Sunday, June 17, 2012

Baru 2 minggu.

"Baru 2 minggu"? Apa yang 2 minggu? Apa significant sangat 2 minggu tu?

Okay. Sebenarnya tak significant mana pun. Aku saje buat gempak. Okay, tak berapa nak gempak. Maaf lah, malam2 macam ni, otak aku tak berapa nak centered sikit. Dah seminggu tinggalkan blog buat aku rasa janggal nak mula menaip. Nak tulis intro apa, cerita apa. Pressure dia boleh mengalahkan buat karangan BM. Hamboiii cerita kau Syu.

Just when I thought seminggu MDS dah terasa cukup lama, minggu kuliah pun bermula. It was a very, very LONG week! Mula2 kemain excited rasa dah nak start kelas, rasa suasana dalam kuliah apa semua, but bila masuk aje kelas ke-2 aku dah "Weii baru pukul 11.30 ke???". Seriously hectic. =_=

Aku punya first kelas hari Isnin haritu was BEL (English) kat Bilik Kuliah 8 or nama glamournya BKA 3. Kemain kau punya excited first kelas and all kan, so aku dengan 3 lagi classmate aku yang sama2 stay kat kolej R1 pukul 8 dah terpacak kat BKA 3. Belum buka pintu pula tu, so lenguh kaki lah juga nak tunggu sampai setengah jam kan. Last2 semua classmate aku yang perempuan duduk bersila depan bilik kuliah tu menunggu lecturer, sementara yang lelaki (9 orang aje! Kesian hahahaha xD) tunggu kat luar! Sebab segan kot dengan kitorang 21 orang perempuan ni.

Excited nak masuk first class. Pftt. ;P

Menunggu depan BKA 3.

Sompek laiee tu amik gambar kat BKA 3 xD

Our first class was okay. Quiet, but okay. Tapi kan------- Agaknya hari tu memang hari blur aku kot. Arghhh entah lah sejak aku datang sini aku jadi blur tak tentu hala aje! Lecturer aku, Miss Puspa tu, suruh someone volunteer untuk jadi class representative untuk kelas BEL tu. So since aku suka BI, and kalau aku suka, aku memang jenis yang tak kisah kena bagi workload pun, aku volunteer lah. Bengong kan? Should've known better yang gerenti lah aku kena jadi class rep. untuk kelas2 lain juga kan? Masa aku sedar bertapa tertipunya aku masa tu terasa macam nak ketuk2 kepala sendiri kejap >.<

After that was physics. Masuk2 terus belajar. Aku rasa macam nak nganga mulut aku luas2 masa tu sebab blur tahap gaban. Last2 minute tu, berkat classmate aku Najihah yang comel (mengampu, haha xD) baru aku macam dapat digest apa dia cakap. Dah duduk depan pun still lambat pickup, acano tu Syu =_=

Meet my classmate, Nur Najihah :)

Sementara menunggu "Abang Ho" kitorang masuk dewan kuliah, haha xD

Muka excited nak habis kelas. Huhuuu xD

Then untuk notes apa semua, lecturer panggil lah class rep. untuk ambil notes and kemudian pandai2 lah kitorang kena photostate sendiri kan. Masa tu untuk group B6 macam takde orang ambil kan notes. Semua senyap aje sampai aku berhalusinasi macam ada cengkerik lalu memecahkan senyap sunyi tu. So sejak dari tu, memang aku dah agak aku terkono. And begitu lah, kelas2 lepas tu, kalau lecturer tanya siapa class rep., nama aku yang tak berapa nak glamour ni keluar: "Syu~!!" Nasib takde bunyi manja2 aje. Kalau tak gerenti aku buat trollface =_=

Hari Isnin tu aku kelas sampai pukul 6.20 petang. Penat wooo petang2 after a whole day kena panjat tangga >.< Hilang habis segala kemacho-an, kecomel-an and keayu-an yang ada. Hahaha. Tercungap-cungap naik tangga. Masa tu nasib belum beli buku lagi. Kalau tak lagi haru wooo naik tangga. Kurus aku tau tak kat sini, korang semua sila lah percaya! Ini betul2 beb bukan cobaan! Hahaa xD

