Sunday, April 18, 2010

...

1stly, Takziah atas pemergian Allahyarham Achik Spin.

2ndly. Ergh. aku agak bengang. Tapi tak lah kronik. Tadi lepas tusyen, cikgu Azizul cakap nak jumpa aku personally kejap. Ada hal. So aku pun pergi lah. Rupa2nya dia nak cakap tentang beberapa cerita yang dia dengar cikgu2 cakap dekat bilik guru.

Aduh. Nama aku naik dekat bilik guru. Bukannya aku kisah sangat pun benda kecik macam tu. Tapi aku rimas sebab kalau nama naik dekat bilik guru maksudnya segala perihal aku akan dipertikaikan. Faham2 lah kan. Result aku, Class attitude, pergaulan aku, even benda yang diorang tak sepatutnya ambil tahu.

So ada lah yang dibincangkan tadi. Apa yang cikgu2 tu cakap. Tahu tak, semuanya tak berasas.
So macam ni, aku akan explain.
Result aku menurun sebab aku tengah try nak adapt form 4 punya format, and akan ambil masa. Aku bukan genius ok. I'm trying my best.

Class attitude aku normal. Aku dengar apabila aku perlu mendengar. Aku tak bangkang cakap cikgu, and kerja sekolah aku walaupun agak tunggang langgang dengan mistakes and whatsoever, tapi siap, ok? Takda apa yang cikgu2 semua perlu risaukan.

Pergaulan saya dengan semua orang. Saya berkawan dengan semua orang, tak kira kaum, agama, umur, ataupun tahap IQ. Saya bukan prejudis. And saya tahu batas pergaulan saya. Saya masih ada pegangan agama and saya tahu baik buruk. Saya takkan terburu2 buat tindakan yang bodoh dan merugikan.

Dan walaupun riak muka saya boleh dibaca, tapi saya tak mencanang ke hulu hilir tentang masalah saya dan buat malu orang. Saya pendam segala2nya, and saya hanya meluahkannya apabila hati saya tak mampu lagi nak tampung semua itu. Dan hanya akan diluahkannya kepada orang2 yang saya sayang seperti keluarga, kawan2 ataupun boyfriend saya.

Tentang boyfriend saya? Parents saya tak kisah asalkan ia tak mengganggu pelajaran saya. Sedangkan mereka takda bantahan, kenapa cikgu yang perlu pertikaikan dan mencanangkan dalam bilik guru tu? Maruah saya tergugat, tapi maaf cikgu. Saya tak mudah mengaku kalah. Saya nak pertahanlkan hak saya, dan apa yang saya rasa betul.

Saya ada cara saya sendiri. Saya ada inisiatif saya sendiri. Saya tahu bila saya belajar, and bila masa saya boleh enjoy.

SALAHKAH SAYA?

Saya hanya manusia biasa.

2 comments:

.Y.Yunie. said...

Yeah2 , betul tu . Aku tabik same kao weyh ! ;) Haha .

Syu said...

elma; haha, tq! :)