Saturday, July 31, 2010

Minggu Ini.

Awal minggu, Isnin dan Selasa, Doraemon tak datang sekolah. Sebab dia berenjoy sakan kat langkawi. Waah, jealous seh. Bestnya dapat merayap. Huhu. Hari Rabu ada program kecergasan menggantikan Unit Beruniform. Aku tak buat pun. Ramai orang yang tak buat. Jadi aku lepak2 aje dengan adik aku, Mai. Sembang sampailah pukul 9 tu. Macam2 cerita lah. Dah nak trial Mai. Hope kau do your best okay. Jangan risau2, yang penting kau study. :)

Main point aku dekat hari Khamis lah kot. Pagi2 hari tu, rasa bothered sangat. Something asyik muncul2 dalam kotak pemikiran aku. Gambar2 tu. Imej yang aku dah pendam dalam hati selama sebulan kot. Hari Khamis tu. Hujan. Hujan hati lah. Entah kenapa aku emo sangat hari tu. Puas aku tulis ayat jiwang, aku pun cerita kat Azim. Maybe sebab aku tak tahan sangat dah kot. Menangis lagi. Waktu rehat tu, aku buat selamba aje. Macam takda apa2 yang sad pun. Dia pun tak tau.

Sampailah waktu balik tu, aku sms2 dengan dia. Dia dapat tau, of course daripada Ajim. Aku cuba nak nafikan, tapi akhirnya terkeluar juga. Aku cuba mengelat, aku stop sms dengan dia, aku sms ajim kejap. Tapi dia baca juga sms yang aku hantar tu. Dia marah. Dia cakap something like lain kali tak payah lah bagitau dia apa semua, bagitau ajim je... And well, aku pun dah tak larat lah. Sms Ajim and dia, dua2 aku tak balas. Aku rasa macam nak lari je dari semua tu. Tapi, impossible lah kan. So aku just perlukan masa time tu, tenangkan fikiran.. Thanks kepada Bro aku, yang teman aku menangis, memaki, dan ketawa balik via call. Sekurangnya, terubat lah sikit sakit aku.

Malam tu, dia sms masa aku tengah out dengan family. Mula2 tu teragak nak balas. Tapi lama2 tu balas juga. Sms yang entah apa2 and menyakitkan hati lagi. Then nasib baik lah battery pun out, meyelamatkan aku dari terus berapi. Aku hampir tak rasional dah kot masa tu. Lepas balik, aku sambung sms dengan dia. Nak sms, tapi mood aku time tu, down, below zero... Aku pun dah tak tahu nak cakap apa dah dengan dia..

Then kitorang made up balik... Aku bukan sengaja pendam2 dengan dia... Sebelum ni pun, pasal hal2 lain, aku tak selindung2 pun. Tapi kali ni, aku tak sanggup lah nak cakap dengan dia. So aku jealous sebab diorang rapat. Mungkin juga aku yang fikir bukan2. Mungkin juga aku yang jealous tak tentu pasal, sebab aku tahu, diorang berdua kawan baik. Dia pun kawan baik aku juga. So takkan lah patut aku rasa cemburu. Tapi, kali ni, kewarasan akal dan olahan hati tidak sehaluan..

Friday tu, aku cuba lagi untuk cepat2 melupakan. Nasib baik ada kawan2 yang teman aku bergelak ketawa time tu. Aku takut breakdown lagi. Aku takut untuk terus kelihatan lemah lagi. Aku benci diri aku yang suka menangis. Cengeng. Asalnya aku marah dengan gelaran tu. Tapi lama2, mungkin memang betul. Aku hanya berpura2 untuk jadi tough selama ni. Bukan maksud untuk menipu sesiapa, tetapi tidak salah menggunakannya untuk menutup kelemahan diri.

