Monday, January 31, 2011

Aww, Little Pantry Comel Gilaaa!

Semalam.
Lepas tusyen, merayap dengan maha jayanyaa! Hahaa. Ibu ajak pergi IOI Mall. So? Pergi lahh! Hahaa. Sampai2, macam biasa, kita makan dulu! Haha. Lapar seyh. Padahal pagi tu dah breakfast dah sebelum tusyen. Entah lah, tusyen adn belajar membuatkan aku rasa lapar! Hahaa.

Hampir 1/2 jam kitorang habiskan untuk mencari restaurant yang sesuai. Last2 jumpa juga! Kedai Little Pantry yang ala2 maid cafe di Jepun, comel gilaa~ <3 Hahaa, aku dengan ibu dah gila dah kot dalam tu, tak tahan dengan comelnyee. Hee. Patutlahh ibu beriye, rupanya dia nak cari restaurant ni, kawan FB dia yang recommend. Hee :)

Beriyaa tengok menu! xD

Aww, lawaa gilaa tempat ni <3

Lalalaa~ <3

Waitress kedai tu, comel kan costume diorang?
Macam maid cafe <3 

Macam2 ada! Western, traditional... Tapi dah datang sini takkan nak makan tu je kan? So kitorang makan cake juga! Sedappp! And lepas makan, masa dihabiskan dengan ambil2 gambar kejap. Hahaa. <3

Yummmmmm~

Then, kenyang perut suka hati, so dapatlah berjalan2. Pergi kat kedai DAISO. Kedai barangan Jepun yang berharga RM5 setiap barang! Hahaa, murah dan lawa2, senang naik gila ya tuan2 dan puan2, yang lemah semangat dan nafsu shopping yang kuat sila berwaspada sebelum masuk! Hahaa.

Selamba badak aku je ambil gambar syok sendiri kat kedai orang, hahaa. xD

Lepas habis shopping dekat sana, jalan dan jalan lagi sampai kaki lenguh, hahaa. Then, akhirnya, balik :)

PS: Beli hiasan phone masa kat DAISO. Hahaa. Sekarang macam takda kerja buat je dok hias phone dengan BLING BLING. Aww sekarang gilaa Jepun meyhh. Hahaa. Contohnyaa:

Hahaa, aku buat bentuk trademark aku, heartbreak. xD


Cuma kurang sayap dia aje, tak cukup lah nak buat. Huhuu. Yang selebihnya aku dah pakai dekat phone Sony. xD Lalalaaa~ :D


Beijing, the Last Day of 'Zai Jian'.

I'm going home.
Dengan agak tak sabar nak balik! Pukul 4 pagi dah kena bangun, siap2. Pukul 6 pagi dah tercongok dekat BJS Airport. Check-In apa semua, and at last, boarded our flight back to KUL. Haizz!

Last look at room 1309


View dari bilik
Beijing Airport :)

Lalala, nak balik :D

After 6 jam, home sweet home! I <3 Malaysia! Hahaa. It's damn good to be back! xD

Finally, Malaysia :D

Sampai2 sms 'DIA'. Hmm. Rindu lah kot. Sms2 sampai malam juga lahh. Makan2, first thing yang kitorang rasa masa sampai tu, LAPAR! Dengan agak tak sempat2 pergi makan KFC. Hahaa. And well, i guess tu je lahh ceritera2 sepanjang di Beijing. Balik2 rumah pula belek barang, ayah dengan agak tak sabar! Main helicopter tengah2 malam! Hahaa. Tak lama lepas tu juga lah, agak tak sabar2 juga nak tidur. Hee. Kepenatan yang teramat sangat! :D

Tiba2, pukul 2 pagi! KEBABOOM! Bunyi apa tu? Haa, itulah bunyi yang akan dikeluarkan oleh helicopter remote control anda apabila ianya sudah overcharge and meletup. Tambah lagi dengan api yang menari dengan rancak, Hahaa. Sumpah ralat gilaa wey! Tak sampai berapa jam kitorang pegang helicopter tu! And aku tak sempat main pun, barely pegang! Huhuu, nasib2. Ayah pun geram aje. Haiz :(

Lalala, byebye, and harus continue life di Malaysia, kerja sekolah berlambak! xD

Wednesday, January 26, 2011

Beijing, the 5th Day of Excitement.

