Friday, May 25, 2012

Aku punya busy boleh lawan Fatin Liyana kau tau?

Maaf lah, title aku macam minta penampar sikit. Saja nak bagi korang teruja xD

Hi everyone! Dah lama betul aku tak tulis blog (4 hari), korang mesti rindu aku kan? Aku tau Elma rindu aku, Ellya rindu aku, Wany rindu aku, Yatingah rindu aku, ehh jap, yatingah tu mak aku yang gila penyibuk tu kan? Makin hari makin banyak taik telinga aku dengar dia bebel2 suruh aku tulis blog. Nasib baik telinga aku ni serba boleh, hahahahaha xD

Okay, merepek. Sebenarnya, after a few days of vigorous activities, selang sehari aje ada date, sibuk mengalahkan Fatin Liyana (ambik kau, nak banding diri dengan Fatin Liyana aje, macam langit dengan bumi ;P), sampai demam. Fuhh syok sangat. Aku start demam hari Selasa, iaitu hari aku dijemput ala2 MB pergi makan spaghetti di rumah Salmi. Takpe korang jangan risau, aku dah biasa demam2 pun pergi berejin kat rumah orang ni.

Hari Selasa tu, janji nak jumpa pukul 2 macam tu. Buat lepas kawan2 aku dekat Form 6 tu (oppss maaf nyah, PRA-U lah sekarang xD) habis kelas. Tapi disebabkan takde transport, aku roger2 diorang cakap dulu aku datang lambat sikit, and warning siap2 siapa berani habiskan spaghetti aku cincang2 diorang suruh Salmi jadikan bahan untuk buat spaghetti lagi satu untuk aku makan, hahaa.

Orang2 yang bertanggungjawab menghabiskan spaghetti.

Dyla send kat aku gambar Salmi yang comel ni <3 ;)

Salmi & Kakdik.

Last2, dengan maha kecewanya, aku sampai lebih kurang pukul 5. Tiga jam lambat daripada janji. Memang dasar janji Melayu betul, anak siapa lah ni kan. Sodih sebenarnya, bukan aku sengaja datang lambat tau T_T aku pun harap dapat datang awal, nak jumpa diorang2 tu semua, sebab lepas ni bila lah aku ada masa lagi nak ajak diorang keluar kan. Aku pun akan sibuk dengan kadar serta merta juga minggu2 selepas ni kan, huhuu.

Time aku sampai tu, yang ada Dyla, Auni, Ellya, Harif, Fitri and Kakdik. Ohh and tambah lagi seorang Syeda yang main raba2 kaki aku bawah meja masa aku tengah duduk. Dia menyorok kat bawah meja tu konon nak surprise kan aku. Cehhhh nasib baik aku tak terkejut tahap maksima ke apa masa tu kalau tak kaki aku tu dah jadi pencuci mulut dia dah, hahaha xD Tuan rumah yang ajak aku datang rumah tu hilang. Kena jadi driver jemput orang ke hulu hilir. Lepas dia balik tu baru aku boleh makan. Takkan nak self service pula kat rumah orang kan. Ketebalan muka aku ada had juga.

Sempat lah bergambar dengan diorang kejap sebelum diorang2 ni balik.

Tapi, malangnya... Haih. Tuan rumah dah balik, dah jemput aku makan pun, aku still tak dapat makan juga spaghetti tu. Sebab DAH HABIS~~~~ T_____T Ni yang buat aku rasa nak menyanyi ni:" Batu belah batu bertangkup~ Ambiklah aku, aku tak dapat makan SPAGHETTI~~". Derhaka betul siapa yang makan banyak tu, sampai habis part aku. ;P

Haih. Dah habis, so nak buat macam mana kan. Aku makan tomyam (sedap!), and disajikan juga dengan gambar2 spaghetti yang aku tak dapat makan tu. Pergghhh tengok diorang bergambar dengan spaghetti yang tinggal nama aje tu buat aku sungguh terliur. Perghhh sampai hati korang. Takpe nanti aku dengan Salmi cuti sem Salmi janji nak buat spaghetti untuk aku seorang aje, korang tengok aje gambar aku makan yang akan aku tayang2kan kat FB nanti. Tengok lah korang, muahahahahahahaha xD

Adengan makan semasa ketiadaan aku.

Makan besar woah.

T__T

Fuhhhh spaghetti tomyam.... Full table tu....

Oh ye, ini post balas dendam sebenarnya. HAHAHAHA. Aku jadi sawan kejap kempunan tak dapat spaghetti xD

Then lepas yang lain2 semua dah balik, aku stay lagi dekat rumah Salmi, sebab ayah aku habis kerja lambat, so berejin lah aku dekat rumah Salmi tu sampai pukul 8 lebih. Seronok woah lepak rumah Salmi, family dia best :D

And lepas berseronok2, aku demam panas sampai semalam. Yeahhhh bagus betul, berbangga jadi NurulSyuhadaSulaiman. (Entah ada kena mengena tak?)

Okay. Tu aje nak cerita. Aku tengah blank, tak tahu nak cerita apa. Nak cerita pasal kesedapan spaghetti tak boleh sebab AKU TAK MAKAN SPAGHETTI tu. Kepala aku pening dek kerana selsema and batuk aku ni, and lagipun cerita Running Man kesayangan aku start dalam masa 5 minit lagi. So, adios!

PS: Nampak modus operandi dia? Ayat ulang2 pasal spaghetti bagi menimbulkan perasaan bersalah pada orang2 yang melantak spaghetti tu tanpa aku. Nasib baik aku tak muncul dalam mimpi korang aje tuntut spaghetti.

PS-II: Aku gurau aje, saje nak menyakat korang :P Iloveyou korang <3


3 comments:

Nisha said...

sedapnya.. tibe2 je lapar.. XD

YEASLMN said...

ha'ah , rinduuu ! <3 wahaaa .

siannya demam , moga2 cepat sembuh . hehee .

demam tak pat makan spaggheti ye ;p

*muahh* ;p hahaha

Syu said...

nis: hahaa. pergi geledah peti ais tu cari makan xD

elma: hahaa, tu lahh. skrg dah sihat alhamdulillah ^^ mwahhx mwahhhx. hehe ;D