Janggalnya aku bercakap dengan kawan aku tu time pagi tu. Entah, mungkin aku ada masalah kot. tapi aku nak terus ada dia di sisi, tetap macam dulu, tak berubah. Lepas balik, aku lepak dengan Doraemon. Thanks bie, sebab berjaya ceriakan orang balik. Sekarang, pedih tu, memang dah kurang. Tapi betul kata orang, hujan lebat memang lambat nak reda.

Erm, bertukar suasana. Semalam, aku pergi BBQ kat bagan lalang. Teman mak aku aje. Then petang2 aku pergi jalan kat pantai seorang2. Dah lah air tengah nak pasang. Hahaa. Makan pula memang pergh! Best. :)

Ayammm...

Makanmakanmakan. Hahaa. XD

Awal pagi Ahad ni, and aku mengambil kesempatan untuk menulis isi hati, sementara menunggu detiknya aku bersiap, nak pergi tusyen. Sempat aku tengok2 gambar dia and family dekat FB mak cik dia. Seronok betul tengok diorang rapat and gila gilaa. Hahaa.

And that's all kot. Byebye.


Sunday, July 25, 2010

Tagged! by Elma :)


Write 5 interesting fact about the person who gave you award .
-Nama dia Yangku Elma Ayyunie Sulaiman :)
-Dia BFF aku and GF my BFF, iaitu my BF punya BFF. Hahahaa.
-Dia ada teddy bear besar warna PINK. Haha.
-Dia seorang blogger tegar XD
-Dia saudara se-Islam aku dunia dan akhirat, aminnn! :)

Write down 10 interesting about yourself and your hobby .
-Aku? Nurul Syuhada Sulaiman, and proud of it!
-Aku ? suka makan dan tidur
-Aku? universal listener
-Aku? Kaki wayang
-Aku? Cerewet, especially bab makan
-Aku? equals to FB + Blog
-Aku? ada banyak nama panggilan yang bukan2
-Aku? suka kelainan dan kepelikan
-Aku? sayang dia, dan hanya dia!
-Aku? remaja yang mencari pendirianku :)

Pick your most 10 deserving recipient and describe them .
Sesiapa yang nak, sila lah ambil! Kerana dirimu begitu berharga! Hahaha XD


Tag 15 bloggers yg laen
-Lelongan! Sila ambil! Free of Charge! :)


The Sorcerer's Apprentice

Holla!

Cerita Semalam: Hoho, aku dan family pergi merayap!

Destinasi Pertama: Coffee Village, Putrajaya.
Suasana memang cantik! Tepi kolam, boleh tengok2 permandangan, orang memancing and barbeque.. Makanan dia okay2 lah. Nak cakap, biasa aje. Cake yang aku makan semalam tu pun not bad, plus air Sirap Bandung Soda Cincau dia sedapp! Hahaha. Syu ni laju je mulut tu kalau bab2 makan ni. Apa2 pun yang berminat boleh lah test test cuba cuba try try ye. :)

Destinasi Kedua: Pavilion Kuala Lumpur!
Actually, planning asal nak ke The Mines, tapi gilaa lah ramainya manusia berhibur di hujung2 minggu ni, last2 kami ke Pavilion. Lepas solat maghrib, jalan2 je kat sepanjang pavilion tu. Macam ada show sikit, so memang ramai orang, especially teenagers yang takda kerja buat malam2 buta pergi merayap hahaha.

Yang tak boleh blah, sedap betul aku and mak aku cuci2 mata melihat orang2 keliling. Haha. Macam2 gaya orang bandar ni. Eh, pause the music babe! Dulu aku pun orang KL juga sebelum aku berpindah ke Eka Matahari di hulu Negeri Sembilan ni, tapi nasib baik lah kot, sebab kalau tak mungkin aku pun tak menjadi sebegini sekarang. Maybe masih freehair, masih berpakaian 'pelik' lagi. Haih, entah lah. Daripada bertudung litup, separuh tuuuutt, punk rockers and emo, you name it, semua ada di situ. Pakej lengkap. Ada yang memang stylo. Woah. Niicee. ;)