The Last Day.
Pagi ni kitorang tak pergi breakfast kat Beijing, yes! Hahaa! Satu nikmat makan roti cicah kari dalam tin kat dalam bilik hotel, hahaa. Selepas selesai bersiap, kitorang turun ke lobby. Hari ni kitorang 1 family aje yang keluar, sebab Uncle Naser and keluarga sudah demam! Hahaa. And actually ayah pun demam juga, tapi nak shopping punya pasal kan, sanggup tu. Huhuu. Aku dengan ibu je, maintain strong! Haha.

Tapi, sebelum ekspidisi shopping, kitorang pergi Beihai Park. Alaa2 taman titiwangsa pun ada juga kot. Hahaa. Tapi Ya Rabbi sejuk gilaa! Sebab hari tu berangin, so bertambah2 sejuk rasanya! Grr! Tapi posing untuk camera tetap on! Hahaa. Syok tengok orang2 tua menari and even, menyanyi, untuk exercise. Semua boleh masuk aje join, tak kisah pun. Tapi kitorang takde lah pula pergi join sekali, hihi.

Beihai Park :)

Ice!

Anak & Ayah :)

Lalalaa ~ xD

Menari & Menyanyi xD

And yada2, jalan2... Sampai lotus market. Kalau bukan musim sejuk kat tempat tu selalunya ada kedai2 jalanan, tapi bila musim sejuk ni kat tempat tu banyak bar aje, and also, jadi ice-skating rink! Original ice layer weyy. Gila syok, hahaa. Tapi ibu tak kasi main. Tak cukup masa and sejuk melampau. Huhuu.

Lotus Market :D

After that, pergi lunch. Enjoying our last lunch at Beijing. Huhuu. Entah kenapa kali yang terakhir tu lahh rasa sedap sangat lunch tu, daripada yang sebelum2 ni kot? And then, kitorang pergi ke Russian Market. Ala2 indoor market macam Yashow tu. Tapi dekat Russian Market ni tak best sangat. Tak meriah. :P

Lepas tu, kitorang patah balik ke hotel. Ambil Aunty Abbie, dia nak ikut pergi Shopping, hahaa. Souvenirs belum habis beli xD Kitorang pergi kitorang punya last stop untuk hari tu dan juga hari2 seterusnya. Yes, last. Esoknya dah nak balik. Hahaa, rindu Malaysia <3

Actually, aku pun tak ingat apa nama tempat kitorang shopping tu. Aku just tau, yang dia ada 3 bangunan shopping yang berdekatan dekat situ. Lalalaa, shopping2, beli souvenir lahh ape segala bagai. Haha, murah2 gilak! xD 1 setengah jam lah juga dekat situ, lepas tu kitorang pun menjinjit macam2 beg plastik keluar, nak cari tour leader kitorang, nak balik belek barang! Hahaa. Tapi sekali, ayah pula boleh hilang! Erghhh! Again, Sulaiman Yusoff??? Merata mencari dia, tapi tak jumpa! Masing2 dah bengang dalam keadaan sejuk beku tu.

Sekali ayah keluar dari bangunan belakang tu, tangan menjinjit sesuatu! Ayah!!! Dia pergi kat bangunan belakang tu, ataupun sebenarnya, ToyCity, beli remote control helicopter! Adohh! Ayah, ayah! xP

Shopping Ladies <3

Jeng jeng xD

Dinner! Lalala~ xD byebye Beijing! The last of Beijing cuisine xP

Makan :D

Orang demam, tak larat nak makan, hahaa xD

Then, dengan keadaan penat lelah, kami balik ke hotel. Sambil membelek barang belian sambil kemas baju. Huhuu. I'm going home babe! Yeahh! xD

Last day; Beijing, Sayonara.


Saturday, January 22, 2011

Beijing, the 4th Day of Homesickness.

