Tuesday, June 29, 2010

Terminal > KLCC > Pizza :)


*show off. mwahaha. XD*

Yeah, seperti title di atas. Hari Rabu ke Terminal, mak aku punya turn untuk shopping baju. Haha. Aku jadi fashion commentator, wahwah. Haha. And aku pun dapat jugak lah habuannya, komik, beg duit & belt. haha. Dah Syu! Stop shopping! Pokai nanti wei! :P

Hari Sabtu, aku and family plus jiran sebelah merayap ke KLCC! Actually, mak aku nak jumpa kawan2 lama dia, so yang lain tu, tumpang sekaki je. urgh, ramainya manusia! Berjalan-jalan window shopping, walaupun aku tak balik dengan tangan kosong, haha. Menjinjit jugak 1 beg plastik berisi komik, gian gian. Haha. Then lepas mak aku dah habis meeting, kami pun temankan aleesya main air kat water park. Macam anak itik. Haha. Then lepak makan kat warung mamak jalan Doraisamy, sedap! Tanpa perisa tambahan ye, haha. XD

And yesterday, sambut birthday Uncle Naser and Ibu dekat Pizza Italian. Yumm. with additional Mango Delight from Secret Recipe. Double yumm! orang2 meja sebelah pun turut sambut dengan nyanyi lagu happy birthday. Haha. meriah!

3 hari straight merayap. haha. enjoy! actually takda idea dah nak cakap apa. Let the pictures do the talking... :)

terminal new style :)

KLCC pose :)

Identical? :)

Birthday cake :)

Dinner night :)



Friday, June 25, 2010

Hi :)

Salam2! Lama tak berkarang cerita. Terlalu busy and malas lah. Haha. Minggu ni, minggu pertama semester kedua! Huh, kena lebih focus, insyaallah. :)
Tapi sebelum itu.

18 June--- Mohd Hathim Zulkifli
21 June--- Wan Amirul Hafiz & Fatin Munirah Azizul
24 June--- Norhayati Ngah
25 June--- Ezao' Edogawa

Selamat Hari Jadi! Semoga korang semua sentiasa berbahagia and dapat capai impian korang okay? Sayang korang semua, sentiasa yang terbaik and terhebat! :)

And, despite birthdays2 yang sepatutnya happy ni. Aku kurang happy kot. Masa birthday Doraemon, kitorang gaduh2 lagi. Aku pun tak faham dengan kitorang sekarang. Tapi hari tu, and cukup hari tu aje, buat hati aku cukup sakit and terluka. Rasanya masih berbisa dan berbekas. Susah sangat nak lupa. Maafkan aku. :(
Aku try nak buat kau happy hari tu. Its your birthday. Aku nak kau happy sambut birthday dengan aku. Tapi time tu, kau patut faham kan. Aku terkilan sangat. Aku tak faham apa yang kau nak lagi. Maafkan aku sekali lagi. Aku tau benda dah lepas, tapi tolonglah aku lupakan perasaan ni. Aku tak sanggup pandang muka kau direct, sebab hati aku rasa sakit sangat. ;(

Erm, apa lagi nak cerita ye? Aku pergi I-City, Shah Alam masa hari Ahad tu. Lampu2 cantik gila! Hiasan yang menarik and menjadi tumpuan pelancong, tak rugi pergi tengok. :) *promosi cuti2 Malaysia? Haha.

Oh, and hari Rabu after school, aku, Natalia, Apiz and Ajim pergi melawat cikgu Hasbi yang masuk hospital Columbia disebabkan penyakit denggi. Haiz. Macam mana nak cakap. Kitorang semua hampir terdiam tengok cikgu Hasbi yang biasanya garang and kuat jadi sedemikian rupa. Cikgu, harap cepat sembuh ye?! Rehat banyak2 supaya cepat sihat, boleh masuk kelas 4D balik bantai budak2 yang fail Add Maths. Haha.

And then, yang tak boleh blah. Kitorang jalan kaki dari Columbia sampai Jusco. Gila lah. Haha. Dah lah agak buat arah, lepas tu lalu pulak kat tanah selut. Ajim dah cuak habis. Haha. Busy sangat bersms dengan seseorang sampai tak perasan arah tuju. Apiz dengan Nat pulak, berlawak tak habis. Haha. 1/2 jam perjalanan, sampai lah jugak. Haha.