Hurm. Aku pun harap aku akan dapat jadi lebih stylo instead of aku punya usual jeans, t-shirt & tudung image dulu. Aku tak nak jadi Syu yang dulu balik, biarlah sekarang, Syu yang berlainan sikit daripada dulu, namun lebih happy and stabil :)

Destinasi Ketiga: Alamanda Putrajaya.
Selepas puas sesi bergambar di Pavilion, kitorang pun gerak ke alamanda and lepak2 sementara menunggu wayang pukul 12.45 a.m. tu. Pergh! Gilaa mengantuk! aku pun tak tahu lah macam mana aku and ayah boleh agree dengan wayang tengah2 malam gilaa tu. Nasib baik ada laptop, so ber-online~ actually, yang part tu parents aku. Aku pula bersms kejap dengan doraemon sebelum dia terbabas berlanggar mimpi. Haha. Then, aku pergi merayap beli nescafe pula. Seriously perlukan caffeine. Beli coke sekali. Minum tak beringat langsung. And tak boleh blahh, ayah boleh tersedak minum air cincau dia sampai tersembur dekat orang. Tak senonoh punya ayah. Hahaha. XD

Then, aku and ayah tinggalkan mak aku untuk jalan2 kat tempat bowling. Ingat nak main, macam nak rak aku pujuk ayah, last2 penuh pula. Tak boleh ank tunggu pula tu, sebab takut terbabas sampai wayang start nanti. So kitorang pergi main Arcade Game. Main Police Gunz dengan ayah, tension aku 2nd round dah kalah. Grr. Ajak main Table Hockey dengan Slam Dunk ayah tak nak, game car race pun dia cakap game yang kat situ tak tak best, so last2 kitoang habiskan token tu dekat Star Wars. Tersalah pilih level 'hard'. Mati kutu main. Hahaha. XD

Then lepak dekat bowling. Tengok orang main. Lama juga lah. Sampai ibu datang bebelbebel. Then wayang start. Best best best cerita tu! Senak perut aku gelak! Hahaha. Jalan cerita dia pun menarik, ada ala2 Disney punya old Mickey story. (Memang lah, cerita tu pun memang under Waly Disney's Production). Apa2 pun bagi yang belum tengok, and berminat cerita fiction, sila lah rajin2 kan tengok cerita ni ye? :)

The Sorcerer's Apprentice
The film is 'bout a shy,nerdy physics student named Dave, who has the hots for a girl named Becky (since elementary school); until his life gets turned around when he meets a sorcerer named Balthazar Blake, who he had learned from that he's the Prime Merlinian: The successor of Merlin. And then, he becomes Blake's apprentice to prepare to face the evil Morgana Le Fey. But, he keeps screwing up pretending to be something he's not while ignoring what he is; also the matter of his love-life. Will they (Dave and Blake) be ready?

Balik pukul 3,4 pagi. Sleepy! Tak cukup tidur! Tadi masa tusyen pun ting tong gilaa. Cikgu Azizul pun nasib baik sporting aje, haha. Thanks cikgu! *Balik tadi borak2 dengan cikgu, hahaa.

That's all, and byebye :)


Saturday, July 24, 2010

Sekian Lama

*takde kena mengena pun. XP

Holla! Lama tak update! Cukup susah nak online sekarang. Study study. Haih, sejak bila kau jadi nerd pulak ni Syu? Haha. Whatever lah. XD Aku dengan amat2 berpuas hatinya akhirnya berjaya juga tukar layout blog aku! Wakaka, penuh dengan makanan, yumm yumm. Moga2 korang pun terasa rambang mata juga (macam aku) bila tengok layout cake, chocolate and makanan2 ni. Hahaha.

