Ujian, tetapi dalam keadaan takda mood gilaa nak menjawab test tersebut. Grrr!! ;(
Thursday, September 30, 2010
Tuesday, September 28, 2010
Sunday, September 26, 2010
Tahun Ni aku Enjoy gilaa!
Raya jangan tak Raya! :)
Sebab tahun ni honeymoon year kot. Best je lepak dengan kawan2, no hassle, no worries. :) Parents aku pun beri aku kebenaran enjoy sepuasnya tahun ni. Yeah~ Tahun depan--- STOP! SPM yaww. Aduh. FB sah2 kena kurang. Blogging pun sama nasibnya. SMS? Perghh. Macam mana tu. Hurmm. Yang tu susah sikit. FB dengan Blog takda boleh hidup lagi. Yang lagi 1 tu takda parah sikit. Maybe weekends kot. Entah lah, itu belakang cerita sudaa...
Kembali ke sekolah pada hari Isnin. Menjalankan tugas sebagai pengawas percubaan (cewahh). Then jumpa kawan2, tak beringat. Tiba2 rasa keadaan seperti dah berubah sikit selepas raya ni. Kenapa eh? Hurmm. Sebab mata sakti Anis kot (Haha, Ben-10 mata hijau) XD
Kelaskelas berjalan macam biasa, walaupun takda MOOD gila nak belajar! Tu lah, time cuti boring duduk rumah, nak pergi sekolah. Time sekolah pula sibuk nak cuti. Ish ish. Then hari Rabu, aku stayback :) jeng jeng, dating dengan Koala Bear lepas sekolah. Hee. Rindu sangat kat dia :) Dia balik tumpang kereta parents aku, aduh. Habis bocor rahsia aku bila kedua-dua orang yang lahir bulan June tu berjumpa (Apiz & Ibu). Tak habis aku kena ejek. =__=
Hari Khamis tu, lepas sekolah aku balik lambat. Lepak2 tengok perjumpaan pengakap dengan Apiz. Budak2 pengakap memang sporting lah, and sentiasa ceria dengan lawak walaupun keadaan serious. Haha, aku tabik. :) Then aku, Apiz and Ajim pergi makan dekat al-Faizal. Apiz belanja. Then pergi 7-11, Apiz beli komik, and belikan aku coklat and vitagen! *thanks sangatsangat baby :) After that, dia hantar aku naik KTM, pergi KL, jumpa parents aku yang ada hal dekat sana. Ayah jemput kat KL Sentral, pergi Pavilion, lepak dengan ibu and kawan2 dia. Boring, tapi nak pusing2 Pavi tu pun bukan ada apa sangat. And aku pula ada masalah time tu sampai terpaksa lepak berjam kat tandas. Vitagen tumpah dalam beg! Habis baju and diary aku bau vitagen, termasuk juga coklat tu, perisa vitagen :P
Obviously, aku dah penat gilaa. ==''
Lepak kat Pavilion sampai 11 malam. Dah lah aku berbaju sekolah apa semua. Mengantuk gila wey. Sampai tertidur aku dengar mak aku and kawan2 dia bersembang. Nak sms, phone dah habis battery. Haishh. XP
Sampai tertidur aku kat cafe tu, tunggu diorang habis bersembang. Kesian aku kan? XP
Jumaat, kelaskelas, bacaan yaasin, then balik. which aku tak balik pun. Ada tusyen pula dengan cikgu Azizul. So aku tunggu Apiz, macam biasa. And aku TAK SANGKA GILAA, ada pasangan GAY dalam DMS! Hahaha, lawak gilaa. XD After Apiz habis solat Jumaat, lepak2 dekat Mydin. Then jalan2 pula kat taman permainan rumah Len. Hujan pula. So pergi panggil Gwen, tusyen. Terkandas kejap kat sana sebab hujan semakin lebat. Adik aku sibuk betting nak aku belanja dia makan kalau dia dapat straight A's PMR nanti. Haha, aku rasa baik aku kumpul duit mulai sekarang kot, adik aku makan banyak. Huhu.
Then lepas tu, pergi tusyen juga, walaupun hujan belum berhenti. Jalan dalam hujan dengan Apiz, haha. Macam dalam drama pun ada. But I guess I am the romantic fool in love. XD
*Baby, thanks sebab memahami isihati orang tu, walaupun sebelum ni orang takut nak tunjuk atau beritahu you. iloveyouu lah.
