Friday, April 30, 2010

-_-

Pelbagai cerita, namun tak mampu aku coretkan semua.
Aku sedang mengalami minggu yang tidak menyenangkan.
Adik, kenapa kau macam ni? Jangan sempitkan pemikiran kau boleh?
Dunia ini penuh nikmat, perlukah kau berputus asa sedangkan kau belum puas melihat dunia?
Tiada faedahnya mengakhiri segalanya.
Aku cuma harap kau sedar.
Tahniah, Wan Amirul Hafiz, atas kelahiran adik perempuan yang baru.
Aku tumpang gembira. :)
And maaf semua. Mungkin salahku yang tidak berterus terang.
Tetapi kedua-dua mental dan fizikal aku adalah seorang perempuan.
Hanya kerana aku berperangai seperti lelaki tidak bermakna aku harus dilayan seperti lelaki.
Maaf, Nurul Syuhada bukan 'Syu' yang dulu.
Hari ini berlaku pergaduhan antara aku dan sahabat aku.
Aku kehilangan Diary aku yang berharga.
Ditambah dengan masalah yang biarlah rahsia.
Haih. Hanya sabar yang mampu menenagkan semua.

Saturday, April 24, 2010

Reunion

actually reunion tu langsung takda kena mengena pun dengan aku.
But aku just sekadar teman mak aku pergi reunion MAS airport subang ticket counter staffs reunion. nasib baik ramai jugak orang2 yang aku kenal. kalau tak mati kutu aku dekat situ. -_-''
so sekarang tengah siap2. yeah, tak sabar. nanti aku akan try upload gambar2 kat reunion tu nanti. so byebye for now. :)


Friday, April 23, 2010

Sambungan...

yeah, hari ni pagi2 aku datang lewat. Grr. bencinya. kena duduk macam tunggul dekat dalam enis court tu. sah membangang. nasib baik ada Ah Sim (aku tak tau full name dia) melawak bodoh2 dengan Tan Ke Er. Haha. Hiburan sementara. Baik jugak ye dia ni. perangai dia ada macam Lui Shun ken sikit. -__-''

And then cikgu tu suruh kitorang duduk dekat perhimpunan, tengok penutup bulan kemanusiaan. Padahal hujan dah renyai2 ni. Murid2 pun dah bising. Takda siapa nak dengar dah nyanyian tu walaupun sedap gila suara mamat form 5 tu. haha. so akhirnya cikgu pun bebaskanlah kami semua since diorang sendiri pun dah sibuk pergi beralih kerusi ke bawaah bumbung2 berdekatan.

then, kat kelas. menikmati hujan. haha. sempat main2 and sembang2 dulu sebelum cikgu masuk. Azim, aku benci kau. grr. hari ni aku asyik dibuli aje. Apiz, Nat, Gwen. Haihh. Nasib diorang tu berpangkat tinggi, lesbo partners and laki(? gila gedik miang hahah) . kalau tak dah kena flying kick dah. XP

physics relief wei. happy betul 4Elit minggu ni sebab ada banyak relief sepanjang minggu. mwahaha. kebebasan. :) aku dengan gwen sebenarnya nak cilok turun pergi kantin waktu relief tu, tapi cikgu lelaki baru yang aku tak ambik peduli pun namanya tu sampai awal sangat, tak dapat nak keluar. huhu. rehat. aku makan sikit aje. takda selera. haha. then lepak2 dengan Maisarah. haha. adik angkat tersayang. :)

then masuk kelas balik. lepak dengan doraemon kejap. huhu. kejam tau dia. dah lah aku takda backup. jadi dia agak bermaharajalela mengambil kesempatan ni untuk buli aku. :(

time B.I., Nat mintak pinjam phone. emergency katanya. so sebagai kawan yang baik (b******), aku pun pinjamkan aje tanpa banyak tanya. waktu balik, dia pulangkan dekat aku balik. sibuk2 cakap pasal gambar. gambar awek ***** yang dia tolong cover2 daripada ***** menggunakan phone aku. Haha. sorry. hal diorang. aku taknak masuk campur, nama2 tu biarlah rahsia. sambil2 tu, nat punya tangan menggelinjang miang gatal pergi tengok aku punya gambar2 sekali. bengong. tengok gambar2 freehair pulak tu. dia tengok sorang2 aje tak pa jugak. ni dah lah budak2 laki tu ternampak. aduhai. teruk lah. tak suka gila. :(

