Friday, October 29, 2010

pause.

suasana sebelum seksaan akhir tahun. hahaa.

Countdown 2 hari lagi sehingga tamat Peperiksaan akhir tahun 2010!

Perghh! Study sehingga tension + menyirap + exhausted gilaa. :(
Cepat lah habis! Nak MERDEKA! Nak enjoy puas2 lepak kat sekolah dengan kawan2! Hahaa.

Tak dapat nak update panjang2 kot. Malas lah nak update time periksa2 ni. Huhu. Ohh, and aku dah buat Nuffnang! :) Tapi aku tak tahu kenapa advertisement dia tak keluar kat header blog aku. Adehh. Siapa boleh tolong2 aku ehh???

That's all. Byebye :)

imy lahh. :P


Monday, October 18, 2010

:)

Tukar layout lagi. Haha. Semalam punya layout tu tak cukup emo kot. Huhu. :P
Yang ni, aku dah ubahsuai dengan agak susahpayahnyaa!
Horaaa, dah okay pun layout ni, happy :)
walaupun, aku still tak suka classic template :P
Hari ni ponteng sekolah. Sakit belakangg!!
Hrmm, miss diaa. ;(

Sunday, October 17, 2010

Layout Baru... T___T

Aku sayang layout yang lama tu!
Tak mau yang baru punya, tak nak, tak nak!
Tapi entah kenapa lak layout tu tak boleh guna dah, jadi error!
What the Tuuuuut????
Huhuu, jadi terpaksa pakai classic template. Tak nak tak nak.
Aku tak rajin lah nak pakai classic template ni, lecehnyaaa XO
Nak yang lama tu, nak yang lama tu! Huhuhuh...
Tapi sementara pakai classic template punya ni, pakai lah yang lawa2 sikit.
Walaupun...... Arghhhhh! Tak sukaa~~~~~~~ XO

Construction!

Blog tengah renovate! Segala kesulitan amat dikesali! Sekian terima kasih :)

Kembali... dan akan hilang lagi.

Salam semua! Quick update~!

1. Aku, sekali lagi, dalam depression mode! Nurul Syuhada Sulaiman, kini bagaikan patung, tiada suara :) Aku tak tahu macam mana nak cakap dengan diorang... Maybe sebab tu diorang jadi INSENSITIVE? Semuanya terpaksa aku pendam... aku.sunyi.sangat. Sunyi yang tiada siapa selain diorang yang boleh isi. Sunyi yang boleh letak tepi, tapi tak boleh lupa. Ya, aku memang seorang yang manja, aku hanya manusia biasa (kan Elma kan??)

2. Final Year Exam?? Arghhhhh! PTG??? Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh! SPM?????? ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!! T.T

3. Major Spotcheck hari Jumaat lepas! Hanset kena rampas! Baran + Angin= Nangis + Hempas2. Tapi akhirnya dapat balik lah hanset, yeahh :) Baru dapat senyum balikk, hee :) *thanks doraemon sebab setia memujuk ;)

4. Dapat Bear besar!Hadiah daripada Ibu, thankyouu!

Name: Honey :)

Hey, jangan risau, still sayang gilaa kat Shinbei <3>

Erm, that's all kot dalam masa terdekat ni, adios!


Sunday, October 10, 2010

ceritera

Penceritaan Berdasarkan Gambar, Harap Maklum.

Sabtu, tertidur balik lepas solat subuh, terbabas sampai 8.20 a.m. Itu pun sebab Gwen call, tanya nak pergi tusyen tak. Woii, aku tusyen pukul 9.00 a.m. weyy! Gwen datang pick up aku dalam pukul 8.30 a.m., perghh! Menggelatap aku pergi mandi, siap2. Pakai baju kurung, senang dan selesa, also, traditional. Haha :) Fuhh, siap betul pukul 8.30 a.m.. Tapi Gwen pukul 8.45 a.m. baru sampai. Apadaa. ==''

Petang tu pergi Senawang, memuaskan hati ibu beli pinggan mangkuk lama kegemaran dia. Apa2 aje lah ibu, boring dah sebenarnyaa. XD And of course, Syu tak pernah lekang dengan gambar makan okey. Haha. Kali ni, Dominos! Makan dan makan lagi. Berat badan dah turun ni, tak pasal2 naik balik pula nanti, ohh tidakkkkk!!!

