Monday, December 20, 2010

Comicfiest 2010

Hmm. 1st comment on this year's comicfiest: Extra Fun dan Extra Penat!
Perghh. Malam tu tak boleh nak tidur pula weyh. Masa ni lah juga insomnia nak buat perangai. Adohh. The next day tu memang sembab gila rasa mata aku ni, and hyperactive semacam. Hahaa.

Pagi2 aku dah melangut kat KTM tunggu Len. Then naik KTM pergi Sentral. Kitorang sampai sakit2 tekak sebab talking non-stop. Hahaa. Cuti2 ni banyak cerita dan gossip2 still berjalan okay? Hahaa. Actually, pasal adik angkat aku aje. Nanti dia balik dari camp aku nak lutu kepala dia! Berani dia tak story2 kat aku pasal dia dah couple! Cis! xD

Aku & Len, OTW <3

Tukar naik monorail sampai Times Square, lalala, lapar! Aku pergi makan dulu kat Marrybrown sementara menunggu cik abang Khairul Afiq yang maha lembik lembab. Hahaa. Then sempat lagi kitorang jalan2 pusing2. Eihh, rambang mata lah kat TS. Tangan ni menggatal je rasa nak keluar duit. Tapi aku sabarkan. Haha. Aku nak shopping kat comicfiest tu je nanti, mwahahaa <3

Bila Krol sampai, kitorang pun pergi lah ke destinasi yang dituju. Excited gila tau sebab dah merata-rata kitorang nampak cosplayers ni. Dalam hati dah tau, gerenti gempak punya lah. Hahaa. Dah lah terserempak dengan Naruto kat lif, sampai terkejut beruk Krol bila lif terbuka and dia terus nampak orang mata merah. Hahaa. Entah apa2 aje kitorang xP

Then for the next few hours, kitorang dikerumuni cosplayers! Wuhoo best gila vavi. Hahaa. Lepas bayar tiket kitorang masuk dalam convo. Tapi actually dalam convo tu takda pape sangat, sebab mainly dia buat jualan, stageshows dengan tengok comicartists melukis je. Tapi memang rugi kitorang tak dapat rebut poster comicfiest free diorang baling2 kat tengah stage, hahaa.

Aku dengan Krol dah terpisah dari Len. Adoh. Haha. Dia dah gila kat dalam tu. Krol pun sama je borong komik lah ape semua. Hurmm. Aku pun ada lah shopping sikit. Aku beli illustration piece(kongsi dengan Krol), keychain dengan snowcap yang ada telinga bear tu. Hahaa. Aku tak tahan wey, snowcap tu comel sangat2. xD Tapi kalau Apiz ada, mesti dia suruh aku pilih yang telinga panda tu. Bwekk :P

Lepas membeli belah, di mana aku dan Krol still lagi terpisah daripada Len, kitorang calling2 dia cakap kitorang tunggu kat luar. Haha. Saje je nak keluar dari convo. Sebab? Nak usha cosplayers! Hahaa. Aku tabik lah diorang, mesti mahal gila kan kos baju diorang tu. Macam2 cosplay lah kitorang nampak, termasuk juga 2nd favourite aku, K-ON! Yeahh~ Tapi gambar tu dalam phone Krol. Harap2 lah dia cepat2 upload gambar tu, aku nak gambar2 cosplay and figura2 tu!! XD

Deathnote :D

Naruto yang Krol terjumpa kat Lif, hahaa xD

Ouhh, and teh best part bila kitorang nampak coslayer dengan costume terhebat!


Perghh. Unbelievable kan? Aku dengan Krol tak habis2 cakap pasal dia. Seksa gila kan dia. Wings tu confirm berat. Armour dia tu mesti panas, nak duduk gerenti tak boleh, nak jalan pun asyik disekat oleh photographers. Fuyooohh. Memang gila. Hahaa. xD

Setelah puas menunggu, Len akhirnyaa! Keluar dari convo dengan membawa sebilah pedang. Sumpah aku tak tipu weyhh. Pedang kayu dia beli. Hahaa. Adoyy. Ni contoh terbaik otaku gila dari comicfiest XD Then kitorang jalan2 sebab perancangan awal nak tengok wayang lepas comicfiest dah tak jadi sebab dah lewat sangat. Then penat, pergi minum.

Len: Fox ears and a woodstock sword :D

Baru je nak hilangkan kehausan, Krol pula heret aku teman dia shopping kasut. Grrr. Geramnya aku. 3 tingkat punya kedai kasut kitorang jajah, last2 dia nak juga beli kasut kat tingkat 1st yang mula2 kitorang pergi tu. Ishh! Nasib baik lah kasut tu lawa lah juga. Supra hitam :) Ouhh, and si bengong ni tengah banyak duit ni, DMSian, sila pau duit dia okay? xD

Sebelum balik, Krol yang dah puas hati sebab dapat shopping kaw2 punya nak makan. Pergi makan kat Subway. Ngancam lak aku tengok sandwich dia tu, haha. Then balik. Penat gila. Bila dah sampai KL Sentral, masuk ke KTM, memang tak sabar2 nak duduk walaupun takda seat. So kitorang duduk kat mana? Kat atas lantai lah, peduli apa dah orang pandang2. Hahaa. Dah lah aku dengan Len dah cukup pelik mata memandang pun, aku dengan snowcap tu, and Len pula dengan cekak rambut telinga musang and pedang dia. Huhuu.

Bertukar headgear, hahaa. xD

Dalam KTM, sumpah kepenatan. Si gilaa sebelah aku ni bising. xP



Balik dengan keadaan yang penat teramat sangat + mengantuk + kaki cram. Hahaa. Syok. Rasa macam nak demam gila xD

That's all and adios :D


ps: Hmm. Sepanjang kat TS, asyik termenung. Teringat aje dekat dia. Masa datang sini dengan dia dulu. Huhuu. Kan best kalau dia dapat join sekali.. And teringat dekat arwah Kimi. 18 Dec tarikh dia pergi. Sekarang, tak sangka dah 6 tahun berlalu. And sekarang, ada orang lain yang serupa dengan dia jadi kawan baik aku, bro aku. Macam dia dengan aku dulu. 
Abang kimi, imissyou..


pps: confessions with you at 3 a.m. works wonders. <3
      I <3 youu.

2 comments:

yyunie said...

ahaaa , comel telinga tuu bhaaa ;DD

Syu said...

hahaa, gilak sudaa xD