Monday, April 30, 2012

While In Terengganu.

First things first: 
Finally~ Dah siap pun Travelogue Korea, after a solid two months! Bersusah payah aku nak menghabiskan post Korea, sebab banyak sangat, phewwww =__= Masa tulis ni macam kejar dateline tau, banyak halangannya. Haha. Antara halangan terbesar yang aku hadapi masa tulis Travelogue Korea tu ialah: MALAS! ;D Tapi terpaksa aku kejarkan juga, sebab kak Fatin Liyana pun dah start tulis Travelogue Korea, so tak nak lah nanti orang cakap aku tiru dia pulak kan? Kita tau lah akak Fatin Liyana tu top blogger, famous, tak macam kita ni, blogger picisan aje =__= Tapi kita punya post2 Travelogue Korea original okay, penat2 tau aku perah otak nak tulis menda alah tu dalam BI. Walaupun aku pun tak tau kenapa aku beriya sangat tulis BI sebenarnya =__=

So, the thing is, last week aku balik kampung~ Na na na na na Teganu kite~ Cewahh, menyanyi pulak dia, beriya bonar xD Aku balik on the 24th, and this time, kitorang balik sekali dengan Mak Long aku. Hari tu, sebelum balik Terengganu, kitorang lepak dekat rumah Mak Long sampai ayah habis kerja. The plan is nak terus pergi Terengganu lepas ayah habis kerja. Then dia cakap nak ikut, nak "bertukar angin" katanya. Angin mana2 sama aje rasanya Mak Long oit, nama aje lain2 =__=

Kitorang gerak dari KL petang. And drive sampai tengah malam baru sampai Terengganu, dalam keadaan basah kuyup, walaupun dalam hujan. Haih. No comment. Jangan tanya kenapa >__< The next day tu, kitorang lepak aje bersidai kat rumah, macam singa laut rupanya, sebab terlalu panas. Lewat petang tu baru kitorang pergi jalan2 bandar Kuala Terengganu yang makin "happening" sekarang. Pergi Pantai Batu Buruk aje, tempat hangout wajib kitorang lah katakan xD 

Unfortunately, aku takde gambar nak tunjuk tentang keindahan Pantai Batu Buruk kat sini, sebab, entah kenapa, semua gambar2 dalam memory card aku tiba2 HILANG! LENYAP! GONE! Arghhhhhh frust giler T___T Ada 469 keping (aku ingat lagi tau!) gambar dalam tu, semuanya hilang. Haih. Rasa macam tak cukup perkataan aje nak carut masa tu, memang agak hilang sabar. Sedih, but nak buat macam mana kan. Lain kali aku kena lah photowhoring banyak2 lagi untuk tebus balik gambar2 aku yang hilang tu >_<

And hari Khamis tu, aku, ibu dengan ayah pergi Mydin Mall. Beli barang2 untuk BBQ malam tu~ ^^ Keluarga Sulaiman Yusoff memang favourite tang BBQ nih, ngeh ngeh ngeh xD And after shopping, kitorang pergi lepak Food Court. Tapi aku tak makan pun. Tak lapar kot. Agaknya sebab asyik tak makan lah Apiz cakap aku macam dah kurus sikt? Wahwahwah, happy gila~~ Happy tahap nak terbang dah, haha. But kata2 boyfiee tang berat badan ni susah nak percaya sikit, bak kata orang, kan cinta tu buta. So, pakcik Apiz, nanti pergi check mata ye? Kalau tak buta pun, maybe dah rabun tu xD

Mydin Mall. Peace yaww ;D

Pemborong :D

Muka keboringan =__=

^^V

Mydin Food Court

Ayah. Muka lapar xD

Teka siapa? xD

Sorry, merapik sikit. Saje2 nak penuhkan post ni dengan tulisan walaupun agak takde kena mengena xD And so, that night, BBQ baby~ Kami semua makan banyak (or maybe, aku kot makan banyak, keh keh keh). Aku makan burger, 3 ayam (nyum nyum~) and togok air macma tak beringat, haha. Tapi aku tak sempat jamah hotdog, dah hilang dulu =__=

My big family :D

Tukang BBQ ;)

Ayammmm ~ <3

Makan time.

Sempat peace ^^V

Mine, drumstick bergolek2~ :D

Sibuk makan :D

Sibuk aje si kecik ni nak makan jugak =__=

BBQ-ing :)

:)

Happy dapat makan ;D

Siapa nak? (tak dapat punyer, haha)

Hari Jumaat pulak, kitorang tak banyak akitiviti. Penat sangat ber-BBQ sampai lewat malam the day before, kitorang pun R&R aje kat rumah. Aktiviti lazim, bersidai~ Tapi kali ni kitorang ada peneman baru! Kucing pakcik aku yang teramat lah comel, macam kucing dalam gambar postcard aje ^^ Dah lah pelik, tak suka orang pegang dia, garang dia tak padan dengan kecik, and very lively ^^ Tapi kucing ni sakit hati dengan aku gamaknya, pagi2 dah loncat2 atas perut aku sampai aku bangun tidur =__= Ohh, and macam biasa, keadaan kat Terengganu teramat lah panas, kering rasa badan, dehydrate =__= Dah lah ayah dengan ibu tidur sampai boleh saling menyahut dengkur diorang, aku jugak yang sampai sudah tak boleh tidur. Nak online pun takde connection. Haih.

Tidur siang dalam keadaan panas terik dengan agak lenanya =_=

Si kecik ni pun tidur jugak >_<

Alolo, hidung dia merah xD

Tangan ibu kena gigit xD

Geramnyeee >.<

Hehehe, tengah marah ni xD

And so, Saturday came, and kitorang pun bersiap untuk balik ke KL. It was a short trip, so I didn't have much to say :D Aku tulis ni pun sebab kejar dateline, esok aku nak keluar outing after 2 months terperap kat dalam rumah, so nanti, wajib lah kena update pasal outing pulak kan. So apa2 pun, kena lah siapkan yang ni dulu. Ohh, tak sabar menunggu hari esok <3

Okay guys, adios ;D


2 comments:

elma Ayy. said...

kucingg tuu comel doe :D hahaa .

Syu said...

haha. tu lah pasal. rasa macam nak culik bawak balik eka jea xD