Friday, February 17, 2012

Totally Random Stuff.

Annyeonghasaeyo everyone. Ehh tiba2 annyeong pulak dah. Berlagak NurulSyuhadaSulaiman ni, mentang2 in less than a week ni dah nak pergi KOREA~ Yeah baby, I'm coming! Haroro Oppa, wait for me okay~ Haha, aku mereng sikit dua, tiga menjak ni, harap ampun.

Hmm. Aku sekarang dah makin jarang mengupdate blog. Maaf ler, aku dah semakin kekeringan cerita menarik yang aku rasa nak kongsi. Plus, sekarang aku makin malas nak online. Macam yang aku cakap sebelum ni, geng FB aku pun dah takde, so buat apa aku nak online takat nak tengok junior2 aku melayan jiwang syok sendiri diorang? Kalau lah ikut kan jahatnya hati aku nak aje aku spam comment diorang. Menyampah lak tengok kecik2 dah macam lama sangat hidup meroyan bagai, haha. xD

Okay, so back to the story. Since aku dah lama tak update blog, aku telah reunite dengan kawan lama aku---- Novels & comics~! Yeahh dua tiga empat menjak ni gian betul aku terperap dalam bilik baca buku sampai pukul 2 pagi. Ngeh ngeh ngeh xD Plus baru2 ni aku heret parents aku pergi Jusco S2, nak beli buku. Tadaaa----

Lawak Kampus & Novel cina. Hehe. Aku tengah nak cukupkan 12 jilid lawak kampus. Still kurang dalam 3 buku lagi kot. So siapa2 yang rasa murah hati tu boleh lah hadiahkan aku komik ye? xD

Masa bayar tu cashier pandang aku semacam aje sebab novel tu. Malam tu juga, aku habiskan lawak kampus, and baca 1/4 daripada novel tu. Cerita dia memang best, I finished the novel in 3 days time xD Kalau ikutkan patutnya 2 hari dah boleh habis kot, but due to certain circumstances, terpaksa pause2 kejap masa baca tu. Aku baca 3/4 daripada novel tu baru realise yang it's actually penulis tu punya true story, terharu gila! And is it just me, or kalau lelaki tulis novel cinta memang, daebak~

Haih. Did I mentioned that I missed reading chinese novels? Haihhh rindu bahasa cina! Kalau lah dekat sekolah dulu aku cakap cina sampai cikgu2 selalu tegur, but now... Cakap pun tergagap, baca pun lambat daripada biasa, tulis pun agak2 tak ingat.... sedih T___T I'm thinking of nak belajar balik BC kalau ada rezeki nanti. Hehe. Insyaallah! ;)

And currently, aku agak tak senang duduk! Sebab sakit pinggang yang teramat sangat ::>_<:: Nak nangis aje rasa! Kenapa kah jadi begini? Panjang ceritanya...

Alkisahnya...

Balik daripada mengaji 2 hari lepas, mak aku dengan serta merta "ajak" aku alih kedudukan perabot rumah tu dengan dia, seperti yang dijanjikan sebelum tu. So terpaksa lah berhempas pulas angkat perabot yang agak2 tak ringan tu ke hulu-hilir. But! Masa tu okay lagi. Masih kuat lagi. Then----

"Ibu, almari buku ni ibu nak ke?"
"Dah rosak kan. Nak pun buat apa?"
"Hey, ini Nurul Syuhada Sulaiman lah. Gerenti boleh kawtim punya. So it's mine lah ye!"

And ala2 comic sikit, tadaaa! Dah fix, so aku bawak naik bilik aku. I do seem to come short of tempat letak buku2 and comic aku yang berlambak tu. Then, I thought: since almari buku tu kecik je, boleh lah aku kawtim2 sikit buat bedside table. So, berpandukan sikap tak sabar and berkobar2; start working. I think aku alih semua perabot kat dalam bilik tu kecuali katil je. And yes, aku alih sendiri tau! Jangan harap mak aku nak merangak naik tangga tolong aku alih perabot, haha. xD

So, nak jadikan cerita; tragedy.

Masa alih meja tulis tu, kaki dia tersangkut kat satu bahagian lantai yang kasar. Aku yang tak sedar terus tolak2 juga meja tu, sampai----crack! And everything just happened at the same time. Crack! Boom boom boom! Pang! Pling-plang! Bunyi yang teramat lah menyeramkan: kaki meja patah, meja terbalik, barang2 and buku2 atas meja terjatuh, balang berisi sea shells kesayangan aku pecah berderai. Fuhhh......... Blur kejap aku tengok kejadian tu.

My childhood: Crashed T____T

Almari buku; in pieces.

So, nak tak nak, aku timbunkan aje dulu barang2 yang masih elok kat atas katil, and kutip collection sea shells aku yang aku sayang sangat nak buang. I spent half of my childhood picking those up man! Sampai kat negara orang pun aku kutip mende alah ni! So, bearing the pain of my knees and hand yang luka terkena serpihan2 kaca tu, aku kutip lah sea shells yang mana boleh. And actually, it didn't have to sound so tragic, haha. Aku ni je melebih ;P

Memorabilia = junk :)

After creative thinking and wild negotiation, aku ambil meja TV kecik yang dah tak pakai tu and angkut masuk bilik aku untuk dijadikan meja tulis. It's small, but boleh lah dipakai untuk letak alat tulis and buku2 aku. Plus, tak kisah lah meja tu kecik pun kan, bukannya aku study atas meja tulis tu pun. xD After a while macam orang gila turun-naik tangga nak cepat2 kawtim kan bilik, begini lah hasilnya----

Latest version of my room! Tak tahu lah tahan berapa lama dalam susunan ni ;D


Malam tu, lepas makan, aku and parents kena sambung berkemas lagi. Alih star item yang paling berat---- TV! For short, lepas habis berkemas tu, zappppp! Pinggang ku sakit mak oit~~~ Sampai lah sekarang. Huhuu. Panjang ceritanya kan, haha. Mak aku cakap at least 3 hari baru baru boleh hilang.

Reaction: T_____________T

I guess that's all. Dah macam nak gila sakit pinggang aku duduk depan laptop ni. Adios!

2 comments:

Ezy Chiaki said...

ruginye aritu xsnggah bace lawak kmpus..
hoho

Teyn said...

salam. hello babe. i just wanna let you know that i'm holding a contest on my blog. kalau berminat, sila la join ye. thank you. :)

click here for more info:

http://teynteyn.blogspot.com/2012/03/haute-couture-make-up-contest.html