Pergi karaoke. Adeh, Aku kena paksa nyanyi! Malu gilagila lah. Ajim potong line orang nyanyi je. Haha. Nat and Apiz, pasangan duet terbaik! Haha. Then, aku teman ayah pergi cari hadiah birthday ibu, and yang lain tu, pergi main bowling. By the time aku join diorang balik, baru nak main. Haha. Nat nak paksa aku main lagi, but aku tak nak jugak. Haha. Segan doe, haha. (batak tak reti main) and lagipun, aku lapar sangat lah. Tak boleh fikir nak main bowling lagi. Haha. Bowling dimenangi oleh Nat yang kononnya tak reti main. Diikuti dengan Apiz 2nd and Ajim, yang last. Haha.

Outing sekejap aje, but antara yang the best lah wei. Kan Nat? Balik pun boleh lawak2 lagi. Haha. Serious aku tak pernah tengok bapak aku cakap banyak dengan kawan2 aku camtu. Time tu, semua bersembang tak ingat. Haha. Tu yang tersasul terkeluar "Mangunan", "Kidit", and "Ayam Klup-klup" tu kan Nat? Haha. Balik lewat pulak tu. Haha.

The next day, aku ponteng. Haha. Bukan ponteng takut jadi bahan okay Nat? Birthday mak aku, kesempatan aku untuk cilok! Haha. Pergi K.L. Shopping2. Wahwah. Birthday girl beli 1 barang aje. Anak birthday girl beli 3 baju and 4 tudung. Haha. Harga keseluruhan RM100++ ye. Haha, puas hati siot. Hilang sikit tension, baju pun cantik2. Haha, berbaloi-baloi. Tak sabar nak pakai time keluar nanti. Haha. Batak. :)

Hari ni, hari Jumaat. Masa berjalan terlalu cepat. Biarlah. Nak lupakan pahitnya minggu ni! Minggu baru, please be better than this week! ;)



Tuesday, June 15, 2010

Holaa!

Lama tak update. wifi problem lagi yaww. Haih. Pathetic, really. =.=

So, apa nak story eh. Hari sabtu tu, doraemon datang rumah aku lagi. hee. datang ambik baju je. Tapi ada lah jugak lepak sekejap. Escort by Ajimm! Haha. And opps! Terjadi sesuatu yang kurang sedap didengar. tentang apa? Ada lah. Tak patut aku bercerita, bukan kisah aku untuk aku kongsi. Puas lah kitorang pujuk. Akhirnya okay jugak. Bagus lah. nasib baik selesai dengan cepat. :)

Rindu dia lah. Tak puas lepak dengan dia. Malam tu calling2 dengan dia, rasa macam tak nak letak aje phone tu. Tapi kena hambat jugak pergi tidur. Haha. Dia lah halau orang tidur. :P

Doraemon, imy.


Sunday, June 13, 2010

beruk =.=

HnS candid picx. Credits to Norman. :)

binatang apa yang suka bergayut? Haha. Jawapan dia ada kat title tu. "Beruk". Tapi yang aku nak cakap ni bukan pasal beruk okay. Yang aku nak cakap ni pasal 2 orang insan ni punya lah jiwang karat bukan main lagi, mengalahkan orang baru nak bercinta ye, bergayut on the phone tak beringat! Mak ada bebelbebel kat sebelah pun buat dek aje. Kihkih. Agaknya siapa lah 2 insan ni ye? Haha.

Eish, sakitnya hidung and tekak aku. Time kemas bilik, habis berhabuk. adehh. =.=

Semalam tinggal kat rumah seorang diri lepas ibu pergi kerja, oyeah, freedom~ haha. And also, semalam salmi and Ain call. Ain ajak keluar hari selasa diikuti dengan Salmi pada hari berikutnya. Huhu. Sorry korang, aku tak dapat nak pergi! Ayah outstation, so aku memang terkandas dekat eka matahari ni, tak ada transport yang memudahkan aku nak merayap and merewang. Haha.