Then, skip2 to hari Rabu, my first class start pukul 5.30 petang. Wahhh best gila lah konon tu kan? Aku ada 2 kelas aje hari tu, start 5.30 sampai malam, pukul 10.20. =_= Arghhhhh malas nak fikir. Tapi hari Rabu tu, kelas malam aku, yakni BIO, cancelled, and aku kena gerak daripada kolej awal hari tu instead of pukul 5.30 spetang sebab ada pendaftaran kokurikulum. Nasib baik, selepas kitorang berhempas pulas, tahan tolak sana sini, dapat juga aku dan roomate aku, Aina, Linda and Nabilah daftar sebagai ahli Kelab Khidmat Komuniti/Lawatan Sambil Belajar. Tak sangka betul, ramai pula orang nak daftar sebagai ahli =_=

And-------- kelas2 pun berjalan seperti biasa. Aku pun tak rasa macam nak elaborate. Susahnya hidup kat sini makes me really homesick >.< Tetiba rasa bestnya melenggang kat rumah takde kerja buat dulu, haha. Poning den belajar. Fighting Syuuu! Kena bersemangat balik! Katanya, "A doctor in making" kan? So, fighting~!!

Muka yang sungguh tak bersemangat. Haihhh. Wake up Syu! xD

Aku makan ni lepas kelas hari Jumaat. Spaghetti. Sedappp! Amie, aku rinduuu :'(

Malam tadi, after seminggu kepeningan study, aku and housemates pergi beli makan dekat KKPR, and then makan dekat picnic bench depan blok R1. Then kitorang pun pergi lepak2 dekat exercise park and menggila sepanjang malam. Lepas tu pergi main truth or dare dekat padang kawad. Pukul 11 baru balik bilik, and pukul 12 baru tidur. In one night, semua orang dah ada nama timangan yang comel2 <3 HAHAA.

Ohh, and hari ni (Sabtu) kena ambil gambar untuk ID pelajar a.k.a. kad matriks. So aku pergi dengan housemates kesayangan aku <3 Start pukul 10, but kitorang 9.30 dah gerak ke Dewan Serbaguna Angsana, sebab takut nanti ramai sangat orang. Even time kitorang datang tu pun dah cukup ramai. Tapi nasib baik, pukul 10 start daftar, dalam pukul 11 kitorang pun dah settle amik gambar untuk kad matriks. Dah lah kitorang paling bising kat situ, memekak2 and gelak2 sebelum ambik gambar, buek malu kek orang yo xD

Me and roomie, Anem. Geng masjid. Hahaaaa xD Baju kami tema oren hari ni xD

Aku kena marah sebab conquer lens. Ehh jap. Ada aku kisahhh???? HAHA xD

Geng 1301 GEMPAK! xD

Esok pula, aku keluar dengan parents aku :D So kena lah siapkan blog ni sebelum mak aku buat adengan membebel esok, haha. I guess that's all, dah pukul 1 pagi pun. Goodnight and adios~ ;)

7 comments:

cikghah said...

ha mengampu la lagi lepas ni. weh, cheese tart. Hoho. Kau jangan mengade eh tunjuk kat aku cheese tart lagi. haha

Syu said...

aku TERINGIN sangatsangat nak makan CHEESE TART~! hahahahahahahahahaa hari isnin kehh. kita menghirup bau kat kedai cheese tart. hahaa. xD

Azhwany Anuar said...

rindu do nk baca blog syu! haha,

Syu said...
This comment has been removed by the author.
Syu said...

rindu pengomen tegar wanyy jgk~ xD dah lah tukar url xbtau. ptot lah cari2 blog wanyy xd hapdate. majok r cmnihhh hahaha xD

Azhwany Anuar said...

alolol hahaha lupa nk bgtau. cehh haha btw dh jumpa kn? relink balik tau. hikss. Eh btw kan, wny ada tdur ptg hrini, boleh pulak mimpu jumpa syu and fisya. haha :D

Syu said...

hahaa, okay ^^ Ehhh mimpi ape? Syu pun after 3 weeks kat PALAM baru first time dpt jumpe fisya officially, excited woah xD