Dekat tusyen pula, Amirul Fikrie membuatkan perut aku senak danb sakit. Dyla pun sama tak tahan bila Amirul meng-gaykan diri dia. Haha. XD
Sabtu, pergi kenduri kahwin kakak Farez kat Dewan MPN. Aku dengan Shahira datang lewat sikit, tak dapat tengok pengantin bersanding and Natalia yang kononnya berbaju kurung, kasut tinggi and make-up! Hahaa, aduhai. Kawan aku tu dah ayu seyy. Aku dengan Apiz berjanji pakai baju biru. Aduh, segan juga. Tapi dalam hati ada sukaa. Haha. Apiz tak habis dengan lawak dia ajak aku naik pelamin.. Cehhh XP
Lepas makan, aku, Shahira, Apiz and Ajim lepak dekat luar. Then Mai and family datang. Aduhh, bertekak lagi dengan budak giloo tu. Haha. Then Ajim tinggalkan Apiz, balik rumah. Nasib baik tak lama lepas tu, parents aku datang and hantar dia and Shahira balik.
Seterusnya beraya rumah kawan ibu kat Bagan Lalang. Petang sampai malam baru balik. Lepak lama gilaa. Makan tak berhenti, gemuk lah aku nanti. Haha. Makan Ketam Masak Lemak Cili Api, perghhh. Lama gilaa teringin nak makan, sejak puasa lagi. Haha.
Beraya rumah Aunty Inaa :)
Ketam Masak Lemak Cili Api, Oyeah~! XD
And that's all kot. Penat beraya, and penat menaip! Adios :)
Sunday, September 19, 2010
Jusco :)
Setelah lebih kurang sebulan tak pergi Jusco sebab bulan puasa, semalam aku and keluarga akhirnya! Dapat juga jejakkan kaki ke rumah kedua kitorang tu. Haha. Shopping sakan gilaa. Duit raya aku sampai tinggal sikit. Hehe. Takpa lah. Splurge untuk kepuasan aku juga. :)
[tak sabar gilaa bergambar, depan pintu pun jadi]
[yeah, aku beli kedua-dua rantai ni :)]
[aku and aleesya gilaa glamour yaww ;)]
[princess gedik perasan haha]
[Vincci store: "cik, tak boleh ambil gambar." Sohai, dah ambil pun.]
[haha, terus pakai rantai baru, batak XP]
[sms tetap sms. haha.]
[focus dekat plastik kat tangan ibu, dalam tu handbag baru aku tau. haha.]
PS: Patutnya nak beli mascara tapi tak dapat. Ibu dah bebel splurge banyak sangat. Haha. Aku nak test test cuba cuba try try pakai simple-almost-invisible makeup, boleh kot? :)
[kedai mamak: Jusco's after party]
[sama bulat2.]
Then balikk! :) Hari ni, gilaa babi siapkan kerja Sejarah. Esok sekolah!! TIDAKKK! XP
Friday, September 17, 2010
My 'Mini' Family ;)
Ini keluarga kesayangan saya :)
Yang sulung,
Mr. J :)
Si angah,
Ehh! Nee-chan malu2 pula... pandang lah sini..
Yeay, pandang pun... :)
Dan yang bongsu...
Shinbei~ Pemberian Apiz :)
And of course, kesayangan aku :)
Raya Sakan
Hari Rabu, agak boring, tapi hari tersebut ada 2 budak kecik datang beraya rumah aku. Nama diorang Apiz and Ajim. Haha. Budak gilo diorang berdua tu.
Then semalam :).
Konvoyy beraya~ Sepatutnya pagi tu aku keluar pergi KL dengan Gwen and Len. Tapi malangnya diorang pun pergi 'beraya' jugak rumah saudara mara, so terpaksa cancel... Awal2 pagi tu, aku keluar dulu pergi Alamanda dengan parents aku, saje lepak2... terserempak dengan abang Nazrin and family. Parents kami saling mengenal rupanya. Shahira dah calling2, nak pergi rumah Anis sekali, tapi dia pergi beraya rumah Krol dulu, dia tunggu aku dekat sana. Aku pun mengambil kesempatan tersebut untuk berkonvoy, haha.
Sesampai di rumah Krol. Jumpalah, Nabil, Shahira, Neil, Izuddin and Jeremy. Semua tengah lepak sana. Then pergi rumah Nabil pula. Berlaku tragedy! "PRANGGG!" Cawan pecah. Entah siapa yang bawak "sueyy". Walaupun dengan persetujuan ramai, Krol lah orangnya. Haha.
