Sunday, May 6, 2012

Aku pun nak kahwin juga lah!

Aloha everyone! Today aku rasa macam takde apa nak update sangat, but ada lah satu cerita gembira nak share.

Ex-DMSian, korang kenal tak Chia Ann Ken? Aku tak tau lah dia kelas mana and dia stay kat sekolah kita sampai form berapa, but kalau korang ingat or tak ingat, nasib lah. Al-kisahnya---- Dia kahwin hari ni! Yes, 18 y/o and married! Okay, untuk zaman sekarang, it's probably quite common, not much of a news, but for me, it is BIG news! I can be a very preserved person when it comes to this.

Ramai orang tak tahu, actually Chia Ann Ken ni actually kawan aku time sekolah rendah di SJK (C) Chio Chiao, Salak (2004-2006). But after naik form 1, kitorang terus lost contact. Even lepas dia pindah DMS pun, kitorang dah tak rapat macam dulu. Padahal masa sekolah rendah dulu, kami berdua terkenal dalam kalangan kawan2 sebagai "Duo peniru". Haha. Itu lah kerja dia. Kalau time exam dia mesti duduk depan aku, and kalau dia nak jawapan mesti dia tolak2 meja aku guna kerusi dia, haha. Gila baik kan perangai kitorang xD He was my best friend back then, and even now, tak rapat macam mana pun, he's still my friend :D Congrats Ann Ken! Hope you'll have a happy marriage ;D

The bride and groom. Congrats! :D

Yang paling kanan sekali---- My ex-schoolmate, Chok Wai Hao. I stole these pictures from his facebook, by the way.

HAHAHA! Still the same old Ann Ken! Dah nak kahwin pun still duduk macam Apek! xD

Sekarang ni macam tengah season kan? Semua orang dalam proses mendirikan rumah tangga sekarang. I'm not saying it like it's a bad thing. Tapi bagi aku... Komitmen itu kedengaran sungguh menakutkan. Haha. It takes a lot of commitment, responsibility and guts to get married.

Maybe aku pelik. Ada sesetengah orang merenyam2 suka bila cerita pasal kahwin. Aku? Walaupun ada steady boyfriend for 3 years ni pun tak cukup untuk buat aku teringin walaupun sikit untuk menjejaki alam perkahwinan. Of course lah, being too young and strongly NOT encouraged by my parents (although I seriously doubted they believed me when I said I'm nowhere interested in marriage just yet =_=) were also the contributing factors to kenapa aku tak amik pusing tentang kahwin2 ni, but sekarang kan ramai orang kahwin muda? Aku respect diorang. RESPECT. Keputusan sebegitu bukan senang.

Aku tak berniat nak membujang sampai ke tua. Tak berniat untuk terus bergelumang dengan dosa. Tetapi biarlah. Biarlah cukup ilmu di dada ni dahulu. Biarlah kerjaya aku melebarkan sayapnya dahulu. Biarlah dapat berbakti kepada parents aku yang satu-satunya tu dahulu. Biarlah diri ini matang dahulu. Biarlah masa dan keadaan tentukan segalanya. Biarkan... Tuhan itu Maha Penentu Segalanya.

Eh. Jadi panjang pula post aku kali ni. Siap bersastera bagai lagi. Hahaha xD Betul lah kan, kalau bab kahwin ni, tak berminat macam mana pun, tetap laju aje tulis, tak perlu draftkan dalam kepala pun nak tulis apa, haha.

*Saje menyemakkan muka*


Akhir kata daripada orang yang masih belum terbuka hatinya tentang apa2 perkara berkaitan dengan perkahwinan: Berdoa lah supaya kita dijodohkan dengan orang yang baik2, yang mampu membawa kita ke jalan yang dirahmati-Nya.

Salam Sayang everyone ;)

2 comments:

Ezy Chiaki said...

fuhh.. muda2 lg dh kawen..
*jeles

Syu said...

haha. mok ja pulak bila lagi? calon kan dah ad? heheh xD