but anyway, thanks atas panggilan 'budak korea' tu? walaupun agak pelik bagi aku. -___- ''

tadi pulak, pergi terminal 1 kan. aku beli buku rujukan aje. P.I. and karangan B.M. kecewa gila dengan markah B.M. aku sekarang. ;( nak beli spect, tapi tak sempat. hurmm. agak frust, tapi takpa lah aku sabar menanti. duit mak aku, bukan aku. so tak boleh lah nak bising2 kan. haha.

ok lah. that's all. byebye all. :)

Today :)

Hari ni best sangatsangat. Hahaha. Tapi sorry, nanti aku cerita okay?
Nak siap2 pergi Terminal 1. Shopping baju, buku and Spects baru!! Mwahaha.
Nak frame warna apa eh? PINK kot? Hahaha. Tengok lah yang mana sesuai dengan muka budak gila ni. Hee. :)
byebyebye! See you later! :)


Thursday, April 22, 2010

Cerialah ;)

Hari ni hari yang best buat aku. Haha. Senyuman yang tak lekang sejak pagi tadi. :)
Hari ni sampai2 sekolah ada pelangi. Somehow, it made my day. Rasa macam tenang, sejuk aje hati melihat kekuasaan illahi. :)
And so on, perhimpunan pagi tadi kejap aje. So balik kelas, and aku ternampak-- DIA. Orang yang aku seminggu tak jumpa! Wan Amirul Hafiz, a.k.a. Doraemon. Haha. rindu jugak kau dekat dia ye Syu? Yeah, I do. Happy happy. :)

Then kelaskelas yang berjalan seperti biasa. Huhu. Tapi hari ni 2 budak yang aku selalu buuli, Azim and Nabil tak datang. Nabil mungkin sebab tak sihat kot, tapi Azim aku tau dia tak nak datang sebab tak siap PEKA Biology. Hahaha. mengelat gila kau. Pemalas. XP

Rehat tadi aku sempat jumpa dia sekejap aje. Huhu. Nevermind lah. Aku akan try tunggu kat bawah pokok lepas balik nanti. :) Time rehat aku lepak2 kejap dengan Dyla and Nabilah. Saja2 jumpa kawan2 merata-rata. Dyla kasi name tag dia dekat aku. Haha. Saja aku mintak untuk collection. Kek coklat, thanks sayang! :) And Maisarah kasi aku 1 kertas hari ni. Bertulis nama aku dalam tulisan berangkai yang cantik! Agak pelik, tapi dia cakap bukan dia yang tulis. Tak tahu lah, but thanks Mai sayang! :)

Blablabla, kelaskelas. Tasawwur relief! Flyaway~ aku dengan Nat plus Aissyah malas nak duduk kat sekolah, so kitorang keluar dari kawasan sekolah dengan bangganya walaupun belum sampai waktu balik form 4. Hahaha. Nasib lah. Aissyah risau gila, tapi aku pulak selamba badak aje. Walaupun 1st time. Hahaha. Baik gila kan aku. :)

Minum2 dekat Al-Faisal. Gila2 dengan nat and Aissyah seelum di-join oleh Anis and Elma. membingit Anis cakap si Doraemon tu cari aku. Haha. Berbunga hati ni. Gedik. So aku pun chaww and pergi dekat tempat date wajib tu, bawah pokok. Sempat jumpa Ain kejap kot. berita tergempar. Tapi biarlah dirahsiakan. Cerita yang hanya milik dia. Tapi aku angin betul tengok dia punya tangan ada bekas2 parut tu. Sia2 aje dia kena lempang dengan aku tadi. Sorry Ain. Tapi aku tak nak kau dengan dia buat macam ni. ;(

