Friday, July 9, 2010

Panjang Ceritanya.

Pameran buku. Syu tau tengok bahagian komik je. Haha.

Wednesday.
Perjumpaan 3 Penjuru! Haih! Berdebar menunggu detik2 tersebut. Tak senang duduk dibuatnya. Kelas pun tak bersemangat jadinya. Haha. And aku cari nahas gila pulak tu pagi tu time PJ, sakit belakang, tapi buat jugak ujian SEGAK. Tekan tubi 30 kali/minit and Jangkauan melunjur 24cm. Wahwah, okay lah kan? And kena marah dengan cikgu, penambah perisa! Pergh! Memang best. Haha. Then time ambil report card. Cikgu Azlan cakap dengan ayah aku selalu makan dalam kelas. Hoho. Ayah tau tu. Dah lah cikgu tak adil, dengan ayah Gwen dia tak cakap pulak Gwen dengan aku makanmakanmakan dalam kelas. Haha. Ayah baik punya sembang dengan cikgu Add Maths and Physics aku sampai 1/2 jam. Haih. keputusan menurun, blablabla, sakit telinga, bebelbebel... Boleh bayangkan bagaimana situasinya kan. Ergh, nak marah, nangis pun ada. Malam tu, pergi Jusco, ada lah pula Pameran Buku NS. Masa ni lah pula nak buatnya, ayah dah psycho aku beli buku contoh soalan SPM? What? Aku tak faham yang baru ni, macam mana nak peningkan lagi aku dengan contoh SPM. Bila aku taknak, dia cakap aku tak ada usaha. Okay. Seriously. Bengang gilaa. So aku merajuk kat dalam kedai Popular. Haih. >.<

Jalanjalan yaww. Haha.

Ice-Cream~ Ice Room, wee~ :)

Menuu! Haha. XD

Thursday.
Masuk sekolah dengan DIA. Hee. Happyhappy :) Then, Tasawwur! Best gilaa lah belajar dengan ustaz! Haha, lagi best dari belajar dengan ustazah Azira, woo~ Haha. Hari tersebut memang gilagila yaww. Haha. kelas BM terbaikk! Syair Siti Sianah menjadi Syair blueblue. Haha. Cikgu pun gila punya cakap main lepas je. Haha. Merahmerah muka semua. haha. And cikgu ajar tatatertib wanita, haha. Err, tak sangka kami ni semua terlebih sopan ye wanita2 4E? Haha. And then PENGUMUMAN! Wai tak ada kat sekolah 2 minggu! Woo~ So nanti Gwen yang akan jaga kelas, sebagai pengganti Wai. Jadi hari tu Wai memekak bebelbebel dengan Gwen suruh jaga kelas elok2, jangan bila dia balik nanti kelas jadi ranap. Haha. Kalau boleh agaknya, Wai nak call kitorang dari kem JPA tu kot, tanya macam mana keadaan kelas nanti. Huhu. Tunggu Gwen and Wai bertekak pasal decoration pintu sampai aku dah nak terkucil, haha, so aku paksa Gwen teman aku pergi tandas, entah apa gila aku hari tu, aku sangkut Pas Keluar sebesar muka Gwen tu dekat leher, gila nerd. Haha. Orang pun pandang2 je. Haha. Bodoh tau. Hee. Balik tu pulak, merayap! Yeah, pergi Giant Nilai beli bahan2 B.B.Q.! Then sesat ke Ice Room! Yumm Yumm sedap, walaupun banyak gila ice-cream tu, tak habis. Haha. And aku pun tak exactly minat makan ice-cream, just masa2 tertentu aje. Huhu, hari yang best!