Colloection pinggan Ibu. ==''

Satu2nya collection Ibu yang aku suka :)

Makan Pizza~ XD

Anak-beranak :)

My dear mom :)

Dominos Pizza, Yummm :)

Pose makan, hahaa. XD

Tandas Picx, lama tak buat kerja gila ni :)

Petang tu, Aunty Ana and Uncle Azhar datang rumah, lepak2. Ohh, and diorang adalah adik beradik ibu aku, mak cik and pak cik aku lah. Malam tu, pergi makan lagi! Haha. Tapi aku tak makan lah. dah kenyang sangat makan petang tu, malam dah takda selera makan dah, walaupun makanan2 favourite aku terbentang depan mata. Haha.

A part of my family :)

Double smiley, my favourite, tapi my mum's dinner :)

Then semalam :) Aunty Ana and husband belanja tengok Moto GP! Sebenarnya, aku tak minat pun motor2 ni, tapi sebab nak merasa juga havoc and kehangatan Malaysian Grand Prix ni, aku pun dengan excitednya ikotlah. Di-temani ayah :) memang best gilaa. Haha. Terus minat motor lepas ni. Em, minat tengok je lah, naik tu, seram sikit kot :P (penakut!)

Rempit tegar, hahaa!

Litar F1 Sepang Circuit

Peace to the Hellicopter Cam!

Aunty Ana and me, Pre-Race :)


1st race: 150 CC (bak kata ayah, kapchai. Haha)

3-2-1, Go :)

Malaysian Racer, Zulfahmi, 16th place :)

Ayah, mana2 pun boleh punya :D

2nd race: 250 CC

Kawasaki :)

Fuhh, terbaikk! Motor-down XD

Malaysian Racer, Zambri, 22nd place, Malaysia Boleh!

3rd race: 500 CC, Malaysian Grand Prix World Championship 2010

The crowd the buat SuperWave~ :)

Sengit :O

And actually, Lorenzo & Rossi main tipu! Huhu, Asalnya Lorenzo-Dovizioso-Rossi, lepas tu jadi Dovizioso-Lorenzo-Rossi, Lorenzo sengaja slow down supaya Rossi boleh overtake dia, and then kat corner dia potong Dovizioso, apedaa... :P

1st: Rossi (FIAT-Yamaha)
2nd: Dovizioso (Honda)
3rd: Lorenzo (FIAT-Yamaha)

Habis je race, pergi tengok showroom, memang best tengok motor show, walaupun aku tak suka GP girls tu, haha. Dapat free Kawasaki calender :) Aku sebenarnya nak cari T-Shirt Ducati masa tu, tapi tak jumpa pula, walaupun beribu orang pakai baju tu. Huhu. Takpa lah, takut mahal pun. Huhu. Tapi ada model motor Ducati tu, lawaa sangat!! Aku nak, tapi ramai orang, malas nak beratur. Nanti aku plan nak cari kat ToyCity, mesti ada berlambak model2 motor and kereta, yeahh~ :)

I'm so in love with Ducati & Kawasaki, haha. <3

Kayuu :P

FIAT-Yamaha, mine :)

Helmet on display (Uncle Naser makan hati, haha)

Hari ni, aku ponteng, sebab aku ingat Gwen tak datang, cehh, rupanya itu perempuan jadi datang sekolah pula. Grr. And takpa lah, lagipun, penat (keseronokkan) semalam masih lagi terasa. Hahaa.
Gwendeline Chomng Fung Len, my bestie forever.

