Okay, enough bermaaf2an. Enough ayat bunga2. Tahun ni aku beraya tak jauh pun, di KL. Kampung belah ayah aku. Eleh, kampung lah sangat. Takat nama aje "Kampung Pandan", tapi tak ler kampung mana pun tersepit celah2 KL tu kan. =,= 24 hours before raya aku dah balik KL. Tolong2 apa yang patut. Rendang tak payah masak sebab Maklong aku dengan efficientnya dah siapkan dulu sebelum aku dengan parents aku sampai. Ahaks! Aku sukaaaa ^^ (Maaflah ye, cuti pendek sangat, ni lah masa nak bermalas-malasan ;P)
Encik Sulaiman. LIKE A BOSS -,-
Tekun pasang langsir sambil membebel. Cewahhhh.
Lepak2 jap rumah Maklong, then kitorang keluar. Ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari.
Sayu. Ini kali pertama aku menziarah kubur Arwah Opah and Abang Kimi, which is abang saudara aku. Ingat nak pergi ziarah kubur Arwah atuk aku sekali, tapi tempatnya agak jauh, and masa tu pun dah petang sangat, so tak sempat. Hanya doa yang mampu mengirinya. Semoga roh-roh mereka dirahmati Allah. Al-Fatihah.
Kat kubur Arwah Opah.
Allahyarhamah Khatijah binti Mohd. Al-Fatihah.
Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari.
Kubur Arwah Abang Kimi.
Al-Fatihah.
Malam tu pula, aku dengan parents aku pergi Giant Ampang Point. Beli kuih raya last minute untuk Maklong aku. Kuih raya last minute pun dapat discount yo, 30% off. So harga selepas discount adalah plusminus RM 10. Memandai aje diorang naik harga, lepas tu bagi discount. -,- Lepas tu sempat lah aku mendapatkan habuan aku sendiri, kasut untuk raya, jengjeng :D
Lepas balik tu, mula lah adengan mengisi kuih raya. Diisi dalam 2 bekas ye, 1 isi kat dalam balang kuih raya, 1 isi dalam perut. Apiz kalau baca ni tolong senyap ye. Jangan bising mulut tu ;P
Kuih raya time :)
Nyummm nyummm. Ni nak hidang orang ke nak makan sendiri ni. Dilemma xD
Dua orang menyibuk nak masuk lens camera.
Orang isi kuih raya pun sibuk kucing ni -,-
Siap posing maut lagi orang ambil gambor dia. Hamboihh. Kau ingat kau pose macam tu ada iras Marilyn Monroe?
Lepas mengemas, isi kuih raya sambil tengok TV. Yes, yes, aku buat ulang tayang macam aku isi kuih raya kat rumah Maklong tu ;P Diet? Ahhhh gasak. Tahun ni aku pakai baju kurung, bukan kebaya macam tahun lepas, so kalau perut mengembang boleh cover. Bijak kan aku. HAHAHAHAHA okay senyap ;P
Pukul 2 lebih tidur, pukul 7 pagi bangun. Fuhh mengantuk woih =,= Then bersiap (2 jam woih bersiap, hahaa xD), ambil gambar, then pergi hantar ibu kerja. Haih raya2 kena kerja :( Lepas tu aku dengan ayah pun gerak pergi rumah Maklong. Lepak sana and beraya2. Biasanya tiap2 tahun kat KL ni memang tak ramai tetamu yang datang kecuali saudara-mara, tapi tahun ni lagi kurang daripada biasa. Tetamu yang ada pun hanya segerombolan budak2 yang aku tak tahu pun daripada mana, haha. Seronok juga kot, tak payah nak melayan. Jahat kan aku ;P
Baju raya aku tahun ni :) Putih! Suci lagi bersih macam aku kan. Muehehehehe.
Hasil selepas 2 jam bersiap. Haaa dah siap lawa2 baru lah boleh ucap Selamat Hari Raya :)
My mum and I. Seiras kan kami? :)
Ayah aku memang suko buek muka kelakor dia tu xD
Kain hitam! Nampak macam Form 6 pulak, tak sukeeeeee. Asalnya kan kain baju kurung aku tu warna putih. Tapi terpaksa tukar pakai kain baju kurung hitam aku sebab kain putih tu jarang pulak. Kena beli kain dalam dulu baru boleh pakai. Al-maklumlah 18 tahun hidup mana pernah pakai kain dalam. Paling koman pun pakai leggings. Haihhhh.
Pergi rumah Paklong lama gilaa. Daripada pukul 2 lebih sampai pukul 6 petang. Al-maklum lah dah lama tak jumpa. Bercerita sakan diorang, sampai tertidur aku sambil2 diorang bersembang tu. Dah lah hujan pula tu. Memang tabiat aku kalau time hujan, aku takut, aku tidur aje xD Pukul 6, berbekalkan rendang dan lontong daripada Maklong Ani, kitorang pun balik. Lepas solat memang aku baring terus, penat. >.<
Pukul 9, aku dengan ayah gerak dari rumah maklong and ambil ibu balik kerja. Ibu aku akan OT untuk 3 hari berturut ni, so hentikan aje lah kalau korang ada niat nak datang terjah rumah aku, alamatnya korang makan kuih raya aje lah sampai buncit.
Ohh, okay, dan cerita sudah sampai ke penghujungnya. Itu aje cerita raya saya buat masa ni. Tak meriah mana pun, bersederhana aje. Cerita korang macam mana? Assalamualaikum :)