Kemudian kami diseksa, berjalan kaki dari rumah Nabil sampai terminal bas nilai. Pergh. Terlampau syokk. Dah lah panas wey. Aku dengan Shahira pakai heels pula tu jalan turun bukit. Haha. Lawak pun ada. sambil jalan sambil bebel.
Sampai aje rumah Anis. Pergh. Ramai pula kawan2 abang dia. Segan wey. So aku, Shahira dan Anis lepak2 aje dulu. Yang guys2 tu self service. Haha. Anis ceritakan hot story. Haha. Aku bangga dengan kau Anis, wa salute. :)
Sepatutnya Apiz dengan Ajim sampai dulu rumah anis, sebab diorang pergi rumah Nasuha dulu. Tetapi malangnya, berlaku 1 lagi tragedy. Ajim terhilangkan kunci motor dia kat rumah Nas. Diorang sampai dah nak nangis dah punya lah cuak. Kesian juga, tapi lepas habis cerita panik, kelakar pula. Haha. Ajim, ajim.. :D
So beraya punya beraya rumah Anis, aku dan yang lain dihantar ke rumah Akmal dengan kereta mak Anis. Shahira masih dibuli dalam kereta oleh adik Anis yang comel. Haha. Shahira terjatuhkan cawan kat luar rumah Akmal. Haha. Fobia terus dia nak duduk kat tingkap rumah Akmal yang best tu :)
Lepas rumah Akmal, akhirnya konvoy berhenti di rumah Kak deq.. Dan ada adengan pecah gelas lagi. Haha. Krol bawak sueyy? Lepak2 kejap, then balik! Singgah Mydin teman Shahira and nabil beli barang, then Ayah datang jemput.
Penat gilaa! Tapi enjoyy :)
Seronok dapat jumpa dia semalam, hari ni dia balik Johor.
Hmm, imy. ;)
[Alamanda]
[Diva? Haha.]
[nanti masuk lalat dalam mulut ibu...]
[42 or 2?]
[16 going 6]
[hero & heroin tamil]
[Shahira :)]
[Sakan beraya...]
[Penat ye Ajim, mencari kunci? Haha.]
Tuesday, September 14, 2010
Cerita Raya
Assalamualaikum! Dan salam lebaran! Seronok tak beraya? Mesti sakan gilaa kan kan kan? Hahaa. Tak kurang juga orang di sini, meriah, tapi dalam keadaan sederhana je lah. Tahun ni beraya di Kampung Pandan, KL.
[Isi duit raya, yeay~ Haha]
[timbunan baju2 pink untuk digosok]
[erk, ayah. Tak sesuai lah..]
Bangun awal pagi tolong2 apa yang patut, lepas tu pergi bersiap. Tahun ni, baju raya agak jambu, warna pink. Haha. Sedondon dengan warna baju ibu dan ayah. Tapi tahun ni ibu kerja. Hurmm. Takpa lah. Suasana raya masih sama, cuma kurang ahli je. Haha.
[Before]
[After]
Ramai lah juga saudara mara sepupu sepapat datang bertandang. Yang aku tak kenal mengenal pun ramai. Tak tahu pula aku family belah ayah aku ni ramai jugak ye? Hahaa. Then lepas ayah habis solat jumaat, pergi ambil ibu balik kerja, then kami pun pergi beraya. :)
["Kami datang beraya.."]
[Glamour ibu di hari raya]
Raya kedua, aku duduk dengan makcik aku je kat rumah. Parents aku kerja. Takda orang yang datang sangat pun, so boleh bermalasan aje. Semalam tu dah penat gilaa! Malam tu, bila ibu and ayah dah balik, pergi jalan2 cari makan. haha. then ronda2 pusing KL.
[ronda2 KL, nk show heels aku lah sebenarnya. Hahah.]
Raya ketiga, boring2, so aku, ibu dan ayah pergi merayap. Haha. Mid Valley, yeah~~ Ramai gila orang, and aku pun gila punya berjalan, syiookk tak ingat~ Haha. Best betul window shopping trend2 terkini, hahaa :) Malam tu, kawan sekolah ayah datang beraya kat rumah, kelakar gila tengok gelagat ayah aku dengan dia. Then abang saudara aku yang agak2 gilaa tu, Amirul Denil datang beraya betul2 sebelum aku nak balik kat ceruk Eka Matahari ni. Syok bersembang tak ingat. Hahaa. Sampai rasa tak sanggup nak balik. XD
[Mid Valley ;)]
[gamelan, warisan adat kesultanan melayu, syok!]