Hari Isnin, aku dan kawan baik sekelas aku dianugerahkan gelaran "Tokoh Sejarah" oleh Puan Mazilah. Wahwah, hebat tak kami? Walaupun sebenarnya, terpesong sungguh dengan maksud sebenar gelaran tu. Bagi budak2 kelas 4E, tahu2 aje lah. Hahaha, malas nak elaborate panjang2. Hari Selasa, lepak2 kat Library time relief Tasawwur. Gelak2 dengan the guys membantai orang kutuk kaw2 punyaa. Haha. And takpe Syafikal, aku terima lah jugak kau cakap, muka aku masa mula2 kenal dulu sombong dan menakutkan. Haha.

Time hari Rabu, best jugak. Recess, lepak2 dengan ustazah Zawiah and the gang. Sesuatu tentang perbualan tu buat hati aku tenang sikit. Enjoy. Balik lambat sebab lepak2 dengan Doraemon. Hee. Sebab hari Jumaat tak boleh lepak sama2 lepas habis sekolah, dia nak pergi cuti2 Malaysia. Haha. Pergh. Gilaa mengantok. Semalaman tak tidur. Entah kenapa aku tak boleh tidur je sepanjang minggu ni. Insomnia? Ya Allah, mintak dijauhkan lah. :)

Pengumuman penting hari Khamis: Pelajar2 tingkatan peralihan, 1,2, 4 & 6Rendah kena ambil bahagian pertandingan lagu Patriotik sempena bulan kemerdekaan! Woo~ aku bagi cadangan budak2 4E nyanyi chorus dengan Ajim nyanyi solo, biar ranap stage. Haha. Hari Jumaat pulak, biasa2 aje. PJ memang best lah. Haha. Tak pasal2 team kitorang dapat banyak mata. Wee~ BI relief lagi. Oral tak payah buat dulu, and kitorang pun tak perlu buat2 baik skema dalam kelas sebab takut cikgu2 bidang bahasa yang buat inspection. Haha.

And my ohh my. Adik aku dah semakin dewasa rupanya ye. Haha. Tak sangka dia punya lah kalut gilaa bila bercerita dengan aku pasal masalah dia and orang yang dia secretly admire tu. Something about takut girl tu tersalah anggap pasal something. Haha. Relax, lil' bro. And good luck with your lady and PMR tu jangan lah buat2 lupa pulak!

Semalam sebelum tidur. Sms2 dengan Si Doraemon. Tiba2 dia tanya ingat tak esok (hari ni) hari apa. Aku yang sememangnya selalu terlupa tarikh harian ni agak hairan bin kepelikan. Setelah tanya punya tanya, rupanya 24 hb, tarikh anniversary. Setahun setengah sudah rupanya aku dengan Doraemon kesayangan ni. Terasa macam sekejap sangat. Kesian si doraemon tu awek dia boleh lupa pula. Tau lah tarikh 24 hb tu anniversary kita, tapi tak ingat lah pulak semalam time kita sms2 tu 23 hb. Ting tong lah kejap. Sorry ye.

Apa2 pun, sempena hubungan yang selama setahun setengah ni, nak cakap, ilysm. Simple, tapi mesti you faham kan bie. mwahx. :)

That's all, tata~


Sunday, July 18, 2010

Di atas Normal.

Semalam setelah sekian lama menelan ubat2 and kesakitan yang macam pinball dalam kepala ni, akhirnya aku pergi ke klinik. Hahaha. Doktor tu cakap aku pitam sebab saluran darah menyempit. Hahaha. Pemakanan tak betul lagi. Hurm. Kebanyakkan penyakit aku semuanya membawa kepada punca pemakanan. Adoh. Macam mana ni. Ish2. Baru je rancang nak diet. Tapi memang padan muka pun. Diet cara salah, sayur tu macam racun bagi budak degil si nurulsyuhadasulaiman ni. Haha. Tengok lah nanti. Mungkin aku akan try nak makan sayur. Doa2 kan lah ye. XD

Semalam masa jumpa doktor tu ada eksiden. Dekat2 klinik kuarters KLIA tu. Mamat motor tu dengarnya patah kaki and macam dah nak pengsan masa tu. Kesian. Ngeri pun ada. Macam boleh bayang aje macam mana dia boleh eksiden. Harap2 lah dia selamat. Kepada para pemandu yang lain pun, sila lah berhati-hati di jalan raya. Jangan bawa kenderaan macam pelesit, takut bukan hantu yang melayang, nyawa anda pulak yang terbang.

