant pun jadi lah. Actually, pergi Giant tu nak teman ibu pergi cari baju, ada function malam ni kat Kuantan. And aku pun termasuk sekali lah. Temanya hitam-merah. Tapi baju yang ingin dicari tak ada. And aku pula, instead of beli dress hitam-merah, beli dress hitam-purplish pink. And kepada mereka2 yang biasa mengenali syu yang tomboy dan keras kepala, korang akan gerenti gelak guling2 sebab, YES, yang ako beli tu Dress. Dress panjang yang flowy tu. Hahaa. Mula2 beli tu kelakar pun ada, sebab aku takut nampak pelik nanti. Tapi lama2 tu, lantak pi aku lahh kan. Dare To Wear ;)

Hahaa, no komen. Jangan gelak ok! XD

Jiran aku ni tingtong sikit. Beli helmet buat collection, tapi MOTOR takde! Pakai helmet buat tidur kot. ==''

Spontan. Ahaa. Agaknya time ni aku tengah kutuk dia kot. :P

Lalalaa, sekarang tengah bersiap ke Kuantan! Byebye :)


Friday, November 26, 2010

Mimpi ;D

Semalam aku mimpi...


Lisa Surihani follow blog aku! 
Hahaa. Entah kenapa aku boleh mimpi macam tu. Haaa. Dia siap tinggalkan komen kat Shoutbox! Yeah yeah! Hahaa. But well, just mimpi. Lisa Surihani tu lawaa kan. Bijak pula tu. Semoga dia akan lebih berjaya kelak :)

 Diorang berdua ni couple kan?? Diorang berdua comel kan kan kan? :D 

Joe Jonas kegilaan ramai ;)

Aku minat diaa! Sebab dia sempoi dan versatile :)

Dan aku suka gilaaa ini! :D

Tetapi...


Orang2 lain yang aku minat tu, boleh kongsi.
Yang ni tak boleh yaa.
Aku sayang yang ni, milik aku sorang aje :)


Selamat Hari Tua (?)

Holaaa~ Panda2 kat blog aku ni bawa tuah lahh! Hahaa. Maybe kot. Sejak aku tukar layout ni, macam makin ramai pula orang yang mai singgah kat blog aku yang tak seberapa ni. Hahaa, yeah yeah aku dah famous, hahahaa (Gilaa)

So, hari ni, aku nak cerita tentang sahabat aku ni.
Namanya Nur Ain Hamdan.
Berusia 16 tahun pada hari ini, 26 Nov 2010.
Sudah ditaken sepenuhnya oleh Norman Rasyidi (betul ke aku eja nama dia ni?)
Kitorang bersahabat sejak form 1 lagi, and sampai sekarang pun still rapat.
Gaduh? Bertekak? Salah faham? Ohh, itu sudah biasa.
Tapi dia tetap kawan aku sampai bila2.
Nak cari pasal dengan dia? Maksudnya memang tengah gali kubur dah tu.

Hey Sahabat. Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur and murah rezeki. Harap kau happy sentiasa, jangan nangis2 lagi. Be strong yaa?? Aku sayaaaang kau :)


Hahaa, tu je kot. Kebosanan kat rumah ni. Kejap lagi nak tengok cerita Harry Potter 1-4. Masa tu muka Daniel Radcliffe comel lagi. Sekarang muka dia tak lawa sebab rahang dia BESAR sangat. Hahaa. Harry masa mula2 masuk Hogwarts comel kan? Ngee~ Aku tiap2 kali keluar cerita Harry Potter baru aku akan angau buat sementara waktu. Hahaaa. Aku nak Harry Potter, Hermione and Ron yang muka bodoh2 tu <3

Thursday, November 25, 2010

Award Laaagi :D

Award oleh Cik Syera




Cik Syera suruh tag kat 5 blogger yang saya rasekan mereka ter-HOT!
And blogger2 ni memang saya akui, sangatsangat hot ;)



award :D

Award  by yyunie <3
Thanks dear, hahaa :D


1. Apa pandangan awak terhadap blog Atika Aula
Blogger Tegarr nihh! Hahaa.

2. Kenangan manis dalam hidup awak?
Hmm. Banyak kot :D

3. Kenangan pahit dalam hidup awak?
Banyak jugaa. ;) Tapi benda2 ni buat mematangkan aku kot. Hahaa. Matang ke Syu ni?? ==''