[Ayah & Adda]
[erk, orang2 yang aku kenal memang suka main dengan makanan kan?]
[Terjumpa kat Living Cabin! Panda & Doraemon~]
[doraemon mooncake, siap ada rumah sekali. comel gilaa~]
[The Ladies]
[Amirul... Awat laa hang tak senonoh sangat naa... ]
[3 teruna??]
[pose terbaik: amirul denil]
[Opah dan cucu2nya]
Raya keempat, pagi2 pergi breakfast kat Marrybrown. Pergh! Sedap gilaa tower burger yang aku makan tu. Sampai senak perut aku sebab kekenyangan. Then Apiz sms, ajak pergi rumah farahin. Sebab ajak last2 minit, jadi aku malas lah. Lagi pun tak confirm pula tu berapa ramai yang pergi. Then dia sms pula, cakap tak jadi pergi, nak lepak2 dekat terminal 1 aje. Dia cakap dia sorang2. Hurm. kebetulan pula aku dekat aje time tu, so aku pun pujuk punya pujuk parents aku, jadi dapatlah aku keluar pergi date dengan dia. Yeah~ ;)
Kat terminal, sebab dia belum sampai, so aku lepak kat Popular. Terasa pula nak menyakat birthday boy Azim tengah dating dengan Elma kat terminal ni juga, so aku sms diorang. Haha. Diorang pun laju je datang jumpa aku. Kehkeh. Lepak jap, then diorang blah, aku pun malas nak kacau kan. heheh. Aku lepak kat situ sampai Krol call. Dia pun ada kat sini juga rupanya. So dia jumpa aku jap, and aku pau air pepsi kat dia. Haha.
Then kitorang jalan2 jap sebelum aku tinggalkan dia sebab menyampah dia tanya banyak sangat. Haha. Then orang yang ditunggu pun akhirnya sampai dalam masa 1 jam lebih dari time aku sampai. Haa. Biarlah. Aku lebih suka jadi yang menunggu dari yang ditunggu. Then kitorang jalan2 tanpa arah tuju sampai lah kitorang jumpa Azim kat McD. Then Krol datang join. Lepak2 jap, then ajim and elma tengok wayang. Kitorang pun mula2 tak tahu nak tengok cerita apa, last2 masuk juga 1 panggung dengan couple tersebut, cerita 'Madu 4'. Keseluruhannya bagi aku tak best. Hahaa. Apiz cukup suka cerita tu. Bingit2 lah pasal pasang 4. Gatai. :P
Then teman Ajim and Elma makan. Jumpa pula Afiq Afifi. The kitorang pergi Seremban Parade, main bowling dengan Krol. Aku sumpah tak reti and tak pernah main pun. Haha. Gilaa batak. Aku ajak Elma main sekali, tapi dia tak nak, so aku sorang aje main. Makin lame makin teruk aku main. Haha. And kesimpulannya, Apiz menang game kali ni. Then kitorang pun balik. Lepas Elma balik, aku suruh Apiz ikut Ajim balik sekali, pandai2 lah aku sorang2. So akhirnya dia pun balik lah. Aku pula stranded dekat situ sebab parents aku dah terhilangkan kunci kereta.
Haha. dari pukul 7, sampai 8 lebih. Aku tercongok depan mydin. Mak aku dah kecoh2 kat Apiz dengan Ajim pasal biarkan aku sorang2. Bukan salah diorang pun. Aku yang suruh diorang balik. And aku ok aje. Lama sangat tunggu, aku sembang2 dengan security guard mydin tu sampai akhirnya parents aku datang. Dah lah phone habis battery. Haha. Dengan penatnya. Adoyai :P
Kesimpulannya, memang best :) Rindu dia <3
Friday, September 10, 2010
Salam Lebaran
Minta Maaf Banyak2~
Tak sempat nak cerita panjang!
Tak dapat nak online buat sementara waktu, harap dapat memahami ketidakmampuan diri ini.
Salah silap terkasar bahasa harap diampukan,
selamat menyambut lebaran!
Subscribe to:
Posts (Atom)