PS, aku sayang wan amirul hafiz lah. *tiba2 je menggedik lak. haha. :)


Saturday, July 17, 2010

Heartbeat


can you feel my heartbeat.


Speak.

Lama tak update blog. FB pun lama tak online. Rasa macam aku missed out a lot. Huhu. But then again, mana ada orang peduli pun kau ada atau tak kan Syu? Haha. Whatever. Jangan syok sendiri lah. Hee. Minggu ni, haih. Rasa macam serba tak kena sangat. Hari Isnin, aku tak berapa okay kot. Selasa, aku Bad Mood gila sebab pagi2 dah kena tahan sebab lambat, bebel2 dengan orang tua mata empat (Ah Tan) tu. PS Mood aku jangan dirosakkan awal2 pagi, car nahas namanya nanti. Hari Rabu, biasa2 aje. Ada pameran Sains sempena minggu sains & matematik. Aku menyibuk aje dekat pameran tu, aku tak kena bertugas ke apa pun. Aku menang bet dengan Kay, lawan parkinson test. Haha. And dia tak datang, so it adds up yang tak bestnya pada hari tersebut. Hari Khamis pula..... track record guys, Syu pitam lagi. Haha. Dekat dalam bilik stor. Kesian Gwen. Tiap2 kali aku pengsan, dia yang terkena, terkejut gilaa dia. Sorry yaw. Baru nak cakap dengan aku kejap dekat bilik stor dah nampak aku terkulai dekat lantai, mana tak cuak. Haha. Then lepas aku dah sedar sikit, baru bawa aku pergi bilik guru, and then En. Sulaiman datang macam superman, bawa aku balik. Dengar dia bebel2 kat aku sebab aku tak bagi Gwen bagitau dia aku tak sihat. Haih, takda mood, tak larat sangat nak lawan fikiran bukan2 dia, jadi aku buat dunno aje. Opah keluar wad, so pergi KL. Sihat dah nampak opah. And baru aku tau Opah ada parkinson. Patutlah tangan dia selalu menggigil. Hari Jumaat, best la sikit. 2 masa belajar, relief yang boring, ceramah gilaa gilaa, and then lepak dengan dia. *ily baby. Hee. NAk jugak date walaupun dalam kepala sakitnya rasa macam pinball. Haha. Buat sementara ni aku just bertahan dengan ubat tahan sakit. tak check dengan doktor pun. maybe migrain. Tapi so far ubat2 yang aku makan ni takda apa2 effect pun. ergh. Entah lah. No comment.

That's all kot. Byebye.

*kenapa aku rasa diorang lebih kepada rupa couple dari aku dengan dia eh.


Friday, July 9, 2010

Panjang Ceritanya.

Pameran buku. Syu tau tengok bahagian komik je. Haha.

Wednesday.
Perjumpaan 3 Penjuru! Haih! Berdebar menunggu detik2 tersebut. Tak senang duduk dibuatnya. Kelas pun tak bersemangat jadinya. Haha. And aku cari nahas gila pulak tu pagi tu time PJ, sakit belakang, tapi buat jugak ujian SEGAK. Tekan tubi 30 kali/minit and Jangkauan melunjur 24cm. Wahwah, okay lah kan? And kena marah dengan cikgu, penambah perisa! Pergh! Memang best. Haha. Then time ambil report card. Cikgu Azlan cakap dengan ayah aku selalu makan dalam kelas. Hoho. Ayah tau tu. Dah lah cikgu tak adil, dengan ayah Gwen dia tak cakap pulak Gwen dengan aku makanmakanmakan dalam kelas. Haha. Ayah baik punya sembang dengan cikgu Add Maths and Physics aku sampai 1/2 jam. Haih. keputusan menurun, blablabla, sakit telinga, bebelbebel... Boleh bayangkan bagaimana situasinya kan. Ergh, nak marah, nangis pun ada. Malam tu, pergi Jusco, ada lah pula Pameran Buku NS. Masa ni lah pula nak buatnya, ayah dah psycho aku beli buku contoh soalan SPM? What? Aku tak faham yang baru ni, macam mana nak peningkan lagi aku dengan contoh SPM. Bila aku taknak, dia cakap aku tak ada usaha. Okay. Seriously. Bengang gilaa. So aku merajuk kat dalam kedai Popular. Haih. >.<

