Friday, May 4, 2012

Hari marah mak aku.

Title agak mencurigakan? Haha. Yes, semalam hari marah mak aku. Kawan2 aku kenal mak aku sebagai orang yang gila-gila and sporting. Tapi wa cakap sama lu kalau mak wa marah kan boleh kasi kencing la sama lu hahaha.

Al-kisahnya, semalam kitorang pergi Jusco Seremban 2. Tetiba datang rasa nak makan pizza kan. Dari petang dah tune dah dalam kepala kitorang, nak makan pizza nak makan pizza yummy yummy, siap boleh buat lagu lagi xD Kitorang sampai Pizza Hut JJ S2 dalam pukul 8.40 p.m. And start daripada situ lah, tragedy bermula.

Yesterday's attire :) And that's my seluar baru. First time pakai jeans jaded (putih) :D

Lepas touch-up. Tudung aku sakai sikit masa tu =__=

Mula2, waiter tu tak nak bagi kitorang duduk kat meja 6-seaters tu. Katanya sebab kitorang bertiga aje, tak boleh duduk situ. But tengok meja sebelah tu, 2 orang aje, tapi duduk kat meja 6-seater juga, takde masalah besar pun. Tak runtuh pun Pizza Hut tu. So fine, kitorang degil, kitorang pergi duduk juga. Do we care? Janji ada tempat boleh duduk, makan, right?

2nd tragedy, kitorang tunggu punya tunggu punya tunggu, takde waiter pun yang datang ambil order kitorang. Sampai mak aku kena pergi "jemput" seorang waiter daripada cashier tu untuk ambil order kitorang. I'm telling you, jangan sesekali bagi mak aku pergi personally "jemput" waiter datang, memang nahas jawab dia: "Sebab kitorang duduk kat 6-seater, tak nak ambik order kitorang ke???" Hamek kau. Tu baru first part.

Gila camera sebab bosan menunggu.

My mum. Mood tengah baik lagi masa ni.

Okay, fine; so ambik order, and after a while, soup sampai. Tapi sudu tak bagi. Fineeeee, aku ambik sendiri. Then side dishes yang lain sampai. Meatballs, spaghetti... And kitorang tunggu sampai sejam, but pizza tak sampai2. Sampai agak kering lah soup kitorang tunggu. And then apa yang lebih menyakitkan hati, a group of guys yang duduk belakang meja kitorang tu, baru aje sampai, pizza dah ada atas meja!

Chicken soup yang dah sejuk. Muka tension aje makan.

Meroyan akibat tragedy Pizza Hut >_<

Ni aje dinner aku semalam, huhuu.

Bukit salad.

Ini aje untuk dinner T_T

Makan pasta yang tak sedap boleh menaikkan kemarahan seseorang. Harap maklum.

Okay, Pizza Hut, you're done for.

Ayah dah ready nak blah, but jangan harap selagi ibu aku belum bagi final word kat diorang. Mak aku pergi panggil manager diorang kat meja kitorang, and bagi "kaw2" punya, diungkit salah Pizza Hut ni one-by-one:

"Okay, first sekali, kitorang tak dibenarkan duduk kat meja 6-seater, padahal sepatutnya takde masalah pun. Fine, kitorang degil jugak, kitorang duduk. Then kena jemput waiter datang ambik order kitorang. Then tunggu2, pizza tak sampai2. I suruh budak you pergi check pizza kitorang, tapi sampai sudah feedback takde. Sekarang I dah tunggu dekat sejam, pizza langsung takde padahal budak2 meja sana tu baru sampai, dah dapat pizza diorang. Layan customer macam sampah. Apa ni? Kitorang tak layak sangat ke makan kat sini sampai macam tu sekali layan customer awak ni?"