4. Adakah awak dah berpuas hati dengan kehidupan awak yang sekarang?
Nak lagii! Hahaaa. XD

5. Sebutkan 3 impian dalam hidup awak yang belum tercapai lagi..
Saya nak capai cita2 saya untuk jadi Doktor! Hahaa. Nampak macam tak percaya kan saya nak jadi doktor? ;)
Saya nak jadi blogger yang berjaya dan ramai peminat! Hahaa.
Emm, saya nak semua impian saya yang saya tak ceritakan di sini tercapai! Amin :)


6. Tag 10 orang untuk menerima award ni.
Silalah ambil! Kerana dirimu begitu berharga ;)

Kerja Cuti Sekolah

Makan
-
-
-
-
-
-
Tidur
-
-
-
-
-
Merayap
-
-
-
-
-
And lebih kurang macam tu lah cycle dia... Bosan. Hahaa. Semalam keluar pergi Terminal dengan parents aku. Suka tengok baju lawa2 tapi takda fulus. Hahaa. Mission aku kat Baju ELMO! Tapi baju Elmo yang aku cari tu dah tak ada... Tapi yang lagi lawa punyaa ada <3 Hahaa. Tapi  aku tak beli apa pun... And aku pun berkenan juga tengok baju The Beatles tu, tapi sebab aku dah ada, malas lah nak beli lagi. And semua baju2 ni aku nampak kat kedai SPACE JUMP. Kedai Apiz belikan aku baju couple dulu, hehe. Betul2 sebelah kedai favourite mak aku rupanya... :D

Sesame Street! Nak Elmo dengan Cookie Monster! Hahaa :D

Then kitorang pergi lepak kat McD baruu :) Masa aku tengah duduk, ayah and ibu yang tengah order makanan panggil2 aku. Rupa2nya jumpa Krol! Hahaa. Jumpa dia semalam, rindu pula rasanya kat kawan2 semua. Huaaa... Nak keluar dengan diorang lahh, lepak2 sekali, mesti syokk kan?? :D

Itu je lah kot nak cerita, hahaa. Boringnyaa! Byebye :D


Wednesday, November 24, 2010

Like Me :)

Like Official Page CeriteraRahsiaKita at Facebook :)


Official Page

Natural Beauty Contest

Di Tag oleh Syasya, tenkiuu :)

Syarat-syarat penyertaan.

1- Mesti ada blog, takde blog pergi sign up blogger, NOW!
2- Mesti LIKE fan page Natural Beauty Contest
3- Takyah follow pun takpe, tapi nak follow lantak kau ah kan.
4- Gambar yang disertakan TIDAK DIBENARKAN EDIT menggunakan picnik, photoshop, photoscape dan apa sahaja yang boleh digunakan untuk edit kerana ini contest NATURAL BEAUTY. Make-up tebal juga dilarang keras ye.
5- Gambar boleh bersama dengan Bestfriend anda, Boyfriend anda atau Pet anda. Mesti paling cute dan comel -__- Kalau sorang-sorang pun boleh juga :)
6- Tag kepada 5 orang terdekat yang awak yakin akan join :)

Bagaimana contest ini berjalan (Baca dengan teliti)

*Mula mula awak buat entry pasal Natural Beauty Contest di blog anda. Tepek muka kau tu.
*Letak link entry anda tersebut di fan page http://www.facebook.com/pages/Contest-Natural-Beauty/162953130393551, jangan letak kat entry nie. Tak layan.
*Untuk mempastikan kami dah tahu awak buat entry tu, kami akan LIKE wall post anda tu lepastu kami akan upload gambar anda di satu album di fan page itu.
*Suruh kawan kawan anda LIKE gambar anda tu. 5 Gambar paling ramai orang LIKE kami akan pilih salah sorang sebagai pemenang hadiah utama.

So...
Jengjengjeng :D

Thenurulsyuhadasulaiman :)
non-edit, gambar gilaa lama lahh. :D

TAGS!
Fitrisuraya


That's all. Hahaa. tengah gila join contest2 :D


kids & baby photo contest

Yipaaaa! Hahaa! Selamat Pagi Semuaa! :) Lawaa tak layout blog baru aku? Wakaka, PANDA! Sesuai dengan tuan empunya blog. Bhahaha. Aku dah tak tahu macam mana lagi nak tukar layout blog ni sebenarnya, so aku tengok2 kat template design tu ada pula template PANDA ni, so aku dan ibu telah sebulat suara setuju menjadikan PANDA ni template blog baru aku. Kihkihkih. Apiz tengok ni mesti dia gelak2 kan. Hahaa.