Jalanjalan yaww. Haha.

Ice-Cream~ Ice Room, wee~ :)

Menuu! Haha. XD

Thursday.
Masuk sekolah dengan DIA. Hee. Happyhappy :) Then, Tasawwur! Best gilaa lah belajar dengan ustaz! Haha, lagi best dari belajar dengan ustazah Azira, woo~ Haha. Hari tersebut memang gilagila yaww. Haha. kelas BM terbaikk! Syair Siti Sianah menjadi Syair blueblue. Haha. Cikgu pun gila punya cakap main lepas je. Haha. Merahmerah muka semua. haha. And cikgu ajar tatatertib wanita, haha. Err, tak sangka kami ni semua terlebih sopan ye wanita2 4E? Haha. And then PENGUMUMAN! Wai tak ada kat sekolah 2 minggu! Woo~ So nanti Gwen yang akan jaga kelas, sebagai pengganti Wai. Jadi hari tu Wai memekak bebelbebel dengan Gwen suruh jaga kelas elok2, jangan bila dia balik nanti kelas jadi ranap. Haha. Kalau boleh agaknya, Wai nak call kitorang dari kem JPA tu kot, tanya macam mana keadaan kelas nanti. Huhu. Tunggu Gwen and Wai bertekak pasal decoration pintu sampai aku dah nak terkucil, haha, so aku paksa Gwen teman aku pergi tandas, entah apa gila aku hari tu, aku sangkut Pas Keluar sebesar muka Gwen tu dekat leher, gila nerd. Haha. Orang pun pandang2 je. Haha. Bodoh tau. Hee. Balik tu pulak, merayap! Yeah, pergi Giant Nilai beli bahan2 B.B.Q.! Then sesat ke Ice Room! Yumm Yumm sedap, walaupun banyak gila ice-cream tu, tak habis. Haha. And aku pun tak exactly minat makan ice-cream, just masa2 tertentu aje. Huhu, hari yang best!

Cool Ice, haha. XD

Friday.
Pagi2 ada penyampaian hadiah. Azim dapat hadiah! Haha. Gila kembang singa tu! Haha. Boringboring, then kelas Chemistry memekak dengan PINGU and MISS WORLD 4E. Haha, agak2 boleh teka tak siapa? Haha. Then BM, pingu kena bahan sebab menjinjit hadiah (buku aje rupanya, cehh, aku dengan Gwen baru ingat nak poww ), cikgu pun punya lah berseri muka dapat hadiah hari ni. Haha. The BI relief~ Yeah! Happynya kelas 4E teacher takda ( semua tak ready nak buat oral ). Menggunakan kesempatan tersebut untuk hang dengan Doraemon. Hee. Then PJ, aku kena bahan dengan cikgu PJ budak lelaki (Cikgu Fazlee eh nama dia?), sebab aku duduk tepi pintu. Adoh, suka hati saya lah cikgu, haha. Dia cakap aku sakit lah, kena sampuk lah, haha, nasib budak2 perempuan backup kan aku. Huhu. Balik, lepak dengan dia kat Mydin, jumpa Gwen, Wai and Jee Teng tengah shopping ( PS kitorang jumpa diorang tengah shopping kat tempat pemanas air, Gwen cakap nak masak Maggie dalam kelas ). Sampai dia pergi solat Jumaat. Then sambung lepak, jumpa Nadziratul Husna! Aku rindu kau gilaa lah keding! ;) Saja nak masuk kelas Biologi lambat2, tapi rupanya cikgu memang dah lambat! Haha. Kelas sikit aje orang, tapi best! Haha. Sekali lagi, PINGU and MISS WORLD kena bahan dengan aku. Wee~ Haha. Habis kelas lebih awal, then lepak dengan Doraemon lagi sampai Mama Gwen datang. :)

