[Isi duit raya, yeay~ Haha]
[timbunan baju2 pink untuk digosok]
[erk, ayah. Tak sesuai lah..]
Bangun awal pagi tolong2 apa yang patut, lepas tu pergi bersiap. Tahun ni, baju raya agak jambu, warna pink. Haha. Sedondon dengan warna baju ibu dan ayah. Tapi tahun ni ibu kerja. Hurmm. Takpa lah. Suasana raya masih sama, cuma kurang ahli je. Haha.
[Before]
[After]
Ramai lah juga saudara mara sepupu sepapat datang bertandang. Yang aku tak kenal mengenal pun ramai. Tak tahu pula aku family belah ayah aku ni ramai jugak ye? Hahaa. Then lepas ayah habis solat jumaat, pergi ambil ibu balik kerja, then kami pun pergi beraya. :)
["Kami datang beraya.."]
[Glamour ibu di hari raya]
Raya kedua, aku duduk dengan makcik aku je kat rumah. Parents aku kerja. Takda orang yang datang sangat pun, so boleh bermalasan aje. Semalam tu dah penat gilaa! Malam tu, bila ibu and ayah dah balik, pergi jalan2 cari makan. haha. then ronda2 pusing KL.
[ronda2 KL, nk show heels aku lah sebenarnya. Hahah.]
Raya ketiga, boring2, so aku, ibu dan ayah pergi merayap. Haha. Mid Valley, yeah~~ Ramai gila orang, and aku pun gila punya berjalan, syiookk tak ingat~ Haha. Best betul window shopping trend2 terkini, hahaa :) Malam tu, kawan sekolah ayah datang beraya kat rumah, kelakar gila tengok gelagat ayah aku dengan dia. Then abang saudara aku yang agak2 gilaa tu, Amirul Denil datang beraya betul2 sebelum aku nak balik kat ceruk Eka Matahari ni. Syok bersembang tak ingat. Hahaa. Sampai rasa tak sanggup nak balik. XD
[Mid Valley ;)]
[gamelan, warisan adat kesultanan melayu, syok!]
[Ayah & Adda]
[erk, orang2 yang aku kenal memang suka main dengan makanan kan?]
[Terjumpa kat Living Cabin! Panda & Doraemon~]
[doraemon mooncake, siap ada rumah sekali. comel gilaa~]
[The Ladies]
[Amirul... Awat laa hang tak senonoh sangat naa... ]
[3 teruna??]
[pose terbaik: amirul denil]
[Opah dan cucu2nya]
Raya keempat, pagi2 pergi breakfast kat Marrybrown. Pergh! Sedap gilaa tower burger yang aku makan tu. Sampai senak perut aku sebab kekenyangan. Then Apiz sms, ajak pergi rumah farahin. Sebab ajak last2 minit, jadi aku malas lah. Lagi pun tak confirm pula tu berapa ramai yang pergi. Then dia sms pula, cakap tak jadi pergi, nak lepak2 dekat terminal 1 aje. Dia cakap dia sorang2. Hurm. kebetulan pula aku dekat aje time tu, so aku pun pujuk punya pujuk parents aku, jadi dapatlah aku keluar pergi date dengan dia. Yeah~ ;)
Kat terminal, sebab dia belum sampai, so aku lepak kat Popular. Terasa pula nak menyakat birthday boy Azim tengah dating dengan Elma kat terminal ni juga, so aku sms diorang. Haha. Diorang pun laju je datang jumpa aku. Kehkeh. Lepak jap, then diorang blah, aku pun malas nak kacau kan. heheh. Aku lepak kat situ sampai Krol call. Dia pun ada kat sini juga rupanya. So dia jumpa aku jap, and aku pau air pepsi kat dia. Haha.
Then kitorang jalan2 jap sebelum aku tinggalkan dia sebab menyampah dia tanya banyak sangat. Haha. Then orang yang ditunggu pun akhirnya sampai dalam masa 1 jam lebih dari time aku sampai. Haa. Biarlah. Aku lebih suka jadi yang menunggu dari yang ditunggu. Then kitorang jalan2 tanpa arah tuju sampai lah kitorang jumpa Azim kat McD. Then Krol datang join. Lepak2 jap, then ajim and elma tengok wayang. Kitorang pun mula2 tak tahu nak tengok cerita apa, last2 masuk juga 1 panggung dengan couple tersebut, cerita 'Madu 4'. Keseluruhannya bagi aku tak best. Hahaa. Apiz cukup suka cerita tu. Bingit2 lah pasal pasang 4. Gatai. :P
Then teman Ajim and Elma makan. Jumpa pula Afiq Afifi. The kitorang pergi Seremban Parade, main bowling dengan Krol. Aku sumpah tak reti and tak pernah main pun. Haha. Gilaa batak. Aku ajak Elma main sekali, tapi dia tak nak, so aku sorang aje main. Makin lame makin teruk aku main. Haha. And kesimpulannya, Apiz menang game kali ni. Then kitorang pun balik. Lepas Elma balik, aku suruh Apiz ikut Ajim balik sekali, pandai2 lah aku sorang2. So akhirnya dia pun balik lah. Aku pula stranded dekat situ sebab parents aku dah terhilangkan kunci kereta.
Haha. dari pukul 7, sampai 8 lebih. Aku tercongok depan mydin. Mak aku dah kecoh2 kat Apiz dengan Ajim pasal biarkan aku sorang2. Bukan salah diorang pun. Aku yang suruh diorang balik. And aku ok aje. Lama sangat tunggu, aku sembang2 dengan security guard mydin tu sampai akhirnya parents aku datang. Dah lah phone habis battery. Haha. Dengan penatnya. Adoyai :P
Kesimpulannya, memang best :) Rindu dia <3
No comments:
Post a Comment