Apa2 pun, Gwen sayang, Happy Birthday! Many happy returns for the day, and aku sayang kau gilaa2 buddy, dah nak dekat 7 tahun kita bersama (eww, macam couple bunyi dia), hahaa. Sorry tau terlewat sms Birthday malam tadi, aku terbabas berlanggar mimpi, hahaa. Tapi jangan risau, aku takkan lupa hari kau makin tua, best kutuk, hahaa. ;P

That's all kot, adios. :)


Friday, October 8, 2010

;(

Guys, aku tak pernah lupakan korang okay?
Hey, kita kan friends forever! Sentiasa ber-empat. Syu, Gwen, Len & Ain.
Dah janji kan, gaduh macam mana pun, takkan boleh pisah!
Aku terasa wey, aku tak tahu menahu apa yang dah jadi kat Ain.
And korang pun rasa macam tak penting pun untuk bagitau aku!
Aku maybe tak boleh nak hang dengan korang tiap2 pagi dekat tapak perhimpunan lagi,
tapi itu tak bermakna aku bukan lagi kawan korang!
Aku lepak dengan dia time waktu rehat,
sebab aku, aku cuma ikut keinginan hati aku untuk jumpa dengan lelaki yang aku sayang!
Waktu balik yang singkat tu, tak mampu nak cover semua!
Aku ajak korang makan sama2 tadi, bukan sebab aku hanya ingat korang bila dia takda di sisi aku,
tapi sebab aku korang orang2 1st yang masuk dalam kepala aku!
Kita mungkin tak banyak lepak sama2, tapi aku tak lupa kawan.
Sorry kalau aku buat korang terasa sebab aku secara tak sedar, dah menjauh,
atau sebab aku selalu menempel dengan dia,
tapi aku sentiasa ada masa untuk korang!
Korang penting, dia pun penting!
Aku tak nak apa pun berubah, just sebab boyfriends!







Iloveyouguys... friendsforever.
.Gwen.Len.Ain.Syu.


Wednesday, October 6, 2010

McD Crew punya Story!

Hari ni aku, Apiz, Ajim, Elma, Jijah, Pain, Syera, Nat, Faris, Ekin & beberapa orang2 lain pergi makan and lepak2 dekat McD Nilai. Hahaa, memang syokk tak hingatt.

Menuju ke Destinasi

[berpanas berjalan kaki..]

["McD, kami datang!"]

Pergi naik bas ke BBN. Mula2 diorang (Shahira lah ni!) nak pergi makan KFC lah. Asyik2 tukar2 plan, last2 kitorang dengan maha jayanya pergi juga berdasarkan planning asal walau apa pun rintangan (bak kata Farahin, hahaa). Dan selepas bebel2 and peluh2 and kebulur (itu pun Shahira ada hati nak jalan jauh2 pergi McD baru, pigidaaa!), kami pun selamat sampai di McD.

Memuaskan Nafsu Makan

[french fries mountain]

Oyeah, order2 semua tak sabar nak mentedarah. Aku makan Spicy Chicken McDuluxe (favourite!) and Apiz makan Fillet O' Fish. Dia belanja. :) Sambil makan sambil membebel melawak dan tergelak terbahak tercekik. Haha. Perghh, adik Farahin & Syera gelak tak boleh belahh. Sama je adik & kakak. Meja Jijah, Pain, Syera & Haza, Fauziah, adik Syera (aku tak ingat nama dia lah), memang havoc!

"Faizal Mahir"?

[dikelilingi cili sos...]

Natalia 'Faizal Mahir' lidah macam buaya, kalis pedas! Spicy Chicken + Cili Sos + Black pepper. Woahh, salute2! XD Berbeza pula Nat dengan Ekin, yang menangis2 makan burger sebab tak tahan pedas. Adehh, ekin, ekin... XD

Jatuh Air Mataku... Kerana Burger Spicy Chicken McDuluxe?

[sebelum melalak, letak sos tak hingat2.]

Mereka, Dunia Mereka... Makan Aje Lah!