Still in Beijing.
Morning: Breakfast. No elaboration. Hahaa. Bosan gilaa makan ikut time2 macam ni. Kalau dekat Malaysia pukul 9-11 boleh breakfast lagi. Adoy2. I miss Malaysia! :)

Then, destinasi pertama: Dellman Knife Shop. Yes, knife shop. Urghhh bosan weyhh. Tapi bosan2 pun ada adengan shopping juga. Ayah yang memang tergilakan barang dapur, beli pisau 1 set. Berseri2 muka dia bila keluar daripada kedai tu. Macam budak2 dapat mainan. Hahaa, ayah, ayah. :D

Then, pergi Dr. Tea Cultural tea Shop. Kedai teh. Tapi yang kat sini aku takde lah rasa bosan sangat. Sebab syok belajar tentang teh2 traditional cina ni. Masa tu dia tunjuk kat kitorang 4 jenis. Addition dengan dia ajar cara2 nak minum teh tuu. Ececeh, aku dengan Uncle Naser beriya gilaa ikut cara minum tu, hahaa. And yang paling tak boleh tahan, tekonologi yang digunakan oleh pembuat2 teh untuk test temperature air, "PEE-PEE BOY". Hahaa. Patung tanah liat bentuk budak kecil yang telanjang ni akan MEMANCUT air apabila temperature air tu panas. Hahaa. Sumpah kelakar tengok mende alah tuu. Kitorang namakan patung tu Uncle Naser, sebab dia pun macam PEE PEE BOY tu juga, asyik toilet aje! Hahaa. xD

Dr. Tea xD

Pembeli Teh xD

Teh, teh, and teh!

Lepas tu, kami diberi kebebasan untuk bersiar2 dekat luar Nationality Park. Nationality Park tu nampak macam best gilaa, dalam tu ala2 museum kebudayaan lahh, sebab di China ada banyak sangat kaum. Tapi kitorang tak dapat nak masuk, sebab masa takde. So kitorang jalan2 ambil gambar dekat luar aje. Huhuu. Of course, definisi berjalan2 bagi keluraga sulaimanyusoff adalah gila camera, hahaa.

Bersiar-siar :)

Nationality Park :)

Gambar entrance aje, huhuu. xD

Sakan! Hahaa. 

Then, lunch. Hari tu punya lunch memang syokk gilaa! Kitorang makan dekat 1 Xinjiang restoran. Kaum Xinjiang memang famous sebab ramai orang Islam. So restoran yang kitorang pergi tu memang berkonsepkan Islamic lahh. And ada lagi lagu2 Xinjiang unutk memeriahkan suasana, hahaa. And makanan pun memang tiptop, sedap sedap! Tapi tak puas makan, orang Malaysia memang rindu sangat masakan Malaysia, kitorang tibai sekali sambal sardin Aunty Abbie bawa bekal. Yummmmm~ xD

Kenyangg :)

Then, kami bershopping! Pergi ke Yashow Indoor Market. Hahaa. Gian weyhh. Jeng jeng. Tempat dia ala2 Namdaemun market kat Seoul. Huhuu. Sakan. Memang tak cukup 2 jam. Hahaa. Tempat tu macam2 ada, and banyak tingkat! Bila macam2 ada, ofcourse macam2 lah yang dibeli kan. Huhuu. Ibu dengan Aunty Abbie sakan handbag Longchem (hakmilikaku juga nanti tuu, hahaa), and then aku beli handbag Abercrombie and kasut Converse! Hahaa. Mesti pelik kan, padahal benda2 ni kat Maalysia pun boleh cari? Okay, firstly, cari lahh di Beijing sebab kat sini murah, and design2 dia tak sama dengan kat Malaysia. Tak tahu lah sebab kat Malaysia lambat sikit ke ap, tapi wa tada kesah lah kan, hahaa.