Okay, and so. Aku telah ditag! Oleh yang berhormat Cik Yyunie :)


kids & baby photo contest
contest ini dipetik dari blog Safiyyah Osman.




1. anda mesti menjadi follower blog kedua beliau.http://sweetlikekisses.blogspot.com.Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)..

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

3. letakkan banner contest di sidebar anda.

4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.


6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.

tarikh tutup sehingga 30 november 2010 .tetapi terpulang pada beliau jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)

hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.



So Photo Bertuah aku ialah :)



Hahaa. Korang agak2 boleh teka tak siapakah gerangan budak dalam besen cat ni?
Namanya Nurul Syuhada Sulaiman
Ketika gambar ni diambil dia berumur 2 tahun. 
Kini dia dah besar panjang, sweetsixteen.
Sering dipanggil Syu, Adda or Tembam(kot).
Kini menetap di Labu, NS.
Dan dia lah tuan empunya blog ni. Huhuu. :D
Hahaa. Comel tak pada pendapat korang? Dah habis pose dah ni XD

TAGS!



Thanks All :)


Tuesday, November 23, 2010

In A Flash!

Hullo semua! Dah lama sangat kan aku tak update blog! Sebenarnya aku baru balik dari terengganu Jumaat lepas, so aku terlepas Jamuan Kelas 4E kat McD. Huaaaaaa~ Ruginyaa! Aku dengar Gwen cerita masa kat McD tu sangatsangatsangat best! Havoc! Hahaa. Rugi rugi....


Masa kat Terengganu, aku banyak habiskan masa pergi rumah saudara mara je. Merayap lah, apa lagi. Misi masa balik terengganu telah tercapai dengan jayanya. Misi tersebut ialah: berinai(hahahaa), haircut(again?), and aku ngan ibu dah tempah baju kurung. Ngeh ngeh :D

Pengorbanan Rambut, hahaa. XD

After look, dengan Addition inai di tangan, ngee :)

My niece, comel tak? Hahaa. Kesian kucing tu kena seksa dengan dia. Aduhh! :P

And then, kat Terengganu, aku and parents aku buat aksi gilaaa babi. Hahaa. Ayah booking tiket Harry Potter 7! Oyeahhh~ Tapi. Kitorang kena drive 2 jam untuk pergi ke panggung wayang terdekat, iaitu di Kemaman Mesra Mall. Fuhhhh. Tapi berbaloi lah dapat tengok Harry Potter! Kyaaaaa~ Aku tak sabar nak tengok Part II~ :)
Nak tengok Harry Potter! Yipeee~ :)

Kat Terengganu juga, dapat beli Doraemon~ Hahaaa. Tenkiuuu Ayah! Walaupun lepas tu ayah menyakat aku pasal Doraemon tu. Hee. :)

My Doraemon (Hmm, imissyouu bie)

Semalam pergi outing dengan Gwen, Len and Boyfiee dia kat MidValley. Talking non-stop! Hahaa. Sampai sakit tekak aku. Asalnya nak tengok wayang, sekali Gwen cakap dia malas pula. So aku teman Gwen shopping sementara Len dengan Labu pergi tengok wayang. Hehe. Pandai kan strategi aku and Gwen. So kitorang mula berjalan, and dengan jayanya kami jajah semua Gift Shop and Kedai Perhiasan kat Mid tu. Sampai lenguh kaki lahh. Tapi lastly sebab tunggu Len merayap dengan Labu lama sangat, kitorang berdua pun  balik dulu. Gwen dah mula gelabah masa dalam KTM sebab dia berjaya habiskan hampir RM200 untuk shopping! Hahaaa. Kesian, tapi kelakar pun ada. Aduhh XD

Hmm. Agaknya tu je lahh kot. Tak tahu nak cerita apa, banyak sangat sebab bak kata Jijah, aku dah lama menyepi. Hahaa.

Good Luck SPMers 2010! Chaiyokk! :)

Tuesday, November 9, 2010

Layann :D



Video ni dibuat oleh budak2 sekolah KGV... Dari dulu aku memang admire diorang lahh! Sangatsangat creative ;) So, try lahh layan...

Good Luck Orang Durian Pictures :)

*mamat nama Aidil tu handsome weii! hahahaa XD


My (PRIVATE) Collections ;)

Takda kerja nak buat... Hahaa... Mood nak mengupdate bloggie ;)

These are nurulsyuhadasulaiman's PRIVATE Collections ;)

Ini perkongsian tudung aku and ibu :)

Baju outing aku yang agak2 melambak kot... Hehe.. Disusun mengikut jenis baju.. ;)

3/4 daripada koleksi buku2 and komik aku..