Hari ni birthday someone. Haha. Happy birthday untuk mak Apiz, yang keberapa, tak tahu pulak. Hee. Semoga panjang umur and murah rezeki. :)

and, happy birthday old buddy, Chin Wai Yan. Antara besties aku yang terbaik time sekolah rendah dulu, selain Gwen lah. Imy PigAngel. Haha.

That's all kot. Boring. Haha. Adios. :)


Saturday, June 12, 2010

Happy :)

Perhatian: post agak panjang.

Hey! Hari Khamis, back from terengganu yaww. Tapi penat gila lah nak online kan. And semalam pun penat jugak. Tapi penat dalam happy lah. Kenapa? Sebab semalam aku keluar dengan Doraemon~ Hee. Suka gila. Haha. Rindu jugak kat doraemon tu ye. Haha.

Semalam, kitorang gerak lepas Apiz habis kelas. Di-join oleh yang berhormat Khairul Afiq Ahmad Tajuddin, Mohd Syafikal and Anis Farhanah. Haha. Gila ke aku ni guna nama penuh orang. Adeh. Naik KTM je pun dah macam orang tak waras. Krol duduk kat hujung KTM macam orang mintak sedekah. Adeh. Buruk betul rupa. And Syafikal pulak, naik KTM, tapi bawak helmet ke-hulu hilir. anis pulak. "Haaikk!" kan Anis kan? Jepun mari. Haha. Aku dengan Apiz pun, tak kurang abnormalnya, haha. 1st time aku dengan dia keluar pakai baju couple. Adoi. Lawak pun ada. Haha. :)

Sampai2, pergi terjah bowling dulu. Tapi penuh pulak. So ikut Krol pergi Library. Mula2 tu aku dengan Anis tak masuk. Tapi anis tak tahan nak mengusha orang, so kitorang pun join jugak. Hurm. Aku rasa diorang lagi banyak mengutuk kot daripada belajar. Haha. Aku pun, jalan2 tengok2 buku kan. Ye lah aku ni kan nerd. And dengan itu jugak, insan2 yang tengah study add maths tadi tu, tak sampai 10 minit diorang study pun, dah merayap2 kat rak library, mengacau orang. Katanya, cari buku lah sangat. Budak2 kelas sains menggodam buku sastera. Entah apa2 jadinya. Ish2. membengong aje.

then, kami di-join oleh Norman and Izzudin! Din, lama tak jumpa wey. Tinggi menggalah tetap standard. Slang terengganu amat pekat, kalah orang separuh terengganu ni. Haha. Then, nak dekat Zohor, so kami pun berambus... Budak2 lelaki pergi solat Jumaat, sementara aku dengan anis jalan2 and makan. Aku pegangkan helmet Syafikal, adoyai, macam gangster dah rupa aku. Orang lain pandang slack aje. Haha. Time the guys balik, lapar, gila syok, diorang pergi makan Pizza. Haha. Anis bengkak gila tak dapat makan, sebab terlalu kenyang. Haha.

diorang ni makan, ish2. kena sensored2 jap. Haha. Tak boleh blah. senak perut. Aku tak makan pun, just lepak2 aje. dengan part usha2 kan. Makan sampai harganya agak2 lah kan. Apiz banker lagi. Adeh, haha. And then, diorang main bowling. Aku dipaksa join, tapi aku yang maha degil ni tak nak main, so aku jadi tukang tengok and gelak je lah. Ada yang pencinta longkang, bola comel, bola labu/emas, bola swing, bola duduk pun ada. Ish, biasalah, macam2 kerenah diorang ni. Haha. Dah lah aku seorang aje perempuan, Anis dah tinggalkan aku. Huhu.

dah lah main punya lah gila kan, 2 game. Haha. Wa caya sama korang beb. Aku sejuk and boring sikit, so aku keluar lah. Nak jalan2. Tapi Doraemon tu pun mencicit datang temankan aku, sementara orang lain tolong gantikan dia. Jalan2 dengan dia, eh, apasal jantung ni rasa macam nak meletup eh. Haha. Tolong dia cari hadiah. Siapa punya? Biarlah rahsia. Haha. Seronok dapat berdua jap dengan dia. Hee.