And the best part: AYAH! Berani dia! Dia tiba2 boleh hilang kat dalam tempat yang kacau bilau tu. Dah alh nak mencari susah. Tunggu2 dia kat kedai takda. Bila cari2 rupanya dia pergi beli iPad! Tanpa pengetahuan kitorang! Tiba2 muncul dengan muka sengih2 macam kerang busuk tu jea! Huhuu. iPad yang harga asal 2,300 yuan (RM 1,150) dikurangkan sampai 1,200 yuan (RM 600). Tak tawar lebih2, sebab tu pun dah kira paling murah lah kan. Grr, geram! Dalam kereta aku dengan Ayah sakan membelek! Hahaa. xD

Converse, dalam tangan ;)


Longchems, guess,... you name it :D
Mom's favourite :D

Habis shopping, pergi menyinggah di The Place Longest LCD TV. Actually tempat tu pun macam kedai2 aje. Tapi bila pandang atas, ada Screen LCD besar. Boleh sampai sakit tengkuk juga lah pandang. So malas nak shopping2 lagi, kitorang pergi just untuk bergambar aje lahh.

LCD, besarr kan?

Then, our last stop before dinner, Wangfujing pedestrian Shops. Jalan2 sambil kiri kanan tu ada lah Shopping Complex untuk memuaskan nafsu shopping. Tapi tak best mana pun. Kitorang terpisah dengan family Uncle Naser yang masuk ke ToyCity dan kemudian lesap. So kitorang pun jalan2 ambil gambar aje lahh. And main selamba badak masuk kedai orang just untuk dapatkan heater, hahaa. Sejuk >.< Just masa nak dekat balik tu je kitorang singgah dekat 1 kedai tu, beli souvenirs. Rambang mata seyhh. Barang di sana comel2 <3

Ambil heater aje, hahaa. xD

Wangfujing :)

depan Toycity :)

Penat berjalan, sejuk :D

Market lagii lahh, hahaa. xD

Nak balik sudahh, huhuu.

Then, lastly before kitorang turn in to our hotel, DINNER. Enough said. :)

Soon: Beijing, Day 5.

Beijing, the 3rd Day of Awe.

Surprise us, Beijing!
Bangun pagi, gosok gigi, jangan lupa untuk mandi! Hahaa. Walaupun sejuk, tapi darah orang Malaysia tetap kena mandi. Kecuali Uncle Naser! Kambing tak mandi! Hahaa. So kali ni kitorang on-time. Pukul 8 dah tercongok dekat lobby. Then berangkat ke restoran untuk sarapan. Haizz. Dah muak dah makanan China ni. Huhuu. Seronoknya kalau dekat Malaysia ada nasi lemak ayam goreng PERGHHH! Kemarutnya tang makan ni. Hehee.

Nasi goreng lahh :)

So after that, kitorang ke Pearl Center. Haizz. Sebab kitorang punya tour ni shopping tour, so dia banyak bawa kitorang kat tempat kilang lahh, kraftangan lahh. Adohh. Kat Pearl center ni, of course, dia tunjuk kitorang pasal macam mana diorang dapat pearl tu, and yada yada... And last2 bosan dengar dia ceramah, kitorang shopping lah juga. Beli gelang dengan earrings. Hahaa. Orang perempuan biasalahh, tada boleh tahan punya dengan accessories nihh. Sambil shopping2 teman Aleesya main2. Then tiba2 muncul seekor anjing. Comel lahh juga. Aleesya tak habis2 kecoh pasal anjing tu. Agaknya kat Malaysia dia selalu nampak anjing yang buruk je kot. Huhuu. "Kakak, tu dog, dog!" Adohh Aleesya, nasib baik lah tak pegang ke apa anjing tu. Satu kerja lak nak kena samak nanti xP

Then, destinasi di Summer Palace! Wee~ Ini taman tepi tasik yang dibina untuk raja2 dulu. Tetapi bila berlaku peperangan, negara2 penjajah dah rosakkan taman2 yang lain dan mencuri barangan2 diraja kat taman tu. Hanya Summer Palace yang terselamat apabila seorang gundik emperor yang suka sangat dekat tempat ni reconstucted balik tempat ni. Huhuu. Sejarah lagii xP Bangga cikgu Mazilah kalau baca ni, hahaa. Pergi belajar Sejarah sampai dekat Beijing. Hee.

So kat sini kitorang jalan2 makan angin aje. Dekat sini ada 1 korridor yang panjang yang dihias dengan lukisan2, sebab emperor dulu2 suka bersiar2, sambil2 tu usha gambar, hahaa. And then kitorang masuk 1 galery lukisan. Omyy cantik gilaa! Hahaaa, pantang tengok lukisan aku ni xP Lepas tu sebelum meneruskan perjalanan ada lah makan snek sikit2 lepas tu camera-whoring tak lupa yaa! Hahaa.

