Wednesday, June 29, 2011

Transformers 3 : Dark of the Moon

Personal Review : 4-star :)
Ehem , why 4 only ? Sebab side story tak best . Plot fantastic , action , thrill , comedy and banyak kezutan ! (Really , tak sangka Sentinal Prime tu belot , geram lak aku . Haha . emo2 lak tengok cerita ni) But cerita2 sideby , involving new heroin yang gantikan Megan Fox tu , not so good lah . Rasa macam takda function sangat pun heroin tu . No difference kot kalau diorang still maintain Megan Fox . Okay , berterabur dah aku cakap ni , I don't know where to start !

Intro :
Lebih kepada personal lives Sam and new heroin (apa nama dia ehh ? Tak ingat dah). Boring jugak . Tapi agak kelakar lah tengok gelegat Sam yang sentiasa gelabah , melalut2 . Huhuu .

And extras:
Part SEDIH : Time diorang nak ship autobots naik space shuttle keluar from Earth . Huaaaa . Aku pun nak nangis . And another one , masa scene fighting (near ending), masa Bumblebee hampir2 kena tembak . PLUS , masa 2 ekor robot kecik yang selalu bising and takde function tu terkorban sebab tolong ranapkan kapal perang Decepticons . Akhirnya , dapat juga diorang contribute something .

THRILL & ACTION : Scene dekat Trump Tower is totally 5 star (walaupun ibu aku potong steam betul , sibuk dok cakap benda tu tak logik , well of course la tak logik omak oii , dah nama pun Science FICTION . FICTION~~~) 

So , apa lagi ? Cepat2 pi book tiket wayang sekarang , and TENGOK ! WAJIB tau ! Don't miss walau satu scene , satu dialog pun . Huuu , will certainly miss lah cerita TRANSFORMERS trilogy ni . 

Gotta run , and see ya ! <3

PS : Nanti Harry Potter 7 : Part 2 pun is a certain MUST-WATCH ! Yeay and hooray :D


Friday, June 10, 2011

Assalamualaikum :)

Dan apa khabar blogger2 sekalian ? Keep on rockin' yeah ? Sayang korang semua , mwahhx mwahhx :)
Lamanya tak berblogging ! Rinduuu sama blog ! Rinduu cerita2 mengarut yang saya selalu karang untuk kawan2 ! Hahaa . And on the other hand , ceritera House of Elit 2011 , masih belum tamat ! Huhuu . Maaf sangatsangat ye semua sebab saya dah jarang update . Nikmat untuk giat berinternet di rumah ditarik . Petanda2 untuk saya belajar lah tu , SPM kian hampir ! Cewah2 , ayat aku macam tulis karangan BM da , hahaa . Okay apa kan ? Bahasa itu jiwa bangsa , dan sesungguhnya , saya BANGGA , saya Melayu TULEN ! Takda campuran2 ye . :)

Hmm , so apa saya nak celotehkan hari ini ? Saya rasa saya dah missed out banyak sangat ! Cerita2 semasa debate and drama , dua2 tak dapat saya update pada hari kejadian . Huhuu . And kalau nak cerita sekarang , dah too late lah pula kan . Bak kata orang , makanan yang dah sejuk tu kurang enak unutk dimakan . Huahuahuaa . So sorry lah tak dapat nak kongsi cerita2 kelakar and gila2 pada masa tu . Komen saya cuma ini : I really really really do enjoy my senior year . Walaupun kitorang tak menang , tapi the best part is masa kita work hard and boleh enjoy dengan kawan2 at the same time . I love my friends to death ! Bukan kawan2 debate , drama , 5 E , or 5 D sahaje , tapi SEMUAAA ! Sayangggg sangatsangatsangat kat korang , aku memang tak boleh hidup tanpa korang <3 ;)

Habis aje debate and drama pula , ada PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN . Jeng jeng jeng . Memang rush hour gilaa ! Sempat lah rest sehari-dua , and then , terus kena makan buku . Ehh , baca buku lah . Mula lah adengan marathon : bangun pagi gosok gigi mandi mandi makan pagi baca buku makan tengahari baca buku mandi mandi makan malam tidur sampai lupa diri . Perghhh . Memang waktu yang sesuai untuk lebarkan badan , hahaa . Itu pun wanamirulhafiz masih taknak bagi saya diet lagi . Takpe2 lain kali saya cilok2 diet :D

Dan selepas dua minggu , tamatlah sudah peperiksaan ! YEAHHH ~ Happynya mengalahkan habis SPM lak . Huhuu . Dah lah trial lepas raya . So practically , kitorang masih belum merdeka . Masa cuti sekolah dua minggu pun macam tak ada aje , sebab dah fill in dengan kelas2 tambahan . Huhuuu . Dan sebagai murid yang sedar aku lemah , so aku korbankan aje lah perasaan ingin berfoya-foya tu , pergi lah kelas tambahan . Hahaa . Relax sudah , lepas SPM cuti panjang , enjoy lah puas2 masa tu , enjoy sampai muntah darah pun takpe , kan kan kan ? :)

And ada lagi , sambutan Hari Guru yang gilang gemilang , tapi salah timing lah cikgu . Takda mood sangat nak enjoy , semua penat dek kerana tekanan peperiksaan . Sampai drama yang sepatutnya kami lakonkan masa Hari Guru tu pun terpaksa cancel , kerana nak focus belajar . Huhuu . Tahun ni sambutan hari guru lebih kepada arah islamik lah . Hee . Walaupun dah agak toned down , and persembahan2 pun tak se-gah dahulu , tapi hari istimewa ini tetap happening , sebab guru2 SMK DMS ni kan OTAI ! Kan ? ;) Especially cikgu Azlan kami yang tersayang , tak lupa untuk berjoget tarian India macam tahun lepas . Aiseh cikgu , layannnn =__=''

Apa lagi apa lagi ? Oh , ini pula ucapan untuk dua besties saya : Happy Anniversary <3 Elma & Azim ! Ni dah kali ketiga kot aku wish , hahaa . Syok woahh dapat tengok adengan berlari berkejaran . Kesian Elma , dah trauma dengan PENGUIN besar yang kejar dia dengan BEAR besar tu , hahaa . Happy2 selalu ye kawan , sayang korang <3 And then . Hmm . Asyik cerita tentang aktiviti2 , kawan2 punya cerita je , takde gosip sikit ke tentang sendiri punya personal life ? Cehceh , macam lah orang nak tahu sangat :P Tapi serious takda apa kot . Buat apa nak cerita syok sendiri aje kan , tak best lah macam tu :)

Okay lah , panjang sudah bebel . Puas hati aku yang dah lama gilaa dok gian nak online ni . Tapi takde orang nak layan aku kat FB , huhuu . Orait then , take care and adios ! Love yaa <3 :)