Then masuk bowling balik. Yang lain tu, tukang ejek2 gelak2 lah kan. Haha. When finally game habis, usha jap abang Afiq Kamarul training bowling. And jumpa jugak Faiz. Haha. Then, pergi Terminal. Jalan kejap aje. Apiz beli baju lagi. Perlu ke aku cakap baju tu baju couple lagi? Haha. Minat dia kat benda2 couple ni eh? Haha, aku oke aje. And baju tu pun cantik! Haha. Then balik, dia teman kan aku, guys yang lain semua lepak lama sikit. Best gila walaupun penat. kat KTM, terjumpa mak cik dia. Segan2, rasa macam nak lari lah. Haha. Then dia pun balik dengan makcik dia, sementara aku tunggu parents aku.

Thanks doraemon sayang sebab sponsor macam2. And korang, boleh terbayang tak muka aku tersengih macam kerang busuk ni sekarang? Tak habis lagi happy di hati ni. Hee. :)


Wednesday, June 9, 2010

Bored ;(

Boring lah. Ayah cepat lah balik. Nak keluar lah. Haha.
Esok, kepulangan ke negeri sembilan. wahwah. Byebye terengganu. See you time puasa or lepas raya nanti kot. huhu. Semalam, chatchat dengan dia. Haha. rindu lah. Tak sabar nak jumpa jumaat nanti. :)

Woit, dengardengar ramai orang nak keluar Jumaat ni? wakaka, okay2. Aku rindu korang. Haha. Padahal tiap2 hari jumpa muka korang dekat sekolah kan. dah naik muak dah tu. Haha. Wey, budak2 reunion aku nak pergi meet kat Kbox inti siot. Huahuahua. Takpa lah, nanti korang ambik gambar banyak2 okay, upload kat FB korang, aku nak usha2. Haih. ;(

Hari ni Salmi cakap dia datang terengganu, nak lepak sekali. Oyeah! Amie cepatlah datang sini, aku nak jumpa kau mokk. Haha, kita lepak ambik angin kat pantai batu burok ok? main layang2 doraemon yang ada jual banyak2 tu. Haha.

Bosanbosan and lapar. T.T


Tuesday, June 8, 2010

Just For You.

9 June, 2010.
Siti Maisarah,
ini khas untuk kau seorang,
adik angkat aku yang tersayang.

Selamat Hari Jadi, semoga dipanjangkan umur and murah rezeki. Semoga kau sentiasa ceria, and dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Aku sayang kau Dek Mott!

Rasanya, mungkin dah lebih dari setahun aku jadi kakak angkat kau. Mungkin, tak banyak yang kita kongsi, tapi aku happy ada adik macam kau. Ye, memang kau selalu buli aku. Sebab tu aku sukaa buli kau balik, haha. kadang2 orang tengok kita berdua, tak macam kakak-adik angkat pun kan. ye lah, kita kan sporting kononnya. Haha. Kau pernah tanya aku, kenapa aku mintak kau jadi adik angkat aku. Sebenarnya, aku nak tangguh jawapan tu sampai birthday kau, tapi aku faham kalau kau nak tau sangat. Sekarang kau dah tau kan, and aku harap kau percaya, yang aku betul2 ikhlas sayang kau dek mott. Uikss, macam dah tulis surat cinta pulak kan. Haha, takpa lah, bukan selalu.

Mai, aku mungkin bukan kakak yang terbaik atau terhebat. Actually, aku sendiri pun pelik, kenapa kau nak terima kau jadi kakak angkat kau. Aku mungkin selalu buat kau marah atau menyampah sebab mood swing aku yang tak menentu tu, tapi bila aku fikir yang kau betul2 anggap aku macam kakak. Haih. Tak terkata bertapa happynya aku. Aku mungkin tak macam kakak2 angkat kawan kau yang lain, yang sanggup teman kau ber-sms and sebagainya, tapi thank you sebab kau nak jugak kongsi segalanya dengan aku.