3 Emperors :D (gebang!)

Layered with the thinnest ICE! :)

Long corridor, the roof 

Emperor's corridor :)

Kucing liar sesat depan Gallery! Hahaa, garang gilaa :P

Muka bajet je, hahaa.

Alright, then. LUNCH. Urghh, makan hotpot. Tak sedap = ='' So aku makan hati je lahh. Hahaa. Ada lah makan sikit. Tapi tak kenyang! Meracau dalam kereta mentedarah snek banyak2, sebab tak dapat makan nasi! Hee. And elok sangat lepas tu sakit perut, gastrik! Hahaa. Cari nahas namanya tu nurulsyuhadasulaiman ;) Nasib baik tak dapat nak contact dengan Apiz dekat sana, kalau tak mesti makcik tu membebel! :D

Hotpot xP

Then, kitorang diheret pula ke Chinese Herbal Medicine Center. FOOT MASSAGE! Hahaa, nasib baik budak2 under 18 tak payah. Eii, sumpah tak sanggup kalau foot massage, tak boleh tahan geli! xD So aku dapat rendam kaki je dalam air panas, fuhhh, lega. Cramp masa naik Great Wall tu rasa kurang sikit, hahaa. Then aku jadi translator tak berbayar! Kena tolong mamat yang urut kaki mak aku tu translate. And kitorang pula sambil2 tu usha2 lahh masing2 kan? Hahaa. Gedik gilaa mamat tuu. Sumpah tak hingin, dia tak mandi xP

Kemudian, jeng jeng jeng! Kami dibawa ke Bird's Nest & Watercube Olympic Stadium! Fuwaaa, memang lawa! Apalagi, camera oun giat menangkap gambar, sampai battery nak dekat habis! Jalan2 kat pedestrian walk tu sambil tengok2 permandangan. Ouhh, and pedestrian walk tuu rupanya sejajar dengan meridian line. :D

Bird's Nest

Aleesya sibuk! 

Watercube :)

Meridian Line :)

Lepas tuu, ke Jewelry City pula. Masa tu muka dah fed-up semacam kan malas gilaa nak kena pergi tempat2 kraftangan ni lagii. Tapi translator yang masuk tu rupanya Cina Malaysia! Dia pun tahu kitorang pun malas nak ambil kisah macam mana diorang buat permata2 tu pun, so kitorang sembang2 aje. Huhuu, tapi betul orang cakap kan, baik mana pun negara orang, baik lagi lagi lagi negara sendiri. Translator tu (Steven) cakap dia miss Malaysia lahh, orang Beijing jahat lah apa semua. Huhuu. Steven, kitorang pun rindu Malaysia lahh! Baru 3 hari, sudah homesick ;P

Then acara membeli belah. Sayang Steven. Dia baik punya tawar untuk kitorang! Jade yang berharga 1,200 yuan dia tawarkan sampai 100 yuan aje, hahaa. Tu yang ladies 2 orang tu giat memilih tu. Aku pula sibuk mentedarah dengan Aleesya, hee xD

Shopping ladies! xD

And before kitorang pergi dinner, singgah kejap dekat Bird's Egg. Tak pernah dengar? Ouhh, ni bukan Olympic Stadium! Ini actually Performing Arts Center or Stage yang bentuk macam bulatan besar, macam telur burung. So locals panggil lahh tempat ni Bird's Egg. Just singgah untuk bergambar aje, sebab lawa kot :)

Bird's Egg :)

Then dinner. Need I say more? Puas hati akhirnya dapat makan nasi! Hahaa, aku kebuluran~ 2 mangkuk (yes, pakai mangkuk lahh xD) setengah aku pulun okay? Orang lain punya nasi pun aku tibai tanpa segan dan silu! Hehe. xD

Hanya gambar depan restoran, terlalu khusyuk makan sampai tak ambil gambar, hahaa.

Next> Beijing, Day 4 :)