Cool Ice, haha. XD

Friday.
Pagi2 ada penyampaian hadiah. Azim dapat hadiah! Haha. Gila kembang singa tu! Haha. Boringboring, then kelas Chemistry memekak dengan PINGU and MISS WORLD 4E. Haha, agak2 boleh teka tak siapa? Haha. Then BM, pingu kena bahan sebab menjinjit hadiah (buku aje rupanya, cehh, aku dengan Gwen baru ingat nak poww ), cikgu pun punya lah berseri muka dapat hadiah hari ni. Haha. The BI relief~ Yeah! Happynya kelas 4E teacher takda ( semua tak ready nak buat oral ). Menggunakan kesempatan tersebut untuk hang dengan Doraemon. Hee. Then PJ, aku kena bahan dengan cikgu PJ budak lelaki (Cikgu Fazlee eh nama dia?), sebab aku duduk tepi pintu. Adoh, suka hati saya lah cikgu, haha. Dia cakap aku sakit lah, kena sampuk lah, haha, nasib budak2 perempuan backup kan aku. Huhu. Balik, lepak dengan dia kat Mydin, jumpa Gwen, Wai and Jee Teng tengah shopping ( PS kitorang jumpa diorang tengah shopping kat tempat pemanas air, Gwen cakap nak masak Maggie dalam kelas ). Sampai dia pergi solat Jumaat. Then sambung lepak, jumpa Nadziratul Husna! Aku rindu kau gilaa lah keding! ;) Saja nak masuk kelas Biologi lambat2, tapi rupanya cikgu memang dah lambat! Haha. Kelas sikit aje orang, tapi best! Haha. Sekali lagi, PINGU and MISS WORLD kena bahan dengan aku. Wee~ Haha. Habis kelas lebih awal, then lepak dengan Doraemon lagi sampai Mama Gwen datang. :)

tukang BBQ. :)

terbaikk woo. XD

Friday V2: BBQ Nite.
Barbeque! Sempena Birthday Auntie Abby jiran sebelah rumah. Haha. Tengah siap2, then ayah bagi idea: " Ajak lah Apiz. Dengan Ajim and Nat sekali." Ditambah dengan ibu:" Ajak lah Ain datang." So by pukul 8 lebih, aku dengan Ayah pun keluar rumah untuk menjemput para2 VIP aku ni. Haha. Berhimpit 1 kereta, depan: Ayah, Ajim ("Ajim besar duduk depan."), and kat belakang, Ain meriba adik dia Dekya, Nat tengah2 lagi macam biasa, Apiz and aku. Wahwah. Memang macam tin sardin. Haha. Leganya bila sampai. Bau ayam tengah bakar, yumm yumm. Ajim datang2 terus sapu. Haha. Nat disalah anggap sebagai lelaki mana tah, menurut mak aku. Haha. Sesi bergambar, makan tak beringat wey. Haha. Ajim, er, 4 pinggan kan? Haha. Memang gempak. Lepas makan lepak dekat taman, (PS Ain kakak tak guna tinggalkan adik dia, lepas tu lepak dengan kitorang ) main buaian sampai nak tercampak. Haha. And ada orang tu, lonerz sebab sms dengan bini, last2 habis bateri, pinjam phone dengan Nat. Kan Ajim? Haha. Dah lah takut main buaian rupanya. Haha. Aku dengan Apiz lak, er, hehe. Sempat lagi kot bersayang-sayang kat situ. Mak aku yang datang menerjah baik punya kutuk. Ish ish. Gedebak gedebuk sampai pukul 10 lebih kot, then pergi hantar diorang balik. Senyap sikit kot berbanding masa datang tadi, sebab semua dah mengantok, macam ular sawa. Haha. Hantar Ain & Dekya, then Nat, and lastly kembar 2 orang tu. Hee. Best gila, entah kenapa harap hari tu dapat berpanjangan sikit. Hee, Tapi takpe lah, kami semua enjoy! Haha. XD

Doraemon & Panda, makan time~ ;)

erk, caption baju salah tunjuk orang. Sorry El. ;)

"Bulat tak perut aku? Gilaa kenyang bhayy. Nak tido rasa."

Anak toyol, umur 6 tahun.

Naik buaian pun nak bajet lagi. XD
Gambar mahal Ain & Dekya. :)

Waktu balikk! Dah kenyang, balik terjah katil pulakk. XD

That's all. Sorry cerita agak panjang. Haha. Adios! :)


4 comments:

diriku said...

he2..xbeli ke komik 2?

Syu said...

haha, xbeli laa. mls plakk. haha. XD

YEASLMN said...

apee ? ajim takowt naek buaian ke ?
Muahahaha XD ta tahan na gelak weyh XP hahaaa . Ehh , baju silap caption ? Tapee2 . Tak mara pown XP kahkahkah .

Syu said...

haha, yup. dye main pn slow2 je. haha. glakk bnyak2 keyh. baju tuu gilaa. hee.