So date2. Happy. Kenapa rasa dia macam dah tinggi? tak puas hati betul. And seronoknya dia menyakat aku hari ni. Ergh. Takpa bie, bagi peluang ni tau. Azim! Sampai hati kau bagitau dia aku nangis! Tengok, dia suka hati gila. Malu siot. Tak aci betul macam ni. Huhu. XP

And that's all. Tata. :)

Wednesday, April 21, 2010

Minggu Kemanusiaan

Hoho, pagi tadi ada show yaww. Haha.
Mula2 tu show2 yang agak boring aje. Drama 'Aci-aci Buka Pintu', kuiz, science show.
And then yang paling lawak. Haha. Persembahan SPBT.
Hoho, Wai and Vimala, bila korang kahwin? Tak bagi kami kad jemputan pun.
And Vimala kejam! Baling aje baby dia. Haha.
Owi memand serious lembut wei. Padahal dalam skrip tukang cerita tu, dia sepatutnya 'gagah dan perkasa'. Err? -___-''
Then Shun Ken! Serious kitorang mula2 tak kenal pun dia tau. Tapi lepas lama gelak2 tu baru perasan yang itu rupanya Shun Ken! Dengan berbaju kurung, bertudung. Macam cikgu Shadieyla lah. Hahaha. Memang bodoh gila punya drama. menjerit semua orang tengok aksi2 mereka. Huhu. ;P

Hari ni Bio experiment. Bengong lah. Haha. Jakun gila main potong2 kentang. Haha. Tadi aku mengupas kulit kentang. Janggal pulak rasanya bila dah lama tak duduk dapur. Tapi still berjaya okay. Haha. Itu hasil kena dera tiap2 cuti sekolah tolong ibu masak. XP Then, main pisau Wai, potong kentang macam chef lah konon. Hampeh lah. Hahaha. :)

And after that, Physics-relief! Yeah~ Aku, Gwen, Lai Chin and Shu Wei dengan effiecient keluar rehat sebelum waktu, Tapau Nasi Goreng and Kuey Tiaw naik makan dalam kelas. Haha, hebat tak kami. Tapi last2 kena halau jugak dengan kak Owi Li Li. Huhu, kejam. ;(

Then kelas Add Maths, then BM-relief lagi! Yeah~ aku dengan Gwen gembira tak terhingga. Haha. Lagipun aku risau dengan pembentangan komsas tu. Haha. Cikgu XXX masuk. Aku tak tau apa nama dia, tapi budak2 ni selalu panggil dia cikgu lembut. Haha. Wai gunakan kesempatan relief ni untuk kutip hutang. Adeh. Macam2 ragam. Nabil and Vinod dah kena maki. Haha. Macam2 alasan diorang tak nak bayar duit kelas. Dengan Janardhan pulak sampai berkejaran. haha. Aku dengan Gwen dah gelak2 sampai merah muka. :D and agak malu siot, cikgu tu sengih bila dengan aku bebel2 dengan gwen kat belakang kelas dalam bahasa cina. XP
(cikgu ni senyum simpul masa tengok adengan kutip hutang tadi. wei cute jugak bila dia senyum macam tu. hahaha.)

And I guess that's all kot. Oh yeah and I miss him. Hee. Byebye. :)

p/s: Thank you cikgu Shahril sebab sudi menghendap blog yang tak seberapa ni. Haha.

Tuesday, April 20, 2010

Karut

Aku tak tau nak update apa. Tapi tetap rasa nak mengupdate. Haha. Gian gila wei. :)
Tadi time Maths aku baru lepas pergi tandas tu terserempak dengan cikgu Najibah. Lepas tu beliau ajak aku sembang2.
Ergh, lepas tu sembang lah. Panjang lebar. Me-leleh2 air mata. Haiih. Aku ni memang kuat menangis kan. Bencinya. Dulu tahap nangis aku takda lah teruk macam ni. Hoho. Salah Apiz kot. Doraemon tu selalu manjakan aku macam mana Doraemon versi anime manjakan Nobita. Haha.
Agak lega lepas meluahkan segalanya dan mampu melalak tanpa segan silu masa tengah sembang tu. balik kelas, mata aku bengkak and merah. haha. Thanks ajim, yang selalu jadi first aid dalam apa jua keadaan. Haih, macam mana lah aku kalau korang takda ye. :)
That's all kot. Nanti2 aku akan update lagi. Insyaallah. Sayonara. :)

;)

Oyeah hari ni gila wei.
Hari ni beberapa orang itu meratapi pemergianku. kahkahkah. Bodoh punya ayat.