Akhir kata, semoga kita selalu se-kepala okay. Haha. Selamat Hari Jadi. :)


Haiz TT

Hari Khamis, aku pulang ke Negeri Sembilan. Home Sweet Home.
Jealous wei. Apiz and the gang nak keluar pergi the Mines masa hari tu! Huhu. Nak nangis, huahuahua. Aku nak ikut jugak~ >o<
Haih, tawakal aje lah. Hari Jumaat datedate dengan Apiz. ^^
Tapi dah clash dengan reunion graduates 2006 SJK(C) Chio Chiao. Tak dapat pergi jumpa korang semua. Korang tau tak aku rindu korang gilagila? Siapa suruh korang hantar invites lambat, aku pergi yang mana aku dah janji dulu. Huhu. Aku teringin nak jumpa korang~
Haih, lain kali aje lah. Kalau ada rezeki, ada jodoh. Huhu.
Starting hari sabtu, aku dah tak boleh keluar. Ayah aku ada course, pergi Mauritius. Oustation seminggu. Aku kena lah terperap dekat rumah. Nak keluar takda transport. Haih, this is so unfair.
Aku nak bersosial jugak. >.<

Haiz Syu, sabar je lah. T.T


Kepanasan

Sepanjang post aku daripada terengganu ni, dah berapa kali dah agaknya aku ulang. Panas menyirap! Adoi. Rasa macam dah tak tentu arah dah. Punya lah panas. Huhu.

Semalam boring2 aje duduk rumah. Ayah takda. So bersidai aje lah. Haha. Sms2 tanpa henti dengan Doraemon. imy bie. :( and tidur. Haha. Dah boring sangat, so tidur. And then online. Haih. Dah memang takda aktiviti sangat. Malam pulak, dengar orang tua gossip! Woah panaspanas. Haha. And then, haircut! Haha. Tiap2 kali balik sini mesti mintak saudara aku tolong potong rambut.

Apiz cakap jangan potong pendek. Haha. Memang tak nak potong pendek lah makcik. Just potongkan layered and rambut depan supaya jadi fringe, aku tak suka rambut tutup mata, rimas. Haha. Nipis dah sikit rambut aku. Kalau tak macam singa, menggerbang aje rambut. Haha. Tapi baru aku perasan, sebab layer rambut aku dipotong lebih pendek daripada dulu, kali ni nampak macam pelik sikit. Retro pun ada jugak. Haha. Apa2 je laa. Asalkan ada style ok. :)

And that's all kot. Takda cerita. adios!


Monday, June 7, 2010

Terengganu walks

Olaa! Malam tadi, dapat keluar jalan2! Yeah~ Pergi dataran Syahbandar, mak aih. Ada funfair besar gilagila siot. Haha. Rasanya, 1st time aku tengok ada aktiviti besar-besaran macam ni kat Terengganu. Terengganu dah lain gila daripada dulu, haha. Not bad lah, tahniah atas perubahan yang besar atas negeri terengganu darul iman, dan menjadi antara salah 1 destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia. :)

So, semalam, selain funfair, ada jugak barisan2 kedai kecil-kecilan yang jual macam2. Baju, kasut, bag... Rambang mata gila lah. Baju memang cantik2 and lawa2, and mak aku jugak sempat lagi tu, beli selipar baru bunga2. Cantik! Haha. habis lah ibu, ucap kan selamat tinggal kat kasut tu, its mine. Haha. And lepas tu kitorang just jalan and jalan....

Ada 1 stage. Tak meriah pun. Tapi pengacara tu kan. Adeh. Menyedihkan lah. Haha. Macam cubaan memeriahkan majlis yang menjadi total failure. Huhu. Tension je ibu tengok dia. Haha. And then, kami pun blah, pergi pusing2 bandar terengganu. Lalu dekat Bazaar Warisan. Baru lagi tempat tu. Ibu berhenti ambik gambar macam orang gila dahh. Haha.

And then roundround lagi. Then balik. Tapi enjoy jugak lah. Sms2 dengan Doraemon smabil2 tu. Haha, rindu youu lah doraemon. Dia cakap ank ajak keluar hari jumaat tu. Hoho, ibu dah bagi green light. Tapi confirm kan dulu ye doraemon. Yeah, teringin nak keluar dengan dia. Haha. suka kau ye Syuhada, gatal. Dia suruh pakai baju dia bagi tu. Haha. Iye lah doraemon. :)

Apa daa. Lari topic sudah. Hari ni, ayah balik Negeri Sembilan seorang diri. Sebab dia ada kerja. So esok tinggal aku dengan ibu dekat rumah tokcik. Kena salai lah jawabnya. Haha. Panas menyirap ni. Haha.

