Main point aku dekat hari Khamis lah kot. Pagi2 hari tu, rasa bothered sangat. Something asyik muncul2 dalam kotak pemikiran aku. Gambar2 tu. Imej yang aku dah pendam dalam hati selama sebulan kot. Hari Khamis tu. Hujan. Hujan hati lah. Entah kenapa aku emo sangat hari tu. Puas aku tulis ayat jiwang, aku pun cerita kat Azim. Maybe sebab aku tak tahan sangat dah kot. Menangis lagi. Waktu rehat tu, aku buat selamba aje. Macam takda apa2 yang sad pun. Dia pun tak tau.
Sampailah waktu balik tu, aku sms2 dengan dia. Dia dapat tau, of course daripada Ajim. Aku cuba nak nafikan, tapi akhirnya terkeluar juga. Aku cuba mengelat, aku stop sms dengan dia, aku sms ajim kejap. Tapi dia baca juga sms yang aku hantar tu. Dia marah. Dia cakap something like lain kali tak payah lah bagitau dia apa semua, bagitau ajim je... And well, aku pun dah tak larat lah. Sms Ajim and dia, dua2 aku tak balas. Aku rasa macam nak lari je dari semua tu. Tapi, impossible lah kan. So aku just perlukan masa time tu, tenangkan fikiran.. Thanks kepada Bro aku, yang teman aku menangis, memaki, dan ketawa balik via call. Sekurangnya, terubat lah sikit sakit aku.
Malam tu, dia sms masa aku tengah out dengan family. Mula2 tu teragak nak balas. Tapi lama2 tu balas juga. Sms yang entah apa2 and menyakitkan hati lagi. Then nasib baik lah battery pun out, meyelamatkan aku dari terus berapi. Aku hampir tak rasional dah kot masa tu. Lepas balik, aku sambung sms dengan dia. Nak sms, tapi mood aku time tu, down, below zero... Aku pun dah tak tahu nak cakap apa dah dengan dia..
Then kitorang made up balik... Aku bukan sengaja pendam2 dengan dia... Sebelum ni pun, pasal hal2 lain, aku tak selindung2 pun. Tapi kali ni, aku tak sanggup lah nak cakap dengan dia. So aku jealous sebab diorang rapat. Mungkin juga aku yang fikir bukan2. Mungkin juga aku yang jealous tak tentu pasal, sebab aku tahu, diorang berdua kawan baik. Dia pun kawan baik aku juga. So takkan lah patut aku rasa cemburu. Tapi, kali ni, kewarasan akal dan olahan hati tidak sehaluan..
Friday tu, aku cuba lagi untuk cepat2 melupakan. Nasib baik ada kawan2 yang teman aku bergelak ketawa time tu. Aku takut breakdown lagi. Aku takut untuk terus kelihatan lemah lagi. Aku benci diri aku yang suka menangis. Cengeng. Asalnya aku marah dengan gelaran tu. Tapi lama2, mungkin memang betul. Aku hanya berpura2 untuk jadi tough selama ni. Bukan maksud untuk menipu sesiapa, tetapi tidak salah menggunakannya untuk menutup kelemahan diri.
Janggalnya aku bercakap dengan kawan aku tu time pagi tu. Entah, mungkin aku ada masalah kot. tapi aku nak terus ada dia di sisi, tetap macam dulu, tak berubah. Lepas balik, aku lepak dengan Doraemon. Thanks bie, sebab berjaya ceriakan orang balik. Sekarang, pedih tu, memang dah kurang. Tapi betul kata orang, hujan lebat memang lambat nak reda.
Erm, bertukar suasana. Semalam, aku pergi BBQ kat bagan lalang. Teman mak aku aje. Then petang2 aku pergi jalan kat pantai seorang2. Dah lah air tengah nak pasang. Hahaa. Makan pula memang pergh! Best. :)
Ayammm...
Makanmakanmakan. Hahaa. XD
Awal pagi Ahad ni, and aku mengambil kesempatan untuk menulis isi hati, sementara menunggu detiknya aku bersiap, nak pergi tusyen. Sempat aku tengok2 gambar dia and family dekat FB mak cik dia. Seronok betul tengok diorang rapat and gila gilaa. Hahaa.
And that's all kot. Byebye.
No comments:
Post a Comment