And trust me, dia belum habis marah lagi tu. Baru aje start warm-up tu. Then kitorang pergi bayar. Mak aku sambung kat sana pulak:

"You bagi I nombor boss you, I nak buat complain. Customer service you all teruk. Daripada dulu I datang sampai sekarang, tiap kali datang mesti ada problem. Tau lah budak2 you penat, most of you part-time, kerja penat, gaji pun bukannya besar sangat. Kesian tu kesian lah. Tapi ni pasal makanan awak tau tak, jadi macam ni memang potong selera orang aje. Orang dah tune nak makan pizza, terus tak jadi bila macam ni. (Then at this point, manager tu cakap kat kitorang pizza dah siap, and to make up for the mistakes, kitorang tak payah bayar) Takpe, it's fine; kitorang bayar FULL. Kitorang tak hadap makan free lah. You ambik pizza tu, buat jamu budak2 you makan. Cakap I belanja, sebab service you BAIK sangat. Dari tadi mengemas aje. Sampai customer punya makanan pun tak sempat nak buat."

Customer lain semua dah pandang2, but mak aku peduli apa? Paling tak tahan tu, time tengah nak bayar, masa mak aku membebel2 dekat manager diorang tu, ada another customer nak bayar juga. Dia menyampuk, and cakap: "Betul tu, tadi pizza kitorang sampai pun dah sejuk dah." Fuhh. Backup mak aku pula tu, memang tambah lah api mak aku kan. Kesian pula aku tengok akak manager tu. Dah lah menurut mak aku, time mak aku panggil dia pergi meja kitorang tu, dia tengah makan. Tak pasal2 kena tanggung amukan customer. Aku tengok, masa dia tengah tulis nombor boss dia kat kertas receipt tu, tangan dia menggigil2, muka macam nak nangis.

Lepas tu, mak aku sambung marah pula on the phone kat boss Pizza Hut tu. Aku dengan ayah dah mencanak lari jauh2 daripada suara nyaring yatingah yang tengah berasap tu, haha. Kitorang bengang tu bengang lah juga tapi kalau yatingah start marah kitorang hanya boleh diamkan aje, sebab marah dia aje dah boleh tampung 3 orang punya marah, haha.

Paling tak tahan siap suruh boss tu bagi feedback tentang apa tindakan yang diorang akan ambik hari ni. Fuhh, seram siot. Then, kitorang pergi beli roti and dorayaki (hahaha itu aku punya <3 xD), pekerja tu pun kena marah juga, mula2 sebab pekerja tu asyik sibuk sangat lap rack roti tu sampai jawab soalan kitorang pun macam acuh tak acuh aje, and sebab cashier dia muka macam minta kaki, tak senyum. Kepantangan mak aku, apatah lagi bila dah berangin aje semalam.

Haih. Memang kesian bagi orang2 yang kena hamun dengan mak aku.

Aku simpati, tapi malangnya, memang salah diorang in the first place, jadi lain kali, beringat-ingat lah.

So, moral of the story bagi kawan2 yang bekerja under customer services: Layan lah customer korang dengan baik. Kan naya kalau kena dengan customer macam mak aku? Bayangkan korang sebagai customer, macam ni ke service yang korang nak?

Adios everyone, Assalamualaikum. :)

6 comments:

rhuzzanna@gmail.com said...

Ihahha mmg patut kena sembur dgn mak adda heheh dia keja dgn cust svs pun dah bpuluh tahun . .Bravoooo yati ngah

Syu said...

hahaa. memang salute lah yatingah kan tang sembur2 orang ni. xD

shafiq said...

perghhh , hehe , xnak ah keje kat sana . wakaka .,

Syu said...

haha. seeloknya jgn lah. trauma sampai bila2 nnt. haha xD

Azhwany Anuar said...

Eh kalau wany pun bengang kot. Teruk gila service dia. Eh tabik ah mak syu! Haha

Syu said...

Haha. Tu lah pasal. Kan mak syu dah mengamuk. Seram tauu, kitorang sendiri trauma kalau tengok dia mengamuk, mesti lari dulu xD haha.