tukang BBQ. :)

terbaikk woo. XD

Friday V2: BBQ Nite.
Barbeque! Sempena Birthday Auntie Abby jiran sebelah rumah. Haha. Tengah siap2, then ayah bagi idea: " Ajak lah Apiz. Dengan Ajim and Nat sekali." Ditambah dengan ibu:" Ajak lah Ain datang." So by pukul 8 lebih, aku dengan Ayah pun keluar rumah untuk menjemput para2 VIP aku ni. Haha. Berhimpit 1 kereta, depan: Ayah, Ajim ("Ajim besar duduk depan."), and kat belakang, Ain meriba adik dia Dekya, Nat tengah2 lagi macam biasa, Apiz and aku. Wahwah. Memang macam tin sardin. Haha. Leganya bila sampai. Bau ayam tengah bakar, yumm yumm. Ajim datang2 terus sapu. Haha. Nat disalah anggap sebagai lelaki mana tah, menurut mak aku. Haha. Sesi bergambar, makan tak beringat wey. Haha. Ajim, er, 4 pinggan kan? Haha. Memang gempak. Lepas makan lepak dekat taman, (PS Ain kakak tak guna tinggalkan adik dia, lepas tu lepak dengan kitorang ) main buaian sampai nak tercampak. Haha. And ada orang tu, lonerz sebab sms dengan bini, last2 habis bateri, pinjam phone dengan Nat. Kan Ajim? Haha. Dah lah takut main buaian rupanya. Haha. Aku dengan Apiz lak, er, hehe. Sempat lagi kot bersayang-sayang kat situ. Mak aku yang datang menerjah baik punya kutuk. Ish ish. Gedebak gedebuk sampai pukul 10 lebih kot, then pergi hantar diorang balik. Senyap sikit kot berbanding masa datang tadi, sebab semua dah mengantok, macam ular sawa. Haha. Hantar Ain & Dekya, then Nat, and lastly kembar 2 orang tu. Hee. Best gila, entah kenapa harap hari tu dapat berpanjangan sikit. Hee, Tapi takpe lah, kami semua enjoy! Haha. XD

Doraemon & Panda, makan time~ ;)

erk, caption baju salah tunjuk orang. Sorry El. ;)

"Bulat tak perut aku? Gilaa kenyang bhayy. Nak tido rasa."

Anak toyol, umur 6 tahun.

Naik buaian pun nak bajet lagi. XD
Gambar mahal Ain & Dekya. :)

Waktu balikk! Dah kenyang, balik terjah katil pulakk. XD

That's all. Sorry cerita agak panjang. Haha. Adios! :)


Tuesday, July 6, 2010

Alkisah laa kot.

Semalam boring macam biasa. Haih, aku benci hari Isnin dan Selasa. Sebab? Banyak sangat kelas! Tension lah! Hish. Dah lah semalam gloomy gila. Gwen bad mood pasal buah hati dia a.k.a. Super Junior tu. Time rehat Ain pulak menangis sebab hal boyfiee dia yang menyampah tu. Haih. The only person yang paling ceria antara 4 sekawan ni Len aje. And dia mana pernah down pun. Adoh.

And to say, dia pun tak datang. Nak tanya Azim, PINGU tu memang nampak sangat tak tau. Haih. Biasa lah tu. Dah lah kantoi time kelas duduk sebelah awek. Haha. Bak kata Gwen, 'caterpillar naik daun!". Haha. And Wai ada bawa stock makanan semalam! Woo~~ Best gila semua orang mentedarah chocolate dalam kelas sampai cikgu BM bising! Haha. 4E terbaik yaww. Nama aje budak kelas sains, Tapi semua perangai tak menepati cita rasa cijgu2 sekolah DMS ni. Haha. Betul tak??