Actually, aku dah halfway through perancangan nak tukar sekolah.
so hari ni jeng jeng jeng, aku dedahkan secret ni dekat orang2 terpenting tu.
Natalia merajuk dengan aku sepanjang hari ni. Gedik.
Gwen cakap kalau aku pindah dia akan merayu kat mak dia untuk pergi Korea. XD
Azim sama aje dengan Natalia. Huh. korang ni tak memahami betul la.
and then.... Apiz. Aku dengan Azim call Apiz sementara tunggu kelas Maths tadi. Bila bagitau dia, dia diam. Ouhh man. I hate this part.

Tapi jeng jeng jeng. Last2 tak jadi. My mom tak approve last2 minute.
Aku happy la jugak kot. Bila aku tengok kawasan sekolah pagi tadi, terfikir jugak bertapa rindunya aku dekat tempat ni nanti kalau aku tukar sekolah. And koridor tu! Haih, tempat lepak wajib. :)

So, sorry Nas. Tak tercapai impian kita. Takda jodoh kita Nas. Huhu.

And sorry jugak kepada kawan2 aku. Tak sangka sedih jugak korang kalau aku pindah ye. Haha. Sorry buat korang sedih kot hari ni. Aku tak sengaja. Janganlah merajuk lagi. Aku pun sedih jugak. Ingat aku sampai hati ke? Aku sayang korang gilagilagila okay. ;)

Sunday, April 18, 2010

...

1stly, Takziah atas pemergian Allahyarham Achik Spin.

2ndly. Ergh. aku agak bengang. Tapi tak lah kronik. Tadi lepas tusyen, cikgu Azizul cakap nak jumpa aku personally kejap. Ada hal. So aku pun pergi lah. Rupa2nya dia nak cakap tentang beberapa cerita yang dia dengar cikgu2 cakap dekat bilik guru.

Aduh. Nama aku naik dekat bilik guru. Bukannya aku kisah sangat pun benda kecik macam tu. Tapi aku rimas sebab kalau nama naik dekat bilik guru maksudnya segala perihal aku akan dipertikaikan. Faham2 lah kan. Result aku, Class attitude, pergaulan aku, even benda yang diorang tak sepatutnya ambil tahu.

So ada lah yang dibincangkan tadi. Apa yang cikgu2 tu cakap. Tahu tak, semuanya tak berasas.
So macam ni, aku akan explain.
Result aku menurun sebab aku tengah try nak adapt form 4 punya format, and akan ambil masa. Aku bukan genius ok. I'm trying my best.

Class attitude aku normal. Aku dengar apabila aku perlu mendengar. Aku tak bangkang cakap cikgu, and kerja sekolah aku walaupun agak tunggang langgang dengan mistakes and whatsoever, tapi siap, ok? Takda apa yang cikgu2 semua perlu risaukan.

Pergaulan saya dengan semua orang. Saya berkawan dengan semua orang, tak kira kaum, agama, umur, ataupun tahap IQ. Saya bukan prejudis. And saya tahu batas pergaulan saya. Saya masih ada pegangan agama and saya tahu baik buruk. Saya takkan terburu2 buat tindakan yang bodoh dan merugikan.

Dan walaupun riak muka saya boleh dibaca, tapi saya tak mencanang ke hulu hilir tentang masalah saya dan buat malu orang. Saya pendam segala2nya, and saya hanya meluahkannya apabila hati saya tak mampu lagi nak tampung semua itu. Dan hanya akan diluahkannya kepada orang2 yang saya sayang seperti keluarga, kawan2 ataupun boyfriend saya.

Tentang boyfriend saya? Parents saya tak kisah asalkan ia tak mengganggu pelajaran saya. Sedangkan mereka takda bantahan, kenapa cikgu yang perlu pertikaikan dan mencanangkan dalam bilik guru tu? Maruah saya tergugat, tapi maaf cikgu. Saya tak mudah mengaku kalah. Saya nak pertahanlkan hak saya, dan apa yang saya rasa betul.

Saya ada cara saya sendiri. Saya ada inisiatif saya sendiri. Saya tahu bila saya belajar, and bila masa saya boleh enjoy.

SALAHKAH SAYA?

Saya hanya manusia biasa.

Saturday, April 17, 2010

Ergh

Mood seriously foul gila. -__-''
Sabar lah Syu. Everything will be fine.
Time is of the essence.
We'll just have to wait and see, okay.


Gosh

Gosh.
What else could've gone wrong now.

Dear Gemok,
I wish you'll get well soon. And hope you'll be cheerful and happy as you always are. Maybe it's because you're sick. So you tend to be kind of weird? Nevermind. I just hope I can be there for you just like how you're always there for me. :(

Dear lil' Sis,
You need to get up and realise there's more than 1 man in this world. There are many type of weird and nasty people out there, and there's more challenges in life. And what you're dealing with now is nothing to be compared of. I wanted you to be strong. I feel like I wanted to shout all these at your face, but I'm worried on how will you accept it. I may not feel what you're feeling right now, but I understand. I really do. So please don't do stupid things. There are more people who care about you in this world.

p/s: please don't try to guess who.

Thursday, April 8, 2010

Biology, Add Maths and Chemistry(?!)

Gila lah wei.
Biology rasanya boleh improve.
Chemistry menurun-81% jadi 68%.
Additional Mathematics???
Wei budak 4Elit semua macam nak terjun bangunan aje lepas paper add maths tadi.
Gila susah! Sumpah lepas ni aku pergi kelas tambahan cikgu hasbi wei.
Tadi ada macam2 ragam. Kertas kosong, Kertas soalan dikoyak akibat terlalu tension tak dapat jawab. Fuhh.
Krol and Azim peluk2 lepas test. Sebab sama2 fail. sebelum test punya lah berlagak masing2. Sekarang dua2 fail. Haha, terharu wei diorang peluk2 tadi. XD

Aku? Pening2. Tak payah cerita, memang gerenti FAIL. Sedihnya. >.<
Tapi hidup mesti diteruskan. Masih ada jalan. Masih ada masa. Masih ada ruang untuk segalanya. :)

Lepas test, azab kemarahan cikgu Chemistry. Haih. Then ada tasawwur. Tengok cerita aje. Sumpah nak tidur. Tapi tak guna budak2 tu, memekak aje. Wahahah. XD
Balik, lepak2 kejap dengan my honey. Haha. Bie, I.L.Y. =^^=

Ohoho, malam nanti nak pergi makan Secret Recipe! Yeah! Tak sabar. Haha. Ayah gila. Hahah. Gerak orang malam2 buat tengok dia bukak hadiah. Then dia pakai hadiah birthday dia untuk tidur. Aduhai. Ayah, ayah. Melawak aje. :)

p/s: Dulu aku dengar2 yang kursus kepimpinan pengawas tu agak lawak. Haha. Kenapa?



Ini lah dia~ hahaha. XD



That's all. Byebyebye. :D


Wednesday, April 7, 2010

Sorry!

Hoit hoit!
Assalamualaikum.
Sorry guys! Sekarang amat2 busy, and tak dapat nak update blog kesayangan daku ni sebab Wifi kena block! Ni pun guna sekejap aje. Huhu, going to study for Biology, Chemistry and Add Maths now! Byebyebye!

p/s: Happy Birthday En. Sulaiman Yusoff a.k.a. ayah! Semoga berbahagia, panjang umur dan dimurahkan rezeki, I love you! :)

p/s (2): 8th April, the 45th years old celebration? You're getting older daddy'o. XD