Koleksi majalah2 aku..

Mini Family aku ;D

Handbag aku + my mum... Hahaa. Tapi kebanyakkannya dah jadi hakmilik nurulsyuhadasulaiman lah :)

Completed Set of Harry Potter Books ;)

Antara koleksi keychain aku...

Koleksi HnS, hee. <3

Sekian sahaja kot. Huhuu. 
Imisshimsangatsangatlah. Iwanthimwithmerightnow. Pleasepleasepleasebabyplease ;(


Monday, November 8, 2010

Travel Story :)

Syafikal cakap, aku ni kuat berjalan. Hahaa. Betul ke macam tu eh? Hehe. Buat2 tak tahu pula. So ni cerita berjalan lah. Hari Sabtu tu, kitorang keluar, kononnya nak pergi jumpa nenek kat Johor.Tapi sekali, nenek pula takda! Dia dengan mak cik balik rumah kat Rompin pula. Adehh. So, kami pun mengambil kesempatan ini untuk lepak2 aje kot JB malam tu, and keesokkan harinya, kami pergi ke Singapore :)

Pusing2 Danga Bay malam tu (cantik gilaa), cari hotel. Hrmm, hotel tak banyak, and penuh! Tapi nasib kitorang baik lah, 2nd hotel yang kitorang masuk tu, ada bilik. Hotel baru :D ZOOM IN Boutique Hotel. Comel gilaa bilik dia. Hahaa. Ada lukis cartoon2. XD

Bilik kami, comel kan? Hahaa. XD

"I'm not your bride, Mr. Cartoon!" ;)

Yang bestnya, ayah kesian betul lah. Dalam 3 minit, dia terus tidur. Penat sangat dah tu. Hehe. Sementara tu, aku dengan ibu gila bergambar. Hahaa. Sakan. Dah pukul 12 lebih, baru ingat nak tidur, sebab esoknya, nak ke Singapore ;)

Esoknya, pagi2 dah bangun. Ohh, sangat tak sabar! XD Pergi perhentian bas Larkin, breakfast kat sana. Then naik bas Johor-Singapore Express :D Yeah, yeah excited gilaa :D Lalu immigresen, cop passport, yada yada, then sampai lah kami ke tanah Singapore :D Hahaa. Syu ni punya lah batak kan, tempat orang jauh2 pernah pergi, tapi negara jiran ni pula, baru sampai. hee. :D

On the way to Singapore :)

Mula2 masuk Singapore, memang seperti yang di-gembar gemburkan, banyak bangunan apartment and skyscrapers. Hahaa. And Singapore, memang GREEN. Banyak tanah2 lapang kosong and pokok2. Kitorang turun bas kat stesen MRT Kranji. Then naik MRT tu, pergi stesen Orchard. And dalam MRT tu, betul2 rasa macam balik kat Hong Kong balik. Hahaa. :D

Sampai2 Orchard road, bergambar kejap. And 1 pengajaran yang aku dapat, kat Singapore ni, Route of No Stopping. Kalau jalan, jangan lah berhenti2. Nanti kena sound aje tak pasal2. Haha. Mula2 tu rasa macam berangin aje. Tapi aku datang nak berenjoy, jadi aku buat dunno aje pakcik2 yang buat2 muka kat aku tu. Haha. Biar padan muka dia. :P

Sampai Orchard Road, pergi jalan sampai kat Tourism Visitors Centre. Kitorang beli tiket untuk naik bas Hippo Tours! Apa tu? Ohh, itu bas yang boleh bawa penumpang ke destinasi2 menarik di Singapore dengan sekali bayaran sahaja. Even, boleh naik cruise, and sangat berbaloi3. Hahaa. Bas tu, double decker, and topless. So, batak lah kejap. Perghh, sedapnya berangin duduk kat bahagian atas. Apa lagi, bergambar sakan lah! Hahaa. Then kami berhenti kat Suntec, then tukar bas Heritage, untuk pergi ke kawasan2 lama yang di-preserve di Singapore.

HippoTours Bus :D

Makan angin :D

I'm a Hippotours Passanger, right Mum? :P

Mula2, kami berhenti di Little India. Memang cantik, mak aku sampai dah nak sasau dah. Kami pergi ke Mustafa. Kiranya macam Mydin besar lah punya lah kot. And percaya lah, bila kitorang cakap besar, maksud dia memang BESAR. Bayangkan, 2 bangunan yang bersambung, siap dengan underground sekali. Perghh. Memang ramai gila orang lah.