[Elma menyorok :P]

Ajim & Elma terselit kat dunia sendiri, hahaa. Biarkanlah mereka :) Apiz tukang havoc juga, 1 tingkat tu suara dia aje. Dia gedik lah, nak makan suap2. Hahaa, segan gilaa aku kat depan Ekin tadi, gelak2 dia tengok aku dengan Apiz. =^^= Adengan suap menyuap diikuti juga dengan Faris and Syera, weyy2, kontroversi. XD

Lepas makan2 dan constant air refill, kitorang pun belah, pergi pula Giant. Ada ke Syera nak pergi makan lagi dekat KFC, dia punya perut tu parit dalam ke?? Kat Giant, jalan2... Nat, Faris and Ekin lesap dulu sementara yang lain ni, habiskan masa ambil angin kat dalam Giant tu... Masa nak balik, terserempak dengan Owi, Nabil, Bala, Wei Xin... (Geng pengawas berdedikasi) pergi lepak2 makan.

Asalnya nak naik teksi, tapi driver tu macam bengong sampai Syera naik hantu, hahaa. Last2, naik bas lah juga... Dengan senak2 perut, pergi jalan kaki sampai roundabout BBN.. Lepak2 kejap kat Terminal Bas Nilai dengan Apiz sementara tunggu parents aku datang. Ohh happy lah dapat lepak dengan Koala :)

Sekian sahaja cerita hari ini, sampai sekarang pun perut tetap kenyang woi. Haha. :)


Sunday, October 3, 2010

Semalam.

Tengahari semalam aku beraya rumah kawan mak aku di Nilai Perdana. Gosh, nasib baik Apiz takda kat rumah, kalau tak mahu juga mak aku buat stunt pergi terjah rumah orang ikut sesuka hati tu. Aku dapat tau yang adik dia, Firdaus masuk hospital. Kesian juga. Dah lah nak PMR. Hurm, harap kau cepat sihat Daus!

Uncle Hamzani & wife :)

Lepas tu, jemput Shahira dengan Farahin, pergi rumah Hj. Azizul kat Labu. Perghh. BESARR PUNYAA. Gedabak wei, macam dewan. Tapi belum siap sepenuhnya lagi lah. Mula2 segan betul, kitorang bertiga aje yang ada. Then Akmal and Syafikal datang. Bergelak ketawa jap, weyy, best dengar diorang cerita pasal Qiam, huhu. Rugi sangat rasa, tiap2 kali ada Qiam aje, aku tak dapat nak join, selalu ada masalah transport. Hurmm. Tu lah pasal, duduk kat Hulu lagi. X(

Then kat rumah Hj. Azizul tu, ada lah juga cikgu2 yang datang. Pn Jamilah Aman, Teacher Yus, Dyla and family... Lama lah juga kitorang lepak, gosip2... Then lebih kurang pukul 4, kami balik... Natalia mula2 nak join, tapi, lagi sekali, dia terlewat selangkah. Haha.

Then pergi KL. Ayah nak jumpa kawan2 dia, ada mini reunion malam tu. So aku and ayah jalan2 dulu. Ayah pergi potong rambut. Aku pula, dengan duit 1 sen pun takda dalam poket ni, merayap dekat Jalan Masjid India seorang diri. Haha. (Boring gilaa)

Then malam tu, singgah kejap rumah opah. Apiz calling2. :( .. Imissyouu sangatsangat dear.. Ain pun ada juga dengan Apiz, diorang terjumpa secara kebetulan kat hospital, Apiz melawat adik dia, Ain melawat ayah dia. Apa2 pun, harap diorang cepat sembuh, okay? :) Siap2, then pergi makan, jumpa kawan ayah. Lepak dari pukul 9-1 pagi. Mengantuk dan penat. =__=

Hari ni, Family Day! So maybe, aku tak pergi kot rumah Anis. Yang mana2 pergi tu, kirim salam aje lah ye! That's all folks!

Byebye! (Yeah I'm so syok sendiri :P)


Friday, October 1, 2010

Ujian Formative Is Over

Yeah~

Sekarang bersenang lenang sementara menunggu Ujian Akhir Tahun yang bakal menjelang.

Perghhh.

Mood: Hati berbunga :)

Youu, thank youu baby, sayang dia ;)

Sudah 1 tahun 8 bulan and 7 hari ye? Haha, thanks ingatkan orang yang tingtong ni :)

Masih dalam status beraya, hooray! XD

Pelajar2 PMR 2010, Semoga Berjaya!