Adios dulu. Nanti aku upload gambar. ;)


Sunday, June 6, 2010

Actually, gambar ini takda kena mengena. ==''
Doraemon bagi yaww. Haha. ;)

Ye lah Azim! Banyak lah kau punya rahsia lah, taknak kecoh lah. Huhu. Tu baik punya terpampang besar lovestory korang dekat yyunie. blogspot.com. Bhahaha. Kelakar betul lah korang ni. Tapi apasal pulak nak delete FB korang?! Eish! Serupa aje otak korang ni. Aduhai. Tawakal je lah. Grr.

Kebahagiaan, or yang lebih senang, happy, tersebar luas! Haha. Macam contagious pulak. Haha. Bahang datang dari mereka kot. Bhaha. Semua orang happy sekarang. Yup, including aku. :) No offence buat sesiapa ya. Tapi diorang lagi hot lah dari masa aku mula2 couple dengan doraemon. Haha. Wa salute korang! Haha. Aku dengan dia dulu tone down je, sebab ego aku tinggi sangat kot? Haha. In fact, dari dulu sampai sekarang, aku rasa ego aku tetap tinggi melangit, macam lelaki, kalah KLCC. Haha. Kesian betul korang yang tahan sikap egoist aku. Haha, but thank you. :)

Although kat Bukit Tunggal Terengganu, aku boleh online! Yeah~~ Celcom Broadband is my savior! I love you ! Mwah3 ;) And so. The holidays have started. Haih. Kat terengganu panas menyirap rasanya. Haha. Nak mandi, tapi kan... kambing lah katakan. Haha. Lewat sikit kot aku mandi. Hee. Alamak, serious pulak ada kambing 2 ekor kat luar tu. Erk. Okay, aku nak mandi lah ni. =='

Pagi2, ibu dah menggeledah cari gambar2 lama. Adoy. Pecah perut gelak tengok gambar dulu. And yeah, muka aku serupa gila dengan ibu masa muda2 dulu. Haha. But she's probably thinner, though. =='' the primadona lah katakan. So apa cerita ibu korang? Diorang pun meletop hothot macam korang jugak tak time diorang muda2 dulu? Haha.

Sekarang asyik teringat cerita dulu2 aje. And tadi aku ada terjumpa gambar 'the KRU'. Haha. Group members termasuk Arwah abang kimi and abang Ayie (my cousins), and jugak Amirul Denil yang aku pernah cerita agak2 bajet hot sekarang tu? Haha. Woah. Dulu akrabnya kitorang. I miss those times. Haha. Time tu, the family tengah bercuti dekat Langkawi. Wahwah. Haha. And, NAJWA! Haha, amirul punya adik, OMG cute gila lah! Dari dulu sampai sekarang, dia memang comel~ putih, mata besar, kurus tinggi... Ideal! Haha. Sayang gila2 lah. ;)

Ohh, and gila boolatt nya muka aku masa kecik! Adeh, senak perut gelak dengan ibu tadi! Mata dah lah sepet, pipi memang tembam and bolat, macam ShinChan aku rasa rupa aku time tu. Haha. Nolstagia yaww. Down memory lane. Haih. The life and times of yours truly. Blekk. Haha. Lain kali lah kot aku upload. Tu pun kalau rajin.

Ergh, kaki aku dah gatal lah. Rasa macam nak pergi merayap! Hahaha. Syu ni, memang kaki jalan betul. Pantang duduk rumah lama sikit. Haha. Ok lah, nanti sambung lagi, adios~ ;)


Saturday, June 5, 2010

heyhey, kecoh betul lah! Hahahahaha. :)
Pasal apa? Biarlah rahsia. XP

Nak packing, balik terengganu tengah hari nanti, awayaway ;( I'll miss FB + Blog like hell. Haha. XD

Oh yeah, and of course, I miss you too. ;)


Friday, June 4, 2010

Merdeka!
Ya, kami sudah merdeka dari peperiksaan pertengahan tahun! Wahwahwah, sakan! Haha. Gila lah. Memang stress gila minggu2 ni. Huhu.