And hari ni punya story. Aku tak pergi sekolah lagi. Sebab aku rasa tak sihat, lemah sangat rasa badan aku ni. And sekarang pun, belakang aku sakit gilaa! Rasa macam kena cucuk2 je! Arghh! Apahal lah pulak ni???


Sunday, July 4, 2010

Germany :)

Ole ole ole ole~ Ole~ Ole~
Germany menang lawan Argentina~
Oyeah~ yeah yeah~ Hahaha.

GERMANY 4-0 ARGENTINA

*apiz tension time aku sms sambil tengok bola dengan dia malam tadi. Haha. XD


Saturday, July 3, 2010

Cinta Tiga Segi. Haha.


Video kucing serious lawak gilagila. Haha. pecah perut bhayy. Haha. XD



Friday, July 2, 2010

Addition ;P

erk, terlupa pulak nak cerita tadi. Ayah shopping kasut hari rabu haritu. Kasut dia dah rabak. And ibu pulak sempat lagi pau kasut dengan ayah. Haha. Jom tengok gambar! Haha. *Sorry agak syok sendiri -__-''

nak jalanjalan~

cepat lah ibu, tak sabar nak keluar dah ni...

er, aku tolong bawak je.

Sakura in Jusco :)

Shopping couple :)



Rabu, Khamis and Jumaat :)

Hari Rabu: PJ bestbest walaupun aku suck time serve bola tampar. Haha. And lepas PJ makan2 sempena hari koperasi! Yeah! Tapi gila cekik darah, nasi goreng seciput RM 1.20. Berkira? Ya kot, sebab rasa tak berbaloi sangat makan 3 suap dah harga macam tu. Haha. Dah lah air tawar gila. Adoi. Kira halal je lah kan. Isu hangat di kelas 4E! Wai jual snek yang kitorang menang untuk kebersihan kelas sepanjang semester 1! Haha, wa salute lu lah Wai, along 4E, terbaik punyaa! :)

Hari Khamis bosanbosan. Haha. Paling tak boleh blah time Physics and B.I., kantoi tengah makan dengan cikgu! Haha. Time add maths, semua memang dah takda mood nak belajar sebab penat gila, so masuk tak masuk je apa cikgu ajar. Aku, Gwen and Tan Juin Shuih berborak sakan dekat belakang. Yang terhebat Pok, Hong and Lo, keluar pergi makan kat kedai cina tu. Bila balik kelas dah lencun dek hujan. Haha. And Nat! Ada hati kau ajak Apiz ponteng pergi karaoke! Blekk. Haha. :P

Hari ini. Jengjengjeng.Pagi2 PJ, aku serve tak lepas lah wey. Haha. Budak perempuan melayu 4E aku seorang aje datang woi! Elma, Jijah, Aissyah! Sampai hati korang tinggalkan aku. Wakaka. urgh, dah lah tiba2 sakit perut! Makan banyak sangat junk food punya pasal. haha. Lepas sekolah pulak pergi latihan Choral Speaking. And gwen pulak pergi lepak rumah len. So dapat lepak2 dengan dia. haha. And addition seorang lagi Ain anak Pandan. Haha. Minah psycho gila. Stress Apiz dengan perangai dia. Haha. Pecah perut gelakkan diorang berdua. Adoy. Bila kitorang pergi rumah Len takut pulak dengan anjing dekat situ, so blah pergi lepak kat taman. Ain, sumpah cakap, kau memang macam beruk dah! Haha. Then baru sekejap lepak, Gwen dah nak pergi sekolah balik, mak dia dah sampai. Haha. Penat berjalan sey. XD

Kesian dia terpaksa teman kitorang jalan ulang alik. Haha. Thanks bie. :)
That's all kot, and byebye :)