Mustafa Wholesale centre, penat dah berjalan dalam tu =_=''

Then kami Hop On balik ke bas yang next tu, nak pergi Kampung Glam. Tapi, terlepas pula stop tu. Jadi kami pusing2 aje dalam bas tu sampai masuk ke Suntec balik. Then kami tukar bas City lagi, untuk jalan2 naik cruise. Tapi punya lah tingtong kami ni,terturun kat salah stop pula. So kami jalan aje lah kat Esplanade. Kat situ, kiranya macam dataran lah. Untuk orang lepak2, tengok konsert. Then kitorang jalan kaki menyeberang jambatan, pergi kat Merlion Park. Akhirnya dapat juga aku ambil gambar kat Statue Merlion yang famous tu. And sambil berjalan ke-hulu hilir(actually kan, time tu kitorang sesat, sebab tu beriya benar berjalan tu), ayah dapat ambil gambar clock tour yang famous, tapi tak ramai orang yang ambil tahu tentang famousnya clock tower ni. Actually, itu lah clock tower yang terdapat dalam cerita Labu Labi, karya Allahyarham P.Ramlee. So, kitorang pun lepas tu tak habis2 dengan adengan lakon semula cerita2 P.Ramlee :D

Bercengkerama P.Ramlee style ;)

Then kitorang Hop On balik, naik bas ke Clark Quay, naik Hippo River Cruise. Ala2 naik bot kat Melaka tu. Tapi memang cantik lah permandangan tepi2 sungai tu. Lalu balik kat Merlion Park. Ramai gila orang ambil gambar boat kitorang. So kitorang pose aje untuk diorang, dengan muka yang agak2 tak malu, hahaa. Pusing kat banyak landmarks of Singapore, macam Esplanade theatre, yang dipanggil the Durian. Mirama Hotel, 3 hotel yang bersambung dengan binaam bentuk kapal dekat atas, Clark Quay, bangunan macam2 colour and very traditional, and macam2 lagi. Dekat River Cruise tu juga ada Bungee Jump. Gilaa lah tengok orang menjerit naik tu. Haha. Seram juga, tapi, Syok! :)

Clark Quay colours :D

the Durian, with the muka cipan, hahaa. :P


The famous Merlion ;)

"AAAAAAAAAAAAAHHHHHH!" 

Then, kami habiskan route kami di City tour, kemudian tukar bas balik, naik Bus Heritage, pergi ke jengjengjeng: Kampong Glam! Se-glam namanya, kampong tu memang cantik dengan binaan rumah2 kedai lama. Haha. Zaman P.Ramlee punya jugak tu. Tempat dia ala2 Jonker Walk dekat Melaka, memang khas untuk pejalan kaki. Tapi! Sebelum kitorang dapat berjalan, pergi lah mengisi perut dulu. Lapar sangat.

Makan2 time :)

Then sambil berjalan tu, beli2 lah souvenir untuk orang2 tersayang. Huhu. Shopping lah, apa lagi. Hahaa. Singapore punya t-shirt aku beli, kelakar wei. Singapore Is a "FINE" City. Haha. Fine-Saman. Itu tak boleh--- Saman! Adeh, siap ada yang lucah2 punya lagi. tergelak2 aku. Tapi aku beli yang senonoh2 punya aje lah. Beli2 keychain and Fridge magnet. Hahaa. Ala2 backpackers gitu. :D

Kampong Glam :)

Cover2, pembeli souvenirs paling banyak :D

Then lepas beberapa kali punya jalan lagi, sampai kaki pun macam nak patah, kitorang pun mencari jalan pulang. (Baru ingat nak balik ye?) Pergi ke Rochor Road,naik bas untuk balik ke Larkin, walaupun, tragedy lagi, salah naik bas. Bas tu sampai JB Sentral aje. Hahaa. Adeh. So kami terpaksa lah naik teksi aje, pergi stesyen Larkin. Naik kereta ayah, and ZOOOM! Balikkkkk!!! Sampai rumah nak dekat tengah malam, and mengambil keputusan untuk tak hadir ke sekolah. Wah wah, bijak betul aku ni. Hahaa. Bijak apa? Bijak kelentong lahh! :D

And sekian sahaja kot ceritera aku untuk post kali ni. Nak tengok2 gambar? Cari lah kat FB aku, ngee :) daaaaa~ Adios :)