Hey, apa planning korang cuti2 ni? Esok aku dah nak balik terengganu. Jadi tak tahu lah boleh online tak. Huhu. Aku rindu bloggie, dah lama gila aku tak dapat nak update betul2, sampai dah tak tahu nak update tentang apa dah, semua idea dah hilang. Haha. Aku ada lebih kurang 3 invites kot yang mengajak aku keluar cuti2 ni. Salmi, Ain and dia. Haha. Entah boleh pergi ke tak, dah lah takda fulus. Haha.

Oyeah, my mum baru2 ni gila obses dengan gambar2 dia sibuk upload dekat FB dia. Gambar2 lama dia. Haha. termasuk gambar2 lama aku. Buruk wey. Haha.

nurulsyuhadasulaiman and sulaimanyusoff
daddy's daughter :)

Hari ini hari berSEJARAH. Haha. No, aku bukan cakap tentang periksa sejarah kat sekolah tadi. Haha. Kalau orang2 terdekat tu, tau lah kot tentang apa. Just nak cakap, aku pun tumpang gembira tau. Haha. Korang kan besties aku yang terbaikk! Besties semua, moga happy2 selalu! :)

Hari ni si dia dah balik kampung. Ada perkahwinan. Hee. Entah lah. Aku tak tau kenapa baru2 ni aku jadi speechless kalau aku nak bercakap tentang dia. Takut terlebih atau terkurang cakap. Haha. Maybe, aku tengah happy kot sekarang. Vitagen and skittle tiap2 hari, Shinbei, baju couple tu lagi. Macam2. Padahal aku yang patut pening kepala nak bagi dia hadiah, birthday dia dah semakin mendekati. Haha, baru nak kumpul duit beli hadiah, awal2 tak beringat. Tak senonoh Syu ni kan. Haha. Erm, sebenarnya, hadiah apa pun, aku tak set kan lagi. Bagi tepung aje lah. Haha. Erk, tak sampai hati lak. XP

Baru2 ni dia dan kawan baik dia develop dalam 1 minat baru: KARAOKE. Mak aih. Sakit wei dengar diorang meraban sampai 1 jam. Dah lah tarik suara pun tak lepas. Haha. Aduhai, korang ni pelawak terhebat lah. Haha. And tadi, dia call lagi. Dengan pakcik and adik beradik sekali. Adeh, segan2. Tapi diorang gila sporting, kelakar. Haha. Mesti seronok kan ada family macam tu? Huhu. XD

Haih, Doraemon, rasa macam nak sewel dah ni. Haha. Sewel sebab sayang kat doraemon lah. Haha. Bahagia tak terkata, thank you.

Wake me up if I'm in dream. Because everything seemed too good to be true.


Tuesday, June 1, 2010

Assalamualaikum.
Haha. Hai semua. Aku rindu blog aku. Teringat dulu2, rajin aje mengupdate blog.
Huhu. Takpa, sabar Syu! Exam sampai Jumaat ni aje.
Kemudian cuti2 Malaysia!
Ergh, sementara menunggu setiap saat, setiap detik sehingga tibanya penghujung hari Jumaat,
DILEMMA!
Nikmat waktu tidurku yang ditarik! Mwahaha. T_T
apadaa. Haha. Sekadar penyedap hati kot.
Aku rasa agak frust sebab aku rasa I'm not doing too well dalam exam mid year ni.
Dah lah pesaingan dalam 4E tu hebat2 belaka!
Nak maintain result sama taraf dengan pelajar2 Melayu sendiri seperti Elma and Gjah yang otak geliga dan hot(hahaha) tu pun susah!
Huhuhu. Stress2. Ada jugak yang pengsan lagi ni kang. Haha. Takda lah. Gurau aje.
Kalau aku pengsan lagi aku kena maki. Gila kejam. XD
and I guess that's all kot. and ramai orang asing yang add FB aku.
Wakaka, dah famous. Gila perasan. Haha. Takpa lah, anda dialu-alukan untuk add saya ye!
Saya tak makan orang, walaupun rupa saya dikatakan sedemikian. Haha.
And Amirul Denil. Haha. Aku memang abang yang agak bengong. Wakaka.
tak guna betul, abang sendiri pun kutok kaww2. Haha.
Gurau aje. harap diampun ye. Huhu.
Adios and see you again. :)