Rasa sungguh terkial-kial nak update ni. Penat aku semalam woii. Last rasa penat lelah dulu time SPM tau, haha. Okay fine. So semalam aku telah 'dijemput' ke Majlis Anugerah Kecemerlangan/Karnival Pendidikan/Perasmian Pra-Universiti di SMK Dato Mohd Said yang gah seantero Nilai tu. Itu dulu lah. Time aku ada kat situ dulu memang gah, sekarang disebabkan aku dah graduate (cewahhh!), so dah kurang sikit 'gah' dia tu. Hahahahaha agak2 ayat aku ni macam minta penampar tak? xD
Okay, so Majlis Anugerah tu start pukul 3, tapi penerima hadiah kena daftar nama pukul 2. Tapi aku yang gatal miang takde kerja ni sudah terpacak and tayang2 muka aku yang tak berapa nak cun ni dekat kedai makan depan DMS sejak pukul 7.30 pagi. Ohh WHY Syuhada WHY??? Kenapakah kau sanggup buat perkara gila tersebut???
Antara sebabnya ialah, aku bosan, memang takde kerja nak buat, and yang paling penting, aku nak usyar kawan2 aku yang tersayang tu buat comeback dekat DMS dengan berbaju and tudung sekolah berwarna putih berkain and kasut hitam sebagai pelajar FORM 6, or nama glamournya sekarang, PRA-UNIVERSITI. Tapi korang, terima lah hakikat, bagi otai2 macam kita ni, namanya tetap FORM 6 juga tau; FORM 6! Hahahahahaha (gelak jahat). Konon dulu ramai yang malas dah nak masuk sekolah balik, last2---- tersengih2 juga kau dekat DMS tu balik, haha xD
Daripada muka lepasan SPM, jadi muka pelajar sekolah balik. HAHA xD
Aku punya baju warna coklat, bukan putih okay xD HAHAHA.
Pendaftaran Form 6 mula pukul 8. Tapi Dyla the day before tu SMS dengan aku cakap jumpa depan sekolah pukul 7.30 sebab nak masuk awal untuk daftar. Okay, fineeee. Aku datang awal dengan lagak lenggang kangkungnya sempat lagi beli Nescafe Mocha dekat 7-11 xD Tapi sampai2 aje, lepak2, bercerita sakan and bergelak tawa sambil menunggu para2 VIP (Kakdik and Ellya) yang lambat sampai, last2, pukul 8 lebih baru masuk sekolah dengan lagak yang konon 'GRAND' lah sangat. Dah lah tu, time nak masuk tu, jalan selangkah, borak lama2, then jalan selangkah lagi. Entah lah kalau kitorang terus jalan macam tu bila lah boleh masuk sekolah =___=
Sempat makan lagi. Kesian aku. Kena tipu bulat2 dengan diorang ni semua. 7.30 konon =_=
Kami masuk diiringi oleh senior2 Form 6 yang menjadi penunjuk arah. "Akak, akak, daftar Form 6 kat mana kak? Hah bilik tayang? Bilik tayang dekat mana, tunjukkan lah, kitorang baru dekat sekolah ni~", kata kitorang sambil mengada2 dekat akak2 senior, haha xD Then, after aku, Kakdik and Ellya iring para2 VIP yang masuk Form 6 tu sampai bilik tayang, kitorang pun berlegar2 dalam kawasan sekolah sambil tayang2 muka dekat adik2 junior yang nampak begitu excited dengan kehadiran kitorang, haha. Maaf semua, layankan aje lah entry perasan aku kali ni, masa aku tengah tulis ni aku terasa menggila sikit, harap maklum =_=
Melepak dalam kawasan sekolah sekarang orang dah tak cop ponteng, hehe xD
Gambar diorang time orientasi; sorry, entah kenapa walaupun aku dah rotate dalam phone, gambar ni still jadi macam ni =_=
Syeda and Nabilah.
Woii dengar ceramah orientasi lah woii sibuk gila camera lak korang xD
Masa tengah berborak tu, Apiz datang, and join kitorang sekali. Jangan tanya aku apa2 tentang kemunculan surprise pakcik Apiz tu, hehe ^^ Then kitorang berenam borak aje sampai pukul 12 (kitorang tunggu yang lain habis orientasi Form 6 sebenarnya), then kitorang masuk sekolah balik. And join diorang2 yang baru habis orientasi tu dekat Karnival. Meriah sungguh meriah. Walaupun, panasnya agak menyirap sampai aku kena tekap muka aku kat dinding batu bangunan sebelah tapak perhimpunan tu. Walaupun tak seberapa, tapi sekurang2nya sejuk sikit muka aku yang terasa bagai digoreng dengan bahang panas hari tu. =__= Apa2 pun grand betul DMS tahun ni. Jealous lah mak, time mak ada dekat sekolah dolu2 takde pun diorang nak buat acara besar-besaran macam ni. :(
After a while, Syeda, Auni, Fyra and Nat nak balik. But since aku, Apiz, Ellya, Dyla and Kakdik belum puas hitamkan muka kot, kitorang jalan lagi Karnival tu. I met cikgu2 yang tersayang, my dearest adik angkat Malcolm and ELS gang, and then Bala and Fariha! Aww Imissyouguys! I miss zaman2 kegemilangan kitorang kat ELS <3 Then kitorang meng-kecohkan diri kat "Wall of Fame" kejap, di mana ada satu board dipenuhi dengan gambar2 Debate and Drama ELS tahun 2007-2012 (gambar2 tahun 2008-2011 tu credits daripada penulis blog ni tau! Hehe nak juga bagitau tu xD) terpampang gambar kitorang! Fuhh terasa kembang kempis kejap hidung yang tak berapa nak mancung ni, famous mak hari tu tau <3
Ex-Debaters reminiscing their past glory, Bala and Fariha <3
ELS DEBATE AND DRAMA TEAM ROCKS!
Gambar2 ini boleh juga dilihat di FB Nurul Syuhada Sulaiman. Hehe. Patut ada credits untuk aku tau kat bawah tu. Hahaa xD
Aku dah lama tak buat calligraphy xD Nasib baik still boleh tulis lagi, walaupun tak sebagus dulu (macam dulu bagus sangat? haha).
Pukul 2, parents aku pun sampai, and yang lain pun balik, kecuali aku, Apiz, Kakdik, Dyla and Ellya. Masuk sekolah, daftar, and macam orang gila menunggu majlis dalam keadaan yang teramat lapar, since aku tak makan apa2 since pagi. Then pukul berapa entah, Kakdik and Dyla balik. Apiz and Ellya missing in action. So aku bertegur2 aje lah dengan sesiapa aje yang ada senasib dengan aku. Sampai lah kelibat Faiz and Nabil (the human punching bag) muncul. Then sembang2 dengan diorang sambil merengek bila lah MB nak sampai sebab aku dah lapar tahap gaban! Haha.
Sambil menunggu MB; Faiz sempat tayang gigi. HAHA.
Ex-classmate, Vimala :D
Faiz & Sivananthini, plus, tangan aku. Haha.
Peace ^^V Muka aku di mana2 sahaja. HAHA.
"Lapar... Lapar..."
Thiviya and Vennusha.
Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Kamil.
"Time baca doa pun garang"---- kata Lukhman. And sekaligus menjadikan gambar ni sebagai gambar yang menerima paling banyak kutukan di FB. Tahniah Nurul Syuhada.
Geng Dikir Barat.
Aku yang kepanasan langsung tak tertarik dengan senyuman-iklan-colgate jejaka pujaan malaya. (HAHAHA)
Sopan santun sungguh cara duduk gangster ni.
Hui Shen, Kar Yan and Mei Feng. Memang trademark diorang ambik gambar tutup muka.
Dewan penuh. Fuyoohhh.
Khemah penerima anugerah yang panas.
Focus: Apo lah yang Cikgu Azlan ceria sangat tu? Alolo comel <3 Haha.
Speech daripada MB.
Ayahku yang hilang dijumpai di sini: Depan kipas. Al-Maklum lah panas.
Berpakaian serba putih: Lim Meng Kiat. Berpinar kejap mata tengok dia, terang sangat >_<
"Hi Encik MB" kata aku and ayah aku. KONON. Haha.
Gambar beramai-ramai.
Glamournya, gambar dengan MB. Trololololol xD
1 Malaysia :D
Faiz: " Jealous ni, orang tu dapat salam dengan MB. Cepat lah pusing sini MB, nak salam juga ni. Cepat lah cepat lah."
Pengetua SMK DMS: Pn. Aziza binti Abdul Aziz.
Interview MB kejap.
Satu Singaporean asli, and the other Singaporean celup. Tapi hati 1Malaysia! Kan? :D
Wong Kar Yan macam Form 6. Haha.
The two besties, Kar Yan and Hui Shen.
Senyum simpul ye Faiz, mentang2 dikelilingi bunga2. Haha xD
And balik rumah semalam, aku tak update blog. Penat, malas, and agak busy komen gambar2 daripada Majlis anugerah tu. Yang kat dalam blog aku ni pun gambar2 yang dicuri daripada Faiz and Lukhman. So, photo credits to diorang. Gambar2 lepak2 sebelum Majlis Anugerah tak banyak. Yang ada ni pun credits to Syeda. Huhuu. Ohh and aku dah TERIMA TAWARAN untuk ke Asasi Sains UiTM Puncak Alam and akan mendaftarkan diri pada 2 Jun 2012. So, when June comes; byebye kawan2!
First time tengok: Excitednyaaa! 2nd time: *GULP* Telan air liur xD
Okay, over betul pula aku ni. Baik aku stop sekarang sebelum aku tak boleh berhenti membebel nanti. Nanti korang tak larat pula nak baca, walaupun yang ni pun sebenarnya dah cukup panjang. Hehe. Terima kasih kepada yang sudi membaca ni sampai habis. Baru2 ni aku dapat tau yang blog aku ni rupanya ramai silent follower, terharu! Terima kasih banyak2, walaupun blog aku tak famous, korang sudi juga baca. xD
Sekian sahaja untuk kali ini, bye semuaaa <3
3 comments:
yess ! dah baca smpai abis :D haha . mcm mcm emosi btol ada dlm post ni . taktaw nak ckp apa dah . serious aku sukaa baca . yg paling best nak taw apa ? time part carik ayah kau tgok tgok dpan kipas :D hahaha . untunglaa kan eden tak dtg . hihihi .
Vimala dgn wong kar yan brapa spm diorg? Pernah dlu wny tusyen dgn dorg. haha eh Kak nik amalia pun ada eh? Byk btul tnya haha. Eh btw meriah gila you olss mjlis anugrah korg haha :D
Elma: HAHAHA. tu yg lame bonar nk tulis tuu. nak savour every moment kat dalam blog nih xD hahaha ayah aku terer kan tang camouflage nih xD Nnt aku kena buat blog psl camouflage dia lak, baru blh lawan hits post psl mak aku. hahah xD
Wanyy: Vimala 7A, Kar Yan straight A's :D Wany tusyen ngn diorang dlu katner? And yupp, kak Nik Amalia pun ade :D Hahaaa. Meriahhh sgt; terasa glamour kejap nyahh hari